Thursday 3 December 2009

ep 20

Eternal Holdings.

“Hisyam, masuk kejap. Bawak sekali report pasal engagement party Hakimie Basri kat Sanctuary last weekend.”

Hisyam adalah pembantu peribadiku merangkap perancang majlis yang baru menamatkan pengajiannya di universiti, agak sensitif orangnya. “Report tu belum siap Encik Zafir,” dia bersuara menerusi interkom.

Aku mengeluh. Dah seminggu parti itu berlangsung, tetapi laporan mengenainya masih belum siap? “Takpelah, you masuk sekarang.” Hakimie Basri adalah pelanggan utama kami buat masa kini, anak orang kaya yang sangat cerewet mengenai segala benda dalam kehidupannya. “Panggil Marina sekali.” Aku menyandarkan tubuhku ke kerusi kerjaku.

Hisyam dan Marina masuk ke pejabatku bersama-sama.

“Macam mana dengan Hakimie Basri?” soalku.

“Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang, dia cuma kurang senang dengan kehadiran ramai wartawan hiburan. Tetapi secara keseluruhannya, dia berpuas hati dengan hasil kerja kita. Dia ada bagitau Kay yang dia merancang untuk mengambil kita sebagai perancang utama majlis perkahwinan dia di Bali bulan Ogos nanti and Kay tengah tunggu confirmation dari dia,” jelas Hisyam panjang lebar.

Aku senyum, berpuas hati dengan penerangan Hisyam, tidak sia-sia aku meletakkan kepercayaan kepadanya untuk melaksanakan parti pertunangan Hakimie Basri. “But then kenapa Hakimie tak cakap sendiri dengan you pasal majlis perkahwinan dia? Kenapa dia cakap dengan Kay sedangkan you kan pengarah projek untuk parti dia ni?”

Hisyam menggelengkan kepalanya. “I had no idea about that, Encik Zafir. Mungkin sebab Kay kawan rapat dengan Hakimie Basri?”

“That’s not the point, Hisyam. I nak you keep in touch dengan Hakimie Basri yourself, I ada projek lain untuk Kay handle, okay? You may go, Hisyam.”

Hisyam melangkah keluar dari pejabatku, meninggalkan aku dan Marina berdua.

“So, Marina..”

Satu-satunya gadis bertudung di Eternal Events Management ini mengangkat mukanya, manis dan ayu sekali, sejuk mata memandang. “Yes Boss.”

“Please, jangan panggil I Boss, I tak suka.” Aku langsung tidak membenarkan pekerja-pekerja bawahanku memanggilku dengan gelaran itu kerana bagiku ia bagaikan menjarakkan hubungan di antara majikan dan pekerja. “You ada degree in interior design, if I’m not mistaken?”

Dia menganggukkan kepalanya. “Yes, Encik Zafir. Kenapa eh?”

Semalam aku dan Ezra sudah berbincang mengenai Marina yang mempunyai bakat luar biasa di dalam hiasan dalaman. Ezra mencadangkan kepadaku untuk menaikkan pangkat Marina di dalam Eternal Events Management kepada Pengarah Seni, dan berdasarkan kepada pencapaian Marina di dalam beberapa projek kendaliannya yang mendapat perhatian luar biasa media dan kami sendiri, aku bersetuju dengan cadangan Ezra itu.

“Well, soalan tu takda kena mengena dengan apa yang I nak cakap ni pun.” Aku membelek wajah Marina, walaupun bertudung litup, tetapi dia sangat lincah di dalam melaksankan kerjanya. “You tau kan kita tak ada Pengarah Seni di syarikat kita since Eric pindah ke HQ, don’t you?”

Gadis itu mengangguk lagi.

“I rasa you sesuai untuk gantikan tempat Eric.”

Terbeliak mata Marina mendengar kata-kata yang lahir dari bibirku. “Are you kidding me, sir?”

Aku menggeleng.

Marina juga menggeleng. “Saya masih baru kat sini, Encik Zafir. Nanti apa pulak kata diaorang yang lebih senior dari saya?”

Aku ketawa kecil. “Nanti apa pulak kata COO Eternal Holdings yang mencadangkan kepada I agar lantik you ke jawatan ni?”

“Tuan Ezra yang cadangkan?”

Aku mengangguk pula.

“Saya masih tak percaya tentang ni, Encik Zafir. Saya takut saya tak eligible untuk jawatan ni.”

“Come on Marina, I dah tengok hasil kerja you and Eternal Holdings berbangga mempunyai you sebagai pekerja. Ini adalah peluang terbaik you untuk menunjukkan kepada Eternal dan syarikat lain yang you layak untuk jawatan ni. Sudah, I tak nak dengar apa-apa lagi dari you. Mulai esok you pindah ke tingkat 15, okay? You ada pejabat you sendiri kat sana.”

Marina mengangguk lalu keluar dari pejabatku. Aku tersenyum memandang Marina, sesuai untuk diperkenalkan kepada Abang Rizal yang sudah lama menduda.

* * * * *

Damansara.

Selepas menjemput Camelia dari sekolahnya, Ezra memandu ke The Curve, dimana kami menikmati makan tengahari bersama-sama di TGI Fridays’s sebelum ke Big Apple atas permintaan Camelia. “Macam mana sekolah?” soalku kepada Camelia yang asyik mengunyah Mango Tango di dalam mulutnya.

Camelia tersenyum kelat. “Not bad at all. Eventhough ada budak-budak yang tak suka dengan Lia..”

Ezra mengerutkan dahinya. “Why, what happened? Ada orang buli anak Papa ek?”

Camelia menggeleng.

“Habis tu?”

Camelia berhenti mengunyah lalu meletakkan baki Mango Tango itu ke dalam bekasnya lalu tersenyum. “Sebab Teacher Ayu kata Lia budak paling pandai dia pernah jumpa.”

“Really? That’s my girl!” Ezra memeluk bahu Camelia.

Aku juga memeluk bahu anak perempuanku ini. “Tak sangka, budak-budak zaman sekarang pun dah pandai nak jealous-jealous segala.”

“Then, ada classmate Lia, nama dia Tasha, dia baik sangat dengan Lia tau. Selalu pergi kantin sama-sama dengan dia,” cerita Camelia lagi. “Tapi dia selalu tak ada duit. Kadang-kadang kalau pergi kantin, dia tak makan pun Papa, Daddy.”

Aku mengangkat kening. “Laa.. Kenapa pulak jadi macam tu?”

Camelia menjungkitkan bahunya.

“Habis tu, Lia buat apa je? Lia tak belanja dia makan ke?” soal Ezra.

“I did offer, tapi dia kata tak nak. Lia nak buat macam mana lagi. Tiap-tiap hari dia balik sekolah, dia jalan kaki je.”

“Macam mana Lia tau?”

“Lia nampak..”

“Laaa.. Napa Lia tak bagitau Papa and Daddy, kita boleh tumpangkan dia.”

Camelia tersengih. “Mana Lia nak tau..”

Aku dan Ezra sama-sama tersenyum mendengar jawapan Camelia, agak klisye bagi kanak-kanak seusia dengannya. “Okay, lepas ni, kalau Lia nampak Tasha jalan kaki lagi, Lia bagitau kat Papa atau Daddy, okay sayang?” kataku.

Camelia mengangguk manja.

* * * * *

Sanctuary.

“Gosh honey, you look stunning!” Adrianna mengucup pipiku kemudiannya Ezra.

Aku tersengih. “Biasalah, tengok la wife sapa.” Aku memandang Ezra yang memeluk erat pinggangku. “Sorang je ke Adi?” soalku sambil mataku melilau mencari kelibat Darren. “Where’s Darren?”

“I datang dengan Cheryl, the girl from Cleo tu. Darren outstation, laki you ni la hantar dia sampai ke Manila.” Adrianna menjuihkan bibir seksinya kearah Ezra yang tersengih. “I tak ikut sebab Puan Sri Farah tu beriya-iya nak suruh I siapkan renovation bilik untuk cucu dia tu,” sambung Adrianna lagi, seolah-olah memahami soalan yang bermain di fikiranku mengenai pemergian Darren ke Manila tanpanya.

Aku mengangguk tanda mengerti.

“Oh, come on Adi, I hantar dia pergi Manila pun, gaji dia I naikkan okay?” ujar Ezra sebelum meneguk Diet Coke dari gelas yang dipegangnya.

Bulat mata Adrianna memandang Ezra. “Really?”

Ezra mengangguk. “Darren tak bagitau you ke?”

“Takkkk!”

“Oh oh.” Ezra tersengih. “I terlepas cakap nampaknya..”

“I’m going to murder him!” getus Adrianna. “Takda motif dia nak sembunyikan benda ni dari I tau! Mintak-mintak Gunung Pinatubo kat Philippines tu meletus, biar mati keras dia kat sana!”

Aku dan Ezra sama-sama ketawa mendengar kata-kata Adrianna. Kami tahu dia tidak bermaksud begitu kerana Darren adalah segala-galanya bagi Adrianna.

“Abang..” Aku merebahkan kepalaku ke bahu Ezra. “Boleh tolong ambilkan Vod-“

“Sayang, kan kita dah janji..”

“Last!”

“A-a,” kata Ezra sambil menggeleng.

“Pleaseeeeeeeeeeee,” rayuku.

Ezra menggeleng lagi.

Aku mencebik.

“Abang ambikkan Coke, okay?”

Aku buat tidak tahu.

Adrianna mencepuk belakangku. “You ni pun! Tak padan dengan bapak orang!”

Ezra ketawa. “Dah la sayang, Abang amik V, but this is the last time, okay?”

Aku senyum. “Thanks Abang!” Sebaik sahaja Ezra berlalu ke bar, Adrianna menarik tanganku menghampirinya. “What?”

Dia sengih. “Guess what?”

Aku mengangkat kening.

“I met Harris Azmi yesterday, kat Zouk. Gosh, he is sooooo handsome!” kata Adrianna sambil memeluk bahuku. Harris Azmi adalah buaya darat paling terkenal di Kuala Lumpur, mungkin kerana statusnya sebagai anak orang kenamaan di tanah air. Malahan, dia pernah mempunyai hubungan dengan beberapa orang artis terkenal tanah air, dan juga aku adalah antara mereka yang pernah menjadi mangsanya, tapi itu adalah kisah lamaku, lama sebelum aku bertemu dengan Ezra. Adrianna kemudiannya tersenyum nakal.

Aku tahu makna senyumannya itu. “Don’t tell me you slept with him yesterday?”

“Well..” Dia meneguk beer dari dalam gelasnya. “I did.” Dia mengenyitkan matanya.

“You bitch!” Aku ketawa. “Mati la you kalau Darren dapat tau!” Aku mendapat reaksi yang berbeza dari Adrianna, sebaliknya dia mengeluh. “Eh, why?”

Adrianna meneguk lagi beer-nya. “Dia ada scandal, bukan satu, bukan dua. Tapi ramai!”

Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan. Aku tidak begitu mengenali Darren sebenarnya. “Er, so this is some kinda balas dendam la yer?”

“Not really.. I memang suka Harris Azmi, I mean, sapa tak nak lelaki macam dia, kan?”

“I tak nak pun?”

Adrianna mencebik dengan jawapanku itu. “At least 95% orang yang I jumpa, takkan tolak untuk bersama dengan Harris Azmi.”

Aku ketawa kecil. “He’s such a jerk, macam mana you boleh berkenan dengan dia hah? Hidup dengan kemewahan mak bapak, dia tu jobless, takda masa depan langsung.”

“Biarlah...” Adrianna ketawa pula. “At least I dah termasuk dalam golongan HG.”

“HG? Apa tu?”

“Harris’s Girls.” Adrianna ketawa lagi.

“Bullshit.” Aku menyambut tawanya. Adrianna menjelirkan lidahnya sebelum melangkah ke dance floor bersama dengan salah seorang temannya.

Ezra kembali dengan segelas Vodka untukku. “Jangan drunk okay?”

“Okayy.” Tanganku pantas ingin mencapai gelas berisi Vodka itu dari tangan Ezra tetapi Ezra berjaya mengelakkan gelas itu dari dicapai olehku.

“Janji tak drunk?”

“Janji,” balasku sambil tersenyum nakal.

Ezra menghulurkan gelas tersebut kepadaku. “Sayang, jom dance?”

Aku mengangguk setuju.

* *

1 comment:

akucomelsgt said...

best giler cte nie..karang sendiri ker ataw copy paste jer??