Thursday 27 November 2008

ep 3

Sri Hartamas.

Lisa tersengih tatkala mengambil tempatnya di antara aku dan kekasihnya, Red. “Sorry guys, I ada show kat KLCC tadi,” katanya lalu memanggil pelayan. “Ala sayang. Sorry la. I takleh tolak offer si Radzi tu,” sambungnya melihatkan Red yang menarik muncung panjang.

Red diam membatu. Matanya tertancap pada skrin televisyen di hadapannya. Ah. Ego lelaki ini mengalahkan ketinggian Gunung Everest! Lisa melemparkan pandangannya padaku, mengharapkan bantuanku memujuk Red. Aduh! Kalaulah lelaki dihadapanku ini Ezra, senang lah. Aku menggelengkan kepala, memberi isyarat pada Lisa aku tidak dapat membantunya.

Lisa mengeluh. “Sayang..”

“Hem.” Red menjawab endah tak endah, langsung tidak dipandangnya Lisa.

“Sayang, tengok la kat I.”

Red berpaling. “Apa dia?”

Lisa mencapai tangan Red dan menggenggamnya erat. Aku hanya buat tidak nampak, malas untuk masuk campur. Tapi aku perasan Red ingin menguntumkan senyuman, tapi ditahannya.

“I lewat sebab I belikan you ni..” Lisa mencapai sesuatu dari dalam tas tangannya.

“Hah Red! Jersey limited edition tuh! Yang ko berkenan tuh!”

Red akhirnya menguntumkan senyuman yang ditahannya sejak tadi pabila melihat hadiah yang dibawa oleh Lisa. “Er.. Maafkan I. I nak manja-manja je tadi. Tu yang buat mengada-ngada tu,” ujar Red sambil tersengih.

Lisa mencebik. “You jahat tau!” kata Lisa sambil mencubit manja lengan Red. “Tak baik buat orang macam tu.”

Aku bersiul kecil. Ah. Alangkah baik kalau Ezra juga ada bersama. Tapi dia terpaksa ke KLIA untuk menjemput keluarganya yang tiba dari Mesir petang ini. “Eh. Korang tak lapar ke? Aku dah habis air segelas ni. Lapar nak mati ni.”

Red dan Lisa sama-sama tersenyum mendengar butir-butir bicara yang lahir dari bibirku. “Lupa lak ko ada.” Lisa bersuara sambil tertawa kecil. “Waiter!”
* * * * * * * * * * * * *
Mont Kiara.

Aku melangkah masuk ke dalam unit kondominium mewah itu. “Wow.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Mewah dan cantik! Perabot-perabotnya tersusun rapi.

Ezra tersenyum bangga. “Penat I decorated taw. Kalau you tak puji jugak, memang I terjun dari balkoni ni,” kata Ezra sambil tersengih. “Sayang..”

Ezra menghampiriku. Dadaku berdebar-debar. Aduh!

“About my offer.. You dah pertimbangkan?” soalnya sambil merenung tepat ke dalam anak mataku. “I dah bagi you seminggu untuk fikirkan tentang hal ni.”

Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. Mama mengizinkan aku untuk berpindah, tetapi Ghazi dan Jehan hanya mendiamkan diri apabila aku menyuarakan hasratku untuk berpindah ke kondominium Ezra.

“Please say yes sayang..” pujuk Ezra.

Aku tersenyum memandangnya dan menganggukkan kepala.

“Is that a yes?”

Aku mengangguk lagi.

“YAY!” soraknya lantas merangkul erat tubuhku.

Aku dapat rasakan betapa bahagianya Ezra saat ini. Dan aku juga bahagia.

“Thanks sayang.. I love you..” ucapnya sambil mencium bibirku.

“I love you too dear..”
* * * * * * * * * * * *
Kuala Lumpur.

Perempuan ini benar-benar membuatkan aku sakit hati. Sherry mengusap-usap manja lengan Ezra. Aku melemparkan pandangan tajam ke arah Ezra yang sedang memerhatikan aku dari jauh. Ah. Diikutkan hati, mahu sahaja aku memaki-hamun perempuan gatal itu.

“Hoi! Ko tenung ape?” jerkah Dean, teman sekuliahku. Dia memandang ke arah di mana aku melemparkan pandanganku. “La.. Yang ko tenung si Sherry tu apesal?”

Aku mati akal untuk menjawab soalannya.

“Ke ko tenung si Ezra tu?” Dean menyerkap jarang.

Aku diam lagi. Malas untuk berkata-kata. Hubungan aku dan Ezra masih belum diketahui oleh sesiapa. Pandanganku masih tertumpu pada Ezra yang asyik melayan kerenah Sherry.

Pantas tanganku mencapai telefon bimbit dan menekan keypad.

‘Seronok nampak?’

Aku lantas melangkah meninggalkan bilik kuliah bersama Dean, sakit mata melihat aksi Sherry dan Ezra. “Lunch?” soalku pada Dean.

“On je. Mana?”

“Pyramid, leh?”

Dean menggaru-garu kepalanya. “OK then.”
* * * * * * * *
Sunway Pyramid.

“Zafir..”

Aku berpaling. Ah. Syed Rafar sedang berdiri di hadapanku. “Apa you buat kat sini?”

“Jalan-jalan. I off hari ni. Bosan duduk rumah,” balasnya, dan seperti pada pertemuan kami sebelum ini, senyuman sentiasa terukir di bibirnya. “Kawan you?” soalnya, merujuk kepada Dean.

“Oh. Yeah. This is Dean. Dean, ni Syed Rafar, kawan uncle aku.”

Syed Rafar dan Dean masing-masing tersenyum sambil bersalaman.

“Takkan jalan sorang je Doctor? Takda orang teman ke?” soalku tatkala melihatkan dia berseorangan. Dean memandang Syed Rafar dengan tidak berkelip. Ah. Aku rasa dia sudah jatuh hati pada Syed Rafar.

Syed Rafar tersenyum mendengar soalanku. “Takda orang nak jalan dengan I, so sorang-sorang lah. Kenapa, you nak temankan I ke?” Matanya merenung tepat ke dalam mataku, penuh pengharapan agar aku menemankan dia berjalan.

Aku ketawa. “Sorry la Doctor. I ada banyak kerja la kat college.” Syed Rafar mengeluh. “Tapi kawan I ni, free dari petang sampai malam!” ujarku sambil menepuk-nepuk bahu Dean. Melihatkan Dean yang tiada reaksi, “Kan Dean?”

“Hah? Er. Yeah. I agree.” Balas Dean, tersedar dari khayalannya.

“Apa yang ko agree?”

Dean mati akal. “Apa-apa je.”

“See Doctor. Dean boleh teman Doctor jalan-jalan tau.” Ucapku. “Boleh kan Dean?”

Muka Dean tiba-tiba menjadi kemerah-merahan. “Er.. Boleh.”

Rancanganku untuk mengelak dari bersama dengan Syed Rafar menjadi. Yes!

“Ok then.” Nada suara Syed Rafar cukup kecewa. “See you later Zafir. Come Dean. You boleh tunjukkan apa-apa yang menarik kat sini, kan?”

Dean bagaikan berada di awangan, mengikut langkah Syed Rafar meninggalkan aku keseorangan di situ. Ah. Aku lagi seronok kalau dapat berseorangan.
* * * * * * * * *
Mont Kiara.

“You ke mana tadi?” soal Ezra, nadanya serius. “Dah lewat baru ingat nak balik?”

Aku menghempaskan tubuhku ke sofa mewah itu. “Jalan-jalan,” balasku pendek.

“I called, SMS, tapi you tak respons pun. Kenapa?”

“You kesah ke?” sindirku. “I thought you tengah happy-happy dengan si Sherry tuh.”

Ezra diam. “Kenapa tak suruh I hantarkan and jemput you?” lembut Ezra menyoal. Mungkin dia sudah menyedari kesilapannya siang tadi. “Risau I dibuatnya.”

“Tak nak susahkan you,” balasku, jengkel.

Ezra melepaskan keluhan berat. “Look, I mintak maaf, ok?”

Aku diam tidak bersuara. Tanganku mencapai alat kawalan dan menghidupkan televisyen.

“Zafir, I’m talking to you.”

“I’m listening,” aku membalas acuh tak acuh.

Ezra mendengus. Dia merampas alat kawalan dan mematikan televisyen. “You ni kenapa?” bentaknya.

“You tanya I kenapa?” aku berdiri, melawan tenungan tajam matanya. “I yang sepatutnya tanya soalan tu, tau tak? Apa, I ni tak cukup bagus lagi ke sampai you kena layan je si Sherry tu?” Aku lihat muka Ezra kemerah-merahan menahan marahnya. Ah. Aku sudah tidak peduli lagi, aku akan luahkan segalanya malam ini.

Ezra bungkam. Renungan matanya tidak lagi setajam tadi. Dia menghempaskan kembali tubuhnya ke atas sofa.

Geram! Aku meninggalkan Ezra seorang di ruang tamu. Menghempaskan pintu kamar, tanda protes!
* * * * * * * * * * *



No comments: