Saturday 29 November 2008

ep 4

Kuala Lumpur.

Hari ni, genap seminggu aku dan Ezra tidak bertegur sapa. Aku melancarkan perang dingin terhadapnya bermula malam itu. Bukan Ezra tidak cuba untuk berbaik denganku tetapi egoku terlalu tinggi untuk menerima permohonan maaf dari Ezra.

“Sayang.. Dah la tu..” pujuk Ezra tatkala kami dalam perjalanan ke kuliah Tamadun Islam. “Dah seminggu kita macam ni..” sambungnya lagi. Dia menegur Dean yang sedang bergegas entah ke mana.

“I tak buat salah apa-apa pun. You tu.”

Ezra mengeluh. “You jangan la buat I macam ni. Terseksa I tau. Dah banyak kali I mintak maaf kat you, you nak I buat macam mana lagi?”

Aku tidak menjawab. Kami tiba di bilik kuliah Tamadun Islam yang masih lagi lengang. Ramai yang belum datang lagi. “You sanggup buat apa saja?” soalku sambil mengambil tempatku. Ezra melabuhkan punggungnya disebelahku, matanya tertancap padaku.

Ezra mengangguk. “Apa-apa saja asalkan you dapat maafkan I.”

“Em.. I miss my Mum.”

Ezra terpinga-pinga. “You nak balik Terengganu?”

Aku mengangguk. “Tapi I tak nak naik public transport. I nak you yang hantarkan I ke sana,” kataku sambil mengeluarkan nota Tamadun Islam dari dalam beg galasku. “Boleh?”

“Er.. Kalau I belikan you tiket flight, you tak nak ke?”

Aku pantas menggeleng. “I nak you yang hantarkan sebagai syarat I memaafkan you.” Aku mengerling ke arah Ezra yang sedang memikirkan sesuatu. “Tak sanggup takpe. I mintak orang lain hantarkan and you takkan dapat kemaafan dari I.”

“Ehhh. Takpe-takpe. I akan hantarkan you as long as you maafkan I. Okay?”

Aku mengukirkan senyuman. “So dengan ini, I isytiharkan perang dingin kita tamat.” Aku gembira masalah kami sudah tamat dengan kesudian Ezra menghantar aku pulang ke Terengganu. “Dan thanks sebab sudi nak hantar I balik Terengganu.”

Ezra juga tersenyum. “I sanggup buat apa saja untuk you, sayang.”

“Ada satu lagi permintaan.”

“Apa dia sayang?” soal Ezra sambil merapatkan tubuhnya kepadaku. Ah, mujur kami duduk di bahagian belakang sekali, terlindung dari pandangan pelajar lain.

Aku diam, menyusun kata-kata di dalam kepala. “You tinggalkan Sherry, boleh?”

Ezra ketawa besar, mengundang perhatian dari pelajar-pelajar lain. Namun Ezra hanya buat tidak tahu dengan pandangan mereka. “Sayang, I dengan Sherry tu takda apa-apa lah. Dia je yang syok kat I, tapi hati dan perasaan I hanya untuk you, Zafir.”

Ternyata sangkaanku selama ini meleset. Aku sudah salah sangka pada Ezra. “Tapi kenapa you layan je dia? Kenapa you tetap jumpa dia hari tu sampai sanggup tinggalkan I kat Ikea sorang-sorang?”

Ezra ketawa lagi. “I nak uji you. I nak tau sejauh mana cinta you pada I. I tak nak apa yang I dah pernah lalui dulu, terjadi lagi. Dan, yes, sekarang I tau yang you betul-betul cintakan I. Betol kan?”

Terasa panas wajahku ini kerana menahan malu. Aku pura-pura mencatatkan sesuatu di notaku. Ah. Aku betul-betul cintakan lelaki di sebelahku ini.

“Tengok, muka you dah merah. Malu ek?” Ezra berkata seraya memeluk bahuku. “Dah-dah, kita lupakan apa yang dah terjadi. I janji I takkan layan dah Sherry tu.”

Kebahagiaanku sudah kembali. Hari-hariku sudah kembali ceria. Yes!
* * * * * * * * * * * *
Teratak Bonda, Bukit Tunku.

“Zafir makanlah. Jangan malu-malu. Kejap lagi Ezy turun,” ujar Aunty Marissa, Mama Ezra. Oh. Ezy adalah panggilan manja Ezra dalam keluarganya. “Ezy ni kalau bersiap, mengalahkan Aunty.”

Aku hanya tersengih. Aku sendiri sudah masak dengan perangai Ezra yang mahu semua tentang dirinya kelihatan sempurna. Aku sendiri sudah mula terpengaruh dengan tabiatnya itu. “Aunty tak kerja hari ni?”

Aunty Marissa menggeleng. “Ezy mintak Aunty masak best-best hari ni. Katanya Zafir nak datang. Tu yang Aunty masak semua ni. Dia paksa Aunty ambil cuti. Mujurlah kerja tak banyak sangat kat pejabat tu.” Oh. Untung Ezra ada Mama seperti Aunty Marissa ni. “Sedap tak apple pie tu?”

Aku mengangguk. Teringat yang Mama juga pandai membuat apple pie. Rindu pada masakan Mama, mujurlah hari ini aku dan Ezra akan bertolak ke Terengganu. “Aunty tak kisah ke saya mintak tolong Ezra hantar saya ke Terengganu?”

Aunty Marissa tersenyum. “Takpe, Aunty faham. Lagipun, dah lama Ezy tak berjalan ke Terengganu tu. Nanti bawak balik keropok lekor untuk Aunty ye? Dah lama tak makan. Abang-abang Ezy pun suka makan keropok.”

“Insya-Allah Aunty.” Aih. Lambat sungguh Ezra. Entah apa yang dibuatnya di tingkat atas tu. Katanya sekejap je tadi. Resah aku dibuatnya. Aku hanya khuatir, takut-takut Aunty Marissa bertanya soalan-soalan yang tidak dijangka.

“Zafir. Aunty nak tanya something ni.”

Tu dia.

“Ezy dengan Zafir ni..” Aunty Marissa berhenti berkata-kata sebaik melihat kelibat Ezra menuruni tangga.

Aku menarik nafas lega.

“Mama soal siasat Zafir ye?” soal Ezra sambil mencium pipi Mamanya.

Aunty Marissa tersenyum lagi. Adakah dia sudah dapat menghidu hubungan terlarang antara aku dan Ezra? Aduh. “Takdalah. Sembang-sembang je. Mama happy Ezy ada kawan macam Zafir ni. Baik orangnya.”

Ezra tersengih mendengar kata-kata Mamanya itu. Senyuman tawar yang terukir di bibirku. “Mama, kiteorang gerak dulu ye? Takut sampai lewat karang.”

“Yelah. Hati-hati drive ye sayang. Zafir, tengok-tengokkan Izy ni ye. Dia suka bawak laju-laju.”

Aku mengangguk. “Kalau dia bawak laju Aunty?” soalku sambil menjeling kearah Ezra yang sedang menjinjit bagasinya ke dalam Honda CRV-nya.

“Zafir cubit dia.” Senyuman yang terukir di bibir Aunty Marissa mempunyai makna tersirat.

Ah.
* * * * * * * * * *
Lebuhraya.

“You rasa Mama you tau ke pasal kita?” soalku pada Ezra sebaik sahaja kami meninggalkan banglo 3 tingkat itu.

Ezra diam, matanya tertumpu pada pemanduannya.

“Dear, dengar tak I cakap ni.”

“I dengar. Sayang, actually Mama tau pasal kita.”

Aku tersentak mendengar kata-kata yang terungkap di bibir Ezra. “How come?”

“Er. I tak tau macam mana, tapi semalam dia called I masa you tengah tidur. Cakap pasal kita. And I terpaksa mengaku,” balas Ezra perlahan. Tangannya menggenggam erat tanganku. “Tapi, don’t worry. Dia boleh terima. Cuma dia nasihatkan, jangan sampai public tau.”

“Oh. Okay. Em. You tak malu ke couple dengan I?”

Ezra mengalihkan pandangannya ke arahku. “Sayang, napa you cakap macam tu? I tak pernah kesah you kaya ke, handsome ke. I tak pandang semua tu. I suka you sebab ada something dalam diri you yang membuatkan I nak jadikan you kekasih I.” Kata Ezra sambil tersenyum. “Lagipun, you ni baik, caring, sweet, comel.”

Entah untuk kali ke berapa hari ini, aku malu sendiri. “You ni. Malu la I. Jangan la puji lebih-lebih. I ni pantang di puji tau.”

Ezra tersengih. “Eleh. Padahal suka.” Ezra ketawa kecil. “Sayang, Mama you dah tau you balik hari ni?”

Aku menggeleng. “I nak buat suprise kat Mama. Semalam dia ada called, tanya bila I nak balik. Tapi I cakap I tak balik minggu ni. Banyak keje.” Aku senyum. Mama kedengarannya kecewa mendengarkan berita itu. Sudah lebih 2 bulan aku tidak pulang ke Terengganu.

Ezra ketawa. “Abang-abang I pun selalu buat macam tu kat Mama. Konon pegi tour Europe lah, pegi US lah. Tengok-tengok esok pagi dah tercegat depan pintu rumah.” Ezra mencapai sesuatu dari dalam poketnya. “Sayang, this is for you. Bukaklah.”

Aku mencapai kotak kecil itu lalu membukanya. Di dalamnya terdapat sebentuk cincin. Cincin emas putih yang aku lihat di Habib Jewels beberapa hari yang lalu. “Tapi.. Mahal ni dear..”

Ezra tersenyum. “I tau you berkenan cincin tu. That’s why I belikan yang tu untuk you.”

“Mana you tau?”

“Sayang, you kekasih I. You ingat I baru kenal you sehari dua?”

“Tapi, I tak pernah belikan apa-apa untuk you..”

Ezra mengeluh. “Sayang, I tak pernah mintak apa-apa dari you. I nak jaga you, I nak bahagiakan you. Now, I nak you pakai cincin tu.”

Aku mengukirkan senyuman yang tawar di wajahku. “Thank you Ezra.”

“No hal. I beli sepasang. Satu untuk you, satu untuk I. See, I dah pakai ni,” katanya sambil menunjukkan cincin yang dipakai di jari manisnya.

Aku menggenggam erat tangan Ezra. Aku tak sanggup kehilangan lelaki ini.

“I love you dear.”

Ezra tersenyum. “You tak payah cakap pun I tau. I love you too sayang..”
* * * * * * * * *

Thursday 27 November 2008

ep 3

Sri Hartamas.

Lisa tersengih tatkala mengambil tempatnya di antara aku dan kekasihnya, Red. “Sorry guys, I ada show kat KLCC tadi,” katanya lalu memanggil pelayan. “Ala sayang. Sorry la. I takleh tolak offer si Radzi tu,” sambungnya melihatkan Red yang menarik muncung panjang.

Red diam membatu. Matanya tertancap pada skrin televisyen di hadapannya. Ah. Ego lelaki ini mengalahkan ketinggian Gunung Everest! Lisa melemparkan pandangannya padaku, mengharapkan bantuanku memujuk Red. Aduh! Kalaulah lelaki dihadapanku ini Ezra, senang lah. Aku menggelengkan kepala, memberi isyarat pada Lisa aku tidak dapat membantunya.

Lisa mengeluh. “Sayang..”

“Hem.” Red menjawab endah tak endah, langsung tidak dipandangnya Lisa.

“Sayang, tengok la kat I.”

Red berpaling. “Apa dia?”

Lisa mencapai tangan Red dan menggenggamnya erat. Aku hanya buat tidak nampak, malas untuk masuk campur. Tapi aku perasan Red ingin menguntumkan senyuman, tapi ditahannya.

“I lewat sebab I belikan you ni..” Lisa mencapai sesuatu dari dalam tas tangannya.

“Hah Red! Jersey limited edition tuh! Yang ko berkenan tuh!”

Red akhirnya menguntumkan senyuman yang ditahannya sejak tadi pabila melihat hadiah yang dibawa oleh Lisa. “Er.. Maafkan I. I nak manja-manja je tadi. Tu yang buat mengada-ngada tu,” ujar Red sambil tersengih.

Lisa mencebik. “You jahat tau!” kata Lisa sambil mencubit manja lengan Red. “Tak baik buat orang macam tu.”

Aku bersiul kecil. Ah. Alangkah baik kalau Ezra juga ada bersama. Tapi dia terpaksa ke KLIA untuk menjemput keluarganya yang tiba dari Mesir petang ini. “Eh. Korang tak lapar ke? Aku dah habis air segelas ni. Lapar nak mati ni.”

Red dan Lisa sama-sama tersenyum mendengar butir-butir bicara yang lahir dari bibirku. “Lupa lak ko ada.” Lisa bersuara sambil tertawa kecil. “Waiter!”
* * * * * * * * * * * * *
Mont Kiara.

Aku melangkah masuk ke dalam unit kondominium mewah itu. “Wow.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Mewah dan cantik! Perabot-perabotnya tersusun rapi.

Ezra tersenyum bangga. “Penat I decorated taw. Kalau you tak puji jugak, memang I terjun dari balkoni ni,” kata Ezra sambil tersengih. “Sayang..”

Ezra menghampiriku. Dadaku berdebar-debar. Aduh!

“About my offer.. You dah pertimbangkan?” soalnya sambil merenung tepat ke dalam anak mataku. “I dah bagi you seminggu untuk fikirkan tentang hal ni.”

Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. Mama mengizinkan aku untuk berpindah, tetapi Ghazi dan Jehan hanya mendiamkan diri apabila aku menyuarakan hasratku untuk berpindah ke kondominium Ezra.

“Please say yes sayang..” pujuk Ezra.

Aku tersenyum memandangnya dan menganggukkan kepala.

“Is that a yes?”

Aku mengangguk lagi.

“YAY!” soraknya lantas merangkul erat tubuhku.

Aku dapat rasakan betapa bahagianya Ezra saat ini. Dan aku juga bahagia.

“Thanks sayang.. I love you..” ucapnya sambil mencium bibirku.

“I love you too dear..”
* * * * * * * * * * * *
Kuala Lumpur.

Perempuan ini benar-benar membuatkan aku sakit hati. Sherry mengusap-usap manja lengan Ezra. Aku melemparkan pandangan tajam ke arah Ezra yang sedang memerhatikan aku dari jauh. Ah. Diikutkan hati, mahu sahaja aku memaki-hamun perempuan gatal itu.

“Hoi! Ko tenung ape?” jerkah Dean, teman sekuliahku. Dia memandang ke arah di mana aku melemparkan pandanganku. “La.. Yang ko tenung si Sherry tu apesal?”

Aku mati akal untuk menjawab soalannya.

“Ke ko tenung si Ezra tu?” Dean menyerkap jarang.

Aku diam lagi. Malas untuk berkata-kata. Hubungan aku dan Ezra masih belum diketahui oleh sesiapa. Pandanganku masih tertumpu pada Ezra yang asyik melayan kerenah Sherry.

Pantas tanganku mencapai telefon bimbit dan menekan keypad.

‘Seronok nampak?’

Aku lantas melangkah meninggalkan bilik kuliah bersama Dean, sakit mata melihat aksi Sherry dan Ezra. “Lunch?” soalku pada Dean.

“On je. Mana?”

“Pyramid, leh?”

Dean menggaru-garu kepalanya. “OK then.”
* * * * * * * *
Sunway Pyramid.

“Zafir..”

Aku berpaling. Ah. Syed Rafar sedang berdiri di hadapanku. “Apa you buat kat sini?”

“Jalan-jalan. I off hari ni. Bosan duduk rumah,” balasnya, dan seperti pada pertemuan kami sebelum ini, senyuman sentiasa terukir di bibirnya. “Kawan you?” soalnya, merujuk kepada Dean.

“Oh. Yeah. This is Dean. Dean, ni Syed Rafar, kawan uncle aku.”

Syed Rafar dan Dean masing-masing tersenyum sambil bersalaman.

“Takkan jalan sorang je Doctor? Takda orang teman ke?” soalku tatkala melihatkan dia berseorangan. Dean memandang Syed Rafar dengan tidak berkelip. Ah. Aku rasa dia sudah jatuh hati pada Syed Rafar.

Syed Rafar tersenyum mendengar soalanku. “Takda orang nak jalan dengan I, so sorang-sorang lah. Kenapa, you nak temankan I ke?” Matanya merenung tepat ke dalam mataku, penuh pengharapan agar aku menemankan dia berjalan.

Aku ketawa. “Sorry la Doctor. I ada banyak kerja la kat college.” Syed Rafar mengeluh. “Tapi kawan I ni, free dari petang sampai malam!” ujarku sambil menepuk-nepuk bahu Dean. Melihatkan Dean yang tiada reaksi, “Kan Dean?”

“Hah? Er. Yeah. I agree.” Balas Dean, tersedar dari khayalannya.

“Apa yang ko agree?”

Dean mati akal. “Apa-apa je.”

“See Doctor. Dean boleh teman Doctor jalan-jalan tau.” Ucapku. “Boleh kan Dean?”

Muka Dean tiba-tiba menjadi kemerah-merahan. “Er.. Boleh.”

Rancanganku untuk mengelak dari bersama dengan Syed Rafar menjadi. Yes!

“Ok then.” Nada suara Syed Rafar cukup kecewa. “See you later Zafir. Come Dean. You boleh tunjukkan apa-apa yang menarik kat sini, kan?”

Dean bagaikan berada di awangan, mengikut langkah Syed Rafar meninggalkan aku keseorangan di situ. Ah. Aku lagi seronok kalau dapat berseorangan.
* * * * * * * * *
Mont Kiara.

“You ke mana tadi?” soal Ezra, nadanya serius. “Dah lewat baru ingat nak balik?”

Aku menghempaskan tubuhku ke sofa mewah itu. “Jalan-jalan,” balasku pendek.

“I called, SMS, tapi you tak respons pun. Kenapa?”

“You kesah ke?” sindirku. “I thought you tengah happy-happy dengan si Sherry tuh.”

Ezra diam. “Kenapa tak suruh I hantarkan and jemput you?” lembut Ezra menyoal. Mungkin dia sudah menyedari kesilapannya siang tadi. “Risau I dibuatnya.”

“Tak nak susahkan you,” balasku, jengkel.

Ezra melepaskan keluhan berat. “Look, I mintak maaf, ok?”

Aku diam tidak bersuara. Tanganku mencapai alat kawalan dan menghidupkan televisyen.

“Zafir, I’m talking to you.”

“I’m listening,” aku membalas acuh tak acuh.

Ezra mendengus. Dia merampas alat kawalan dan mematikan televisyen. “You ni kenapa?” bentaknya.

“You tanya I kenapa?” aku berdiri, melawan tenungan tajam matanya. “I yang sepatutnya tanya soalan tu, tau tak? Apa, I ni tak cukup bagus lagi ke sampai you kena layan je si Sherry tu?” Aku lihat muka Ezra kemerah-merahan menahan marahnya. Ah. Aku sudah tidak peduli lagi, aku akan luahkan segalanya malam ini.

Ezra bungkam. Renungan matanya tidak lagi setajam tadi. Dia menghempaskan kembali tubuhnya ke atas sofa.

Geram! Aku meninggalkan Ezra seorang di ruang tamu. Menghempaskan pintu kamar, tanda protes!
* * * * * * * * * * *



ep 2

IKEA, Damansara.

“Sayang, malam ni dinner kat rumah I, nak?” soal Ezra tiba-tiba.

Aku yang sedang ralit membelek langsir tercengang. “Er.. Come again?” Aku ingin memastikan yang telinga aku ini masih dalam keadaan baik dan tidak tersilap dengar.

Ezra mencebik. “You ni, selalu buat-buat pekak tau!”

Aduh. Merajuk sudah lelaki ini. “Alalala Ezra cayang busyukkk!” Ezra kembali senyum. “Bukan ke family you ke Cairo?”

Ezra mengangguk. “Then?”

“Siapa yang nak masak?” soalku ragu-ragu.

“Of course la I yang masak!” katanya, penuh keyakinan. “Kenapa, you tak percaya yang I boleh masak? Ini bakat terpendam tau!” sambung Ezra tatkala melihat ekspresi tidak percaya yang terukir di wajahku.

Aduh! Ezra masak? Sangsi aku dibuatnya. “So ini candle-light dinner la ye?”

Ezra pantas mengangguk. “Just you and me, sayang.”

Bunga-bunga bahagia mula berkembang mekar di hati kami. Ah. Alangkah bagusnya kalau aku dapat sehidup semati dengan lelaki sebaik Ezra ini.

“Tapi kan.. You kena tolong I. Boleh?”

“I tolong tengok je la ye?” ucapku, bergurau.

Ezra tersenyum manis. Ah. Aku suka melihat dia tersenyum begitu. Menggetarkan jiwa. “Memang pun. I nak masak sorang. You temankan I je. Boleh?”

Aku hanya mengangguk. Nampaknya Ezra sudah merancang lebih awal tentang acara ini. “Bahan-bahan yang you nak masak dah ada?”

Ezra menggeleng. “Kita ke Tesco nanti?”

“Boleh je. Tapi I nak balik apartment I dulu, nak salin baju.”

“Sure. Jom. Kita settlekan IKEA ni dulu.”
* * * * * * * * * * * *
Mentari Court.

“Zafir..”

“Hem..”

Ezra melangkah masuk ke dalam kamarku, meninggalkan Ghazi, teman serumahku di ruang tamu. “You pindah dari sini, boleh tak?”

“Er? Pindah?” aku terkejut mendengar permintaan Ezra.

Ezra mengangguk. “You duduk kondo I kat Mont Kiara tu.”

Aku tergelak kecil. “Mengarut la you ni. Jauh la. Macam mana I nak ke kelas nanti?”

“I kan ada.” Balasnya pendek. “I risau la tengok condition apartment you ni. Banyak foreigners. Indon, Bangla segala. Mat gelap pun ramai. Takut dieorang apa-apakan buah hati I ni,” katanya sambil tangannya menggenggam erat tanganku.

“Nanti apa pulak Ghazi and Jehan kata. Lagipun parents I tau I duduk sini. In fact, dieorang dah pernah datang pun ke sini.”

Ezra kelihatan kecewa. “I cuma bagi cadangan je. Kalau you tak nak, takpelah.” Nada suaranya berubah.

Serba-salah aku jadinya. “Ezra, nanti I fikirkan, ok? I try cakap dengan parents I.”

Ezra tersenyum. Pantas dia mencium pipiku bertalu-talu. “Thank you sayang.”
* * * * * * * * *
Teratak Bonda, Bukit Tunku.

“Sejak arwah Papa meninggal, Mama bawak kami semua pindah balik ke Malaysia. Mama terpaksa ambil alih pengurusan syarikat yang arwah Papa tinggalkan. Kesian Mama, mujurlah abang-abang I ada untuk bantu Mama bangunkan kembali syarikat yang hampir jatuh dulu.” Tutur Ezra sambil menikmati makan malam bersamaku. “Tapi I tak berminat dengan business, nasib baiklah Mama faham cita-cita I,” sambungnya lagi.

Ah. Ezra lahir dalam dulang emas. Jauh berbeza denganku. Aku harus berusaha keras untuk mendapat apa yang aku inginkan. Aku tersenyum mendengar setiap butir bicara yang lahir dari mulut Ezra. “Kita berkongsi cita-cita yang sama, kan?”

Ezra mengangguk. “Duta Malaysia.”

Aku senyum lagi. “Eh. Mana you belajar masak?”

“Mama. I sorang je dalam adik-beradik I yang tak di hantar ke boarding school. Dulu sentap la jugak sebab I nak sangat masuk Royal Military Academy tau, tapi Mama halang. Tapi, lama-lama I faham kenapa. Mama nak seseorang temankan dia. Rumah ni terlalu besar untuk dia tinggal seorang. My brothers semuanya masa tu ada di university, so jarang balik,” terang Ezra di sebalik cahaya terang lilin yang berada di antara kami. “So, I selalu temankan dia ke market, teman dia masak. Dari sana, I belajar,” luah Ezra lagi, bangga. “You tak reti masak?”

Aku ketawa. “Jalan cerita kita sama. Cuma I tak pernah ada keinginan untuk tinggal kat hostel. First time I duduk hostel masa form 1, hanya tahan 6 bulan je. Then I cabut lari. Mujur la masa I kat Matrikulasi, I dapat tahan setahun. So, I macam you jugak. I teman Mama I ke pasar, teman dia masak, I tolong basuh baju semua. Secara automatik, I boleh masak jugak. Berguna jugak I belajar semua tu dulu since I sekarang duduk jauh dengan family I kan,” terangku panjang lebar. “Dulu I selalu pertikaikan kenapa abang I tak pernah disuruh buat kerja-kerja rumah. Tapi I faham, Mama percayakan I untuk buat semua kerja, so I bangga.”

“I wonder, setiap kali you bercerita tentang family you, tak pernah sekali pun you mentioned-kan father you. Kenapa?” soal Ezra tiba-tiba.

Aku hanya tersenyum tawar. “Parents I tak bersama dah. Father I kahwin lain.”

Ezra terdiam. “Oh my God. I’m so sorry, sayang. Sumpah I tak tau!”

“It’s okay.” Balasku pendek.

“But hey, at least you ada lagi father you. I ni..”

Aduh!

“Sayang, I nak you janji dengan I, jangan sekali-kali you benci father you. Mungkin jodoh parents you tak panjang. Mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan mereka, kan? Hargai mereka selagi mereka masih lagi bernyawa, sayang.”

Aku tersentuh dengan kata-kata Ezra. “I janji dear.”

Air mata mengalir membasahi pipiku.
* * * * * * * * * * *

Tuesday 25 November 2008

ep 1.

Kuala Lumpur.

“Lunch sama?” Ezra bersuara disebelahku.

Aku melemparkan pandanganku ke luar jendela bilik kuliah. “Kenyang lagi..” Aku menolak perlawaannya. “Ajak la Sherry kesayangan you tu.”

Bibir Ezra menguntumkan senyuman. “Sayang..” suaranya perlahan, bimbang didengari rakan-rakan sekuliah kami. “Kalau I nak ajak Sherry, takda la I offer you sekarang ni..” ucapnya sambil tangannya ligat menyalin isi-isi penting yang diucapkan oleh Encik Ruslan, pensyarah Struktur Politik Malaysia kami. “I nak lunch dengan you.. I miss you..”

Hatiku berbunga riang mendengar bait-bait ucapan yang dituturkan oleh Ezra.

“Kita lunch sama, ok?” ulang Ezra, nada suaranya merayu. “Please Icky-ku sayang..” sambungnya lagi.

Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala. Ah. Aku paling cepat cair dengan pujuk rayu Ezra. “Tapi nak makan kat Secret Recipe, boleh? Dah lama tak makan kat sana.”

Ezra berhenti menulis. Riak wajahnya kelihatan cemas. “Em.. Secret Recipe? Tapi sayang..”

Aku terdiam. “Kenapa?” . Ah. Takkan Ezra kekeringan duit? Anak orang berada seperti Ezra takkan pernah kekeringan duit.

Tiba-tiba dia tersengih.

Aku pelik.

“Tapi I dah booked tempat kat Hilton. Nampaknya, terpaksalah cancel booking tu since you nak makan kat Secret Recipe, kan?” katanya seraya mengenyitkan matanya padaku.

“You! Nak makan kat Hilton!”

“Aik? Tadi you kata dah lama tak makan kat Secret Recipe.”

Aku mencebik. Ezra hanya tertawa melihat reaksiku.

“Takde lah. Kita makan kat Hilton, ok? Esok kita makan Secret Recipe. I takkan hampakan buah hati kesayangan I ni..”

Aku tersenyum puas mendengar kata-kata Ezra.
* * * * * * * * * * * *
One Utama.

“Kalau lah you ni perempuan, dah lama I masuk meminang you tau,” bisik Ezra tatkala kami berjalan beriringan di One Utama selepas makan tengahari di Hilton.

“Alah, you ni.” Aku mencubit manja lengan sasa Ezra. Orang ramai di One Utama hanya menyaksikan gelagat kami. Ah. Persetankan apa yang orang nak kata. “Hey, jom pegi Ikea, I nak beli some things untuk bilik I lah.”

Ezra mengusap-usap dagunya yang ditumbuhi janggut nipis itu. “I ada hal la petang ni sayang. You tak cakap awal-awal nak pegi Ikea, kalau tak boleh I cancel kan hal tu, tapi ni dah lewat sangat untuk cancel. Takut dia bising je..”

“Sherry?” Aku menduga.

Ezra diam. Aku tahu jawapannya.

“Pegi lah. I pegi Ikea sorang je.” Aku berjalan meninggalkan Ezra di belakang.

“Zafir, please jangan macam ni.” Tangan Ezra pantas menahanku dari meneruskan langkah. “I janji, I jumpa dia sekejap je. Then I pegi Ikea, ok?” pujuk Ezra.

“Yelah..”

“Tak ikhlas.”

Aku berusaha mengukir senyuman di bibirku. “Ok Ezra cayang busyuk.”

Ezra tersengih. ‘Ezra Cayang Busyuk’ adalah panggilan manja yang sering aku gunakan setiap kali untuk bermanja dengannya. “I hantar you ke Ikea ya.”

Aku hanya mengangguk, mengukir senyuman walaupun hatiku sedang mendidih mengenangkan Ezra yang memilih untuk bersama dengan Sherry petang itu.
* * * * * * * * * *
IKEA, Damasara.

Tanganku pantas mencapai telefon bimbit dari dalam poket seluar jeans. Tertera nama Ezra di skrin telefon.

“Dalam setengah jam lagi I sampai, ok sayang?” kata Ezra di hujung talian.

“Okay, take your time. Drive carefully dear.” Aku lantas mematikan talian. Aku menunggu kedatangan Ezra untuk meminta pendapatnya mengenai beberapa perabot yang telah menarik perhatianku.

Tiba-tiba..

“Oh shoot! I’m so sorry! I tak sengaja,” ucapku pantas. Ah. Macam mana boleh terlanggar orang ni. Aku tunduk untuk menolong lelaki yang aku langgar untuk mengutip beberapa barang miliknya yang terjatuh akibat perlanggaran kami itu. “So sorry sir.”

“It’s okay. Salah saya jugak.”

Suaranya. Seperti pernah ku dengar.

“Zafir?”

Aku mengangkat muka. “Er?” Wajahku mempamerkan riak wajah keliru.

“You tak kenal I?” lelaki di hadapanku itu tersenyum manis.

Otakku ligat berputar mengingati siapa dia. Aku pantas menggeleng.

Lelaki itu masih lagi tersenyum. “Syed Rafar. Kawan Uncle Norman you.”

Syed Rafar? Ah. Itulah kelemahan aku yang paling ketara, mempunyai ingatan yang kurang baik. “I’m so sorry mister, tapi I can’t recall you yang mana satu.”

“Takpelah kalau macam tu. I ingat you sebab masa tu you jadi pengapit Norman.”

Upacara perkahwinan Uncle Norman sudah 3 tahun berlalu dan lelaki di hadapanku ini masih mengingati aku? Ah. It would be nice kalau ingatan aku boleh ditukar dengan ingatannya?

“By the way, you sorang je?” soal lelaki itu. “Wanna have some drinks?” perlawanya kemudian.

“Er..” aku mengerling jam di pergelangan tanganku. Masih ada masa sebelum Ezra sampai. “I tunggu kawan I tapi if you nak belanja I minum, apa salahnya, kan?”

“Kita ke Starbucks?” soal Syed Rafar. Ah. Kacak juga lelaki ini.

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, aku pantas mengangguk. Kami sama-sama melangkah ke Starbucks.

“Study lagi ke?” Syed Rafar bersuara tatkala kami mengambil tempat di bahagian luar Starbucks, menghadap The Curve. Ramai pulak yang mengunjungi Mutiara Damansara walaupun waktu bekerja masih belum tamat. Oh. Meng-ular ye.

Aku menyedut Java Chip Frappucino sambil mengangguk. “Kat Sunway. Ambik course International Affairs Management. How about you? Kerja apa?”

“Nice, I minat bidang tu dulu, tapi father I mintak I teruskan cita-cita dia untuk jadi doctor, so yes, I’m a doctor. Pakar bius.” Syed Rafar tersenyum. Ah. Cair aku dibuatnya.

Aku hanya mengangguk. Mataku tidak puas menatap senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya itu. “I see. I pulak dulu minat sangat medic tau. Tapi masa exam, paper Biology I ain’t that good. So lepas discussed dengan family I, I proceeded dengan bidang International Affairs ni. Bidang ni menarik walaupun kadang-kadang I tension sebab terlalu banyak fakta I kena tahu. Contohnya macam Perlembagaan Persekutuan. I kena hafal every Chapter yang ada dalam tu. Pening!”

“Zafir, every bidang yang you ceburi, pasti akan ada cabarannya. Yang paling penting, you kena minat dan berusaha. Kan? I dulu dah pernah give up dengan medic, tapi family I banyak bagi sokongan pada I.” Aku perasan matanya tidak berhenti melirik ke arahku. Ah. Dugaan!

“Betul tu. Eh. You sorang je ke kat sini?”

Syed Rafar pantas menggeleng. “Berdua.”

“Mana sorang lagi?” mataku meliar memandang sekeliling.

“Dengan you-lah,” balas Syed Rafar selamba.

Aduh!

Tet Tet.

Pesanan dari Ezra. ‘I kat parking lot dah. Where are you?’

Aku tersenyum membaca pesanan itu. Buah hati pengarang jantung sudah sampai. “em. Sorry ya doctor, tapi kawan I dah datang. Lain kali kita sembang lagi ok. Thanks for the drinks.”

Syed Rafar kelihatan kecewa. “Ni name card I. Kalau you free and nak lepak sama-sama, contact lah I. Ok?”

Aku menyambut name card Syed Rafar yang dihulurkannya. “Okay, thanks ya. I gerak dulu.”

Aku melangkah meninggalkan Syed Rafar di Starbucks. Aku menyelitkan name card Syed Rafar di celahan not-not RM di dalam wallet-ku. Nanti-nanti lah contact dia.
* * * * * * * * * *