Saturday 29 November 2008

ep 4

Kuala Lumpur.

Hari ni, genap seminggu aku dan Ezra tidak bertegur sapa. Aku melancarkan perang dingin terhadapnya bermula malam itu. Bukan Ezra tidak cuba untuk berbaik denganku tetapi egoku terlalu tinggi untuk menerima permohonan maaf dari Ezra.

“Sayang.. Dah la tu..” pujuk Ezra tatkala kami dalam perjalanan ke kuliah Tamadun Islam. “Dah seminggu kita macam ni..” sambungnya lagi. Dia menegur Dean yang sedang bergegas entah ke mana.

“I tak buat salah apa-apa pun. You tu.”

Ezra mengeluh. “You jangan la buat I macam ni. Terseksa I tau. Dah banyak kali I mintak maaf kat you, you nak I buat macam mana lagi?”

Aku tidak menjawab. Kami tiba di bilik kuliah Tamadun Islam yang masih lagi lengang. Ramai yang belum datang lagi. “You sanggup buat apa saja?” soalku sambil mengambil tempatku. Ezra melabuhkan punggungnya disebelahku, matanya tertancap padaku.

Ezra mengangguk. “Apa-apa saja asalkan you dapat maafkan I.”

“Em.. I miss my Mum.”

Ezra terpinga-pinga. “You nak balik Terengganu?”

Aku mengangguk. “Tapi I tak nak naik public transport. I nak you yang hantarkan I ke sana,” kataku sambil mengeluarkan nota Tamadun Islam dari dalam beg galasku. “Boleh?”

“Er.. Kalau I belikan you tiket flight, you tak nak ke?”

Aku pantas menggeleng. “I nak you yang hantarkan sebagai syarat I memaafkan you.” Aku mengerling ke arah Ezra yang sedang memikirkan sesuatu. “Tak sanggup takpe. I mintak orang lain hantarkan and you takkan dapat kemaafan dari I.”

“Ehhh. Takpe-takpe. I akan hantarkan you as long as you maafkan I. Okay?”

Aku mengukirkan senyuman. “So dengan ini, I isytiharkan perang dingin kita tamat.” Aku gembira masalah kami sudah tamat dengan kesudian Ezra menghantar aku pulang ke Terengganu. “Dan thanks sebab sudi nak hantar I balik Terengganu.”

Ezra juga tersenyum. “I sanggup buat apa saja untuk you, sayang.”

“Ada satu lagi permintaan.”

“Apa dia sayang?” soal Ezra sambil merapatkan tubuhnya kepadaku. Ah, mujur kami duduk di bahagian belakang sekali, terlindung dari pandangan pelajar lain.

Aku diam, menyusun kata-kata di dalam kepala. “You tinggalkan Sherry, boleh?”

Ezra ketawa besar, mengundang perhatian dari pelajar-pelajar lain. Namun Ezra hanya buat tidak tahu dengan pandangan mereka. “Sayang, I dengan Sherry tu takda apa-apa lah. Dia je yang syok kat I, tapi hati dan perasaan I hanya untuk you, Zafir.”

Ternyata sangkaanku selama ini meleset. Aku sudah salah sangka pada Ezra. “Tapi kenapa you layan je dia? Kenapa you tetap jumpa dia hari tu sampai sanggup tinggalkan I kat Ikea sorang-sorang?”

Ezra ketawa lagi. “I nak uji you. I nak tau sejauh mana cinta you pada I. I tak nak apa yang I dah pernah lalui dulu, terjadi lagi. Dan, yes, sekarang I tau yang you betul-betul cintakan I. Betol kan?”

Terasa panas wajahku ini kerana menahan malu. Aku pura-pura mencatatkan sesuatu di notaku. Ah. Aku betul-betul cintakan lelaki di sebelahku ini.

“Tengok, muka you dah merah. Malu ek?” Ezra berkata seraya memeluk bahuku. “Dah-dah, kita lupakan apa yang dah terjadi. I janji I takkan layan dah Sherry tu.”

Kebahagiaanku sudah kembali. Hari-hariku sudah kembali ceria. Yes!
* * * * * * * * * * * *
Teratak Bonda, Bukit Tunku.

“Zafir makanlah. Jangan malu-malu. Kejap lagi Ezy turun,” ujar Aunty Marissa, Mama Ezra. Oh. Ezy adalah panggilan manja Ezra dalam keluarganya. “Ezy ni kalau bersiap, mengalahkan Aunty.”

Aku hanya tersengih. Aku sendiri sudah masak dengan perangai Ezra yang mahu semua tentang dirinya kelihatan sempurna. Aku sendiri sudah mula terpengaruh dengan tabiatnya itu. “Aunty tak kerja hari ni?”

Aunty Marissa menggeleng. “Ezy mintak Aunty masak best-best hari ni. Katanya Zafir nak datang. Tu yang Aunty masak semua ni. Dia paksa Aunty ambil cuti. Mujurlah kerja tak banyak sangat kat pejabat tu.” Oh. Untung Ezra ada Mama seperti Aunty Marissa ni. “Sedap tak apple pie tu?”

Aku mengangguk. Teringat yang Mama juga pandai membuat apple pie. Rindu pada masakan Mama, mujurlah hari ini aku dan Ezra akan bertolak ke Terengganu. “Aunty tak kisah ke saya mintak tolong Ezra hantar saya ke Terengganu?”

Aunty Marissa tersenyum. “Takpe, Aunty faham. Lagipun, dah lama Ezy tak berjalan ke Terengganu tu. Nanti bawak balik keropok lekor untuk Aunty ye? Dah lama tak makan. Abang-abang Ezy pun suka makan keropok.”

“Insya-Allah Aunty.” Aih. Lambat sungguh Ezra. Entah apa yang dibuatnya di tingkat atas tu. Katanya sekejap je tadi. Resah aku dibuatnya. Aku hanya khuatir, takut-takut Aunty Marissa bertanya soalan-soalan yang tidak dijangka.

“Zafir. Aunty nak tanya something ni.”

Tu dia.

“Ezy dengan Zafir ni..” Aunty Marissa berhenti berkata-kata sebaik melihat kelibat Ezra menuruni tangga.

Aku menarik nafas lega.

“Mama soal siasat Zafir ye?” soal Ezra sambil mencium pipi Mamanya.

Aunty Marissa tersenyum lagi. Adakah dia sudah dapat menghidu hubungan terlarang antara aku dan Ezra? Aduh. “Takdalah. Sembang-sembang je. Mama happy Ezy ada kawan macam Zafir ni. Baik orangnya.”

Ezra tersengih mendengar kata-kata Mamanya itu. Senyuman tawar yang terukir di bibirku. “Mama, kiteorang gerak dulu ye? Takut sampai lewat karang.”

“Yelah. Hati-hati drive ye sayang. Zafir, tengok-tengokkan Izy ni ye. Dia suka bawak laju-laju.”

Aku mengangguk. “Kalau dia bawak laju Aunty?” soalku sambil menjeling kearah Ezra yang sedang menjinjit bagasinya ke dalam Honda CRV-nya.

“Zafir cubit dia.” Senyuman yang terukir di bibir Aunty Marissa mempunyai makna tersirat.

Ah.
* * * * * * * * * *
Lebuhraya.

“You rasa Mama you tau ke pasal kita?” soalku pada Ezra sebaik sahaja kami meninggalkan banglo 3 tingkat itu.

Ezra diam, matanya tertumpu pada pemanduannya.

“Dear, dengar tak I cakap ni.”

“I dengar. Sayang, actually Mama tau pasal kita.”

Aku tersentak mendengar kata-kata yang terungkap di bibir Ezra. “How come?”

“Er. I tak tau macam mana, tapi semalam dia called I masa you tengah tidur. Cakap pasal kita. And I terpaksa mengaku,” balas Ezra perlahan. Tangannya menggenggam erat tanganku. “Tapi, don’t worry. Dia boleh terima. Cuma dia nasihatkan, jangan sampai public tau.”

“Oh. Okay. Em. You tak malu ke couple dengan I?”

Ezra mengalihkan pandangannya ke arahku. “Sayang, napa you cakap macam tu? I tak pernah kesah you kaya ke, handsome ke. I tak pandang semua tu. I suka you sebab ada something dalam diri you yang membuatkan I nak jadikan you kekasih I.” Kata Ezra sambil tersenyum. “Lagipun, you ni baik, caring, sweet, comel.”

Entah untuk kali ke berapa hari ini, aku malu sendiri. “You ni. Malu la I. Jangan la puji lebih-lebih. I ni pantang di puji tau.”

Ezra tersengih. “Eleh. Padahal suka.” Ezra ketawa kecil. “Sayang, Mama you dah tau you balik hari ni?”

Aku menggeleng. “I nak buat suprise kat Mama. Semalam dia ada called, tanya bila I nak balik. Tapi I cakap I tak balik minggu ni. Banyak keje.” Aku senyum. Mama kedengarannya kecewa mendengarkan berita itu. Sudah lebih 2 bulan aku tidak pulang ke Terengganu.

Ezra ketawa. “Abang-abang I pun selalu buat macam tu kat Mama. Konon pegi tour Europe lah, pegi US lah. Tengok-tengok esok pagi dah tercegat depan pintu rumah.” Ezra mencapai sesuatu dari dalam poketnya. “Sayang, this is for you. Bukaklah.”

Aku mencapai kotak kecil itu lalu membukanya. Di dalamnya terdapat sebentuk cincin. Cincin emas putih yang aku lihat di Habib Jewels beberapa hari yang lalu. “Tapi.. Mahal ni dear..”

Ezra tersenyum. “I tau you berkenan cincin tu. That’s why I belikan yang tu untuk you.”

“Mana you tau?”

“Sayang, you kekasih I. You ingat I baru kenal you sehari dua?”

“Tapi, I tak pernah belikan apa-apa untuk you..”

Ezra mengeluh. “Sayang, I tak pernah mintak apa-apa dari you. I nak jaga you, I nak bahagiakan you. Now, I nak you pakai cincin tu.”

Aku mengukirkan senyuman yang tawar di wajahku. “Thank you Ezra.”

“No hal. I beli sepasang. Satu untuk you, satu untuk I. See, I dah pakai ni,” katanya sambil menunjukkan cincin yang dipakai di jari manisnya.

Aku menggenggam erat tangan Ezra. Aku tak sanggup kehilangan lelaki ini.

“I love you dear.”

Ezra tersenyum. “You tak payah cakap pun I tau. I love you too sayang..”
* * * * * * * * *

No comments: