Monday 22 March 2010

ep 27

Eternal Holdings

“Zafir!”

Hampir pengsan aku mendengar suara lantang Ezra dari luar kamar pejabatku. Dia tidak akan memanggil nama penuhku, kecuali jika dia sedang marah. Kakinya pantas meluru masuk ke dalam pejabatku.

“What is this?” soalnya sambil mencampakkan sekeping sampul surat ke atas meja kerjaku.

Tidak ku sangka sampai begini dia akan meradang. Aku bangun dari kerusi lalu menutup pintu pejabat, bimbang ada kakitangan yang akan memasang telinga. Aku mencapai sampul surat tersebut dan mengeluarkan isinya. “Oh…”

“Apa yang oh oh? Kenapa tiba-tiba je ni??”

Aku diam, mengatur ayat yang sesuai agar dia tidak akan lebih naik angin. “Fir mintak maaf sebab tak bincang dulu dengan Abang sebelum buat keputusan ni.. Tapi Fir buat macam ni untuk kebaikan kita semua Abang. Family kita, syarikat ni.. Fir dah tak ada pilihan lain..”

Ezra meraup wajahnya. “Ya Allah Fir, kita boleh bincang elok-elok sayang.. Tak perlu sampai nak letak jawatan macam ni..” suaranya kendur. “Abang perlukan Fir kat sini.. Fir sumber kekuatan Abang..” Tangannya menggenggam erat tanganku.

“Abang.. Fir rasa dah sampai masanya Fir berdikari, belajar untuk lebih bertanggungjawab dengan hidup Fir. Fir tak nak selama-lamanya bergantung dengan Abang. Dah banyak Fir terhutang budi dengan Abang..”

“Habis tu, apa Fir nak buat? Fir nak kerja kat mana lepas ni?”

Aku senyum. “Zafir & Co., company Fir sendiri..”

“What?” riak terkejut jelas terukir di wajahnya. “Bila Fir buat company ni?”

Aku menarik Ezra untuk duduk di sofa. “Fir tubuhkan company ni bukan untuk kepentingan Fir. Mama Marissa and Mama Fir invest more than 50% dalam company ni. But mereka berdua adalah sleeping partners dalam company. Selebihnya, Fir and Along punya idea. Along ada tanya Fir samada Fir berminat nak joint venture dengan dia since both of us terlibat dalam bidang yang sama kan. And Fir terfikir, why not Fir bagi peluang kepada diri Fir untuk berdikari?”

Ezra diam. “Sebab tu Fir resign?”

Aku mengangguk. “Dan untuk memberi peluang kepada Fiona untuk kembali ke sini..”

“WHAT?!”

Aku sudah agak ini reaksinya.

“Fir!”

“Abang, Fir kena mengalah. Dia isteri Abang yang sah..”

Bulat mata Ezra memandangku. “Tapi Abang hanya cintakan Fir!”

Aku diam.

“Fir dah tak sayangkan Abang macam dulu?”

“Abang! Bukan macam tu niat Fir! Fir cuma fikirkan keadaan Abang..”

Ezra ketawa sinis. “Kalau Fir fikirkan keadaan Abang, Fir takkan tinggalkan Abang macam ni!” Genggaman tangannya semakin kendur. “Fir tau tak apa yang Abang lalui kat sini? Dengan marriage yang Abang langsung tak rela, dengan keadaan company yang tak stabil, Fir ingat keputusan Fir tu membantu ke?”

“Company tak stabil?”

Ezra mengangguk lemah. “Abang tak nak jadi orang yang melingkupkan company ni…”

Mungkin aku patut tangguhkan hasrat untuk meninggalkan Eternal Holdings buat sementara waktu sehingga keadaan kembali stabil.

* * * * * * **

IKEA

Mata Ezra meliar memandang sekeliling. Kelibat Zafir entah di mana. Pantas dia menyeluk telefon bimbitnya dan mendail nombor Zafir.

“On my way!”

Ezra menggelengkan kepala mendengar suara Zafir di hujung talian. “Sayang, cepatlah…”

Zafir tergelak kecil mendengar kata-kata Ezra yang separuh cemas itu. “Fir tengah beli ice-cream untuk Camelia kat New Zealand Natural ni.. Abang makan dulu, okay? Nanti Fir and Lia datang..”

Ezra senyum nipis mendengar kata-kata kekasih hatinya itu. “Make it fast, nanti Abang habiskan semua meatballs ni baru tau!”

“Jahat!”

Ezra ketawa. “Dah-dah, cepat.. Abang tunggu ni..” Klik! Ezra meraup wajahnya, dirinya terasa sungguh penat dengan segala ‘bala’ yang menimpanya kini. Mujurlah kehadiran Ezra dan Camelia sedikit sebanyak berjaya mengubati pedih di hatinya ini.

“Abang..?”

Ezra mengangkat muka, di hadapannya tercegat isterinya, Fiona. “Fiona, apa kau buat kat sini?”

Fiona tersenyum manis. Ezra sendiri pelik kenapa Fiona tidak menggunakan kecantikannya itu untuk memikat lelaki dia berbanding dirinya yang sudah terang-terang mengaku mempunyai hubungan dengan Zafir. “Fi nak beli barang sikit untuk rumah Bangsar, Abang tak kisah kan kalau Fi ubah-ubah kedudukan perabotnya kan?”

Ezra menggelengkan kepalanya. “Ikut suka kaulah Fiona, aku dah serahkan rumah tu pada kau, kau buatlah apa yang kau nak..”

Sepi, hanya bunyi bising pengunjung-pengunjung di medan selera itu sahaja yang melatari perbualan mereka.

“Abang sorang..?” Fiona akhirnya membuka mulut. Dia sebenarnya sudah dapat mengagak jawapan yang akan keluar dari mulut Ezra, tetapi dia cuma mahukan kepastian dari suaminya itu.

“Dengan anak aku..”

“Zafir?”

“Zafir pun ada ni hah!”

Terperanjat Fiona dengan kehadiran Zafir secara tiba-tiba di belakangnya. Ezra tersengih dengan tindakan buah hatinya itu, dia tahu Zafir dengan sengaja ingin membuat Fiona terperanjat. “Kamu ni! Terperanjat Akak!”

“Akak rindu kat Fir eh?” Zafir mengenyitkan mata, sengaja mahu menyakitkan hati Fiona.

Fiona mencebik. “Tak kuasa aku nak rindu kat kau,” bidas Fiona. Matanya menjeling tajam ke arah Zafir yang melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelahnya.

“Aunty buat apa kat sini? Aunty nak jumpa Papa ke?” soal Camelia yang duduk di pangkuan Ezra. “Tapi Papa pernah kata dia tak suka jumpa Aunty.”

“Well, budak-budak tak pernah menipu,” sindir Zafir. Ezra hanya diam, langsung tidak terbit rasa ingin membela isterinya itu. Dia hanya mengusap-usap lembut rambut ikal Camelia.

Fiona mencebik lagi.

“Tak faham-faham lagi?” soal Ezra, dingin.

Pandangan Fiona seakan-akan berpinar-pinar, tidak percaya yang suaminya sendiri mengusirnya pergi dari situ. “Fine!” Fiona lantas mengangkat punggung dan berlalu pergi dari situ.

Ezra buat tidak tahu sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut kecil Camelia.

* * * * * * * *

Teratak Bonda

Fiona mendengus kasar. “Kenapa Mama membela sangat si Zafir tu? Dia maki hamun Fiona depan orang ramai kat IKEA tu tau tak?”

“Jawapan Mama mudah Fiona, Mama lebih kenal Zafir dari kamu. Mama tau dia takkan buat sesuatu yang akan memalukan diri dia sendiri,” balas Datin Marissa sambil menuangkan air kedalam gelas Fiona. Tidak sekelumit pun kata-kata Fiona tentang Zafir yang dia percaya.

“Tapi Fiona ni menantu Mama!” balas Fiona.

“Kamu tahu Fiona, Zafir tak pernah meninggikan suara dia pada Mama atau ahli keluarga yang lain.”

Fiona bertambah geram. Asyik-asyik nama Zafir yang terbit dari mulut perempuan tua ini. Mulia sangatkah Zafir di mata keluarga ini? Kehadirannya sebagai isteri Ezra langsung tidak pernah diambil pusing oleh keluarga kaya ini, malah, dia dilayan bagaikan orang luar.

Datin Marissa duduk memerhatikan menantunya itu. Lain benar sikapnya dengan Diana, Rizal mahupun Zafir. Hendak dikata tidak tahu diuntung dan tidak tahu malu, terlalu kasar bunyinya. Tetapi dia benar-benar kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Fiona. Langsung tidak tahu adab sopan. “Zafir dah tolong kamu kembali ke Eternal dan dia sanggup korbankan kedudukan dia di sana, tapi kamu masih lagi berdendam dengan dia Fiona?”

Fiona tersentak dengan kata-kata ibu mertuanya.

“Mama harap Fiona bukakan hati tu untuk menerima Zafir dalam hidup Fiona. Walaupun dia bukan ahli keluarga ni, tapi Mama anggap dia macam anak Mama sendiri. Kalau kami semua boleh terima dia, kenapa kamu tak boleh?”

“Tapi-!”

“Tak ada tapi-tapi, Fiona. Mama faham perasaan Fiona, tapi kamu kena berusaha untuk memenangi hati Ezra. Hati Ezra memang keras, tapi kamu kena faham yang perkahwinan kamu berdua langsung tidak mendapat kerelaan dari dia dan Mama rasa kamu sudah sedia maklum yang cinta Ezra hanya untuk Zafir, kan?”

Fiona bungkam. Dia mengangguk perlahan. Tidak disangkanya yang keluarga terhormat seperti ini boleh menerima hubungan songsang yang sudah terang-terangan haram di sisi agama. Tapi dia harus mengakui yang dia tidak mampu untuk membuka hati Ezra, disentuhnya pun tidak, ini kan pula untuk jatuh cinta. “Mungkin Fiona patut mintak cerai dari dia, Mama.”

Datin Marissa tidak menunjukkan riak wajah terkejut, malah tenang mendengar kata-kata Fiona. “Kamu dah fikir masak-masak?”

Fiona menggeleng.

“So baik kamu fikir betul-betul baik buruk keputusan yang kamu ambil ni Fiona.”

Fiona diam. Ada betul kata perempuan ini. Kalau dia yang meminta cerai, dia tidak layak untuk mendapat walau satu sen pun harta kekayaan Ezra. Dia harus kuat menempuhi segalan dugaan dalam perkahwinan ini dan dia yakin, satu hari nanti, Tengku Kamarul Ezra akan jatuh ke tangannya.

* * * * * * *

“Mik, jangan lari. Nanti jatuh!”

Mikael cemas memandangku. “Uncle jalan la cepat sikit!” laungnya. “Mik dah lewat la!”

Aku melajukan langkah, terpaksa menggendong Iman yang asyik leka memandang sekeliling. “Yelah, tapi tak payah la berlari, Uncle bukan tau pun kat mana tempatnya.”

“Mik tau!”

‘Memang la kamu tau, sebab tu tempat latihan kamu,’ bisikku dalam hati. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Aku terpaksa menjaga kedua-dua anak saudaraku ini kerana Along menemaninya suaminya ke Milan, Itali atas urusan kerja. Dan hari ini aku perlu membawa keduanya ke latihan taekwando mereka.

“Sorry Sir, Uncle Mik ni sesat!” ucap Mikael kepada jurulatih taekwandonya, Hisyam namanya lalu berlari mendapatkan rakan-rakannya.

Aku tersengih mendengarkan kata-kata Mikael. Siap la dia bila balik nanti! Sengaja buat aku malu sendiri. “Sorry, parents diaorang ni takda, so I kena jaga diaorang.. First time bawa diaorang ke sini.”

Hisyam tersenyum mendengar penjelasanku. “Takpa, saya pun baru je sampai ni. Iman, jom?” Hisyam menghulurkan tangannya kepada Iman dan Iman menyambutnya, lalu mereka berlalu ke tempat latihan.

Dari kejauhan, aku dapat lihat Hisyam asyik melemparkan pandangannya kearahku. Tidak senang duduk aku jadinya. Berkali-kali aku memeriksa penampilanku, takut ada yang terkurang. Zip seluarku terbuka? Tidak. Kasut lain sebelah? Tidak juga. Habis? Sesekali dia tersenyum memandangku.

Hampir dua jam mereka menjalani latihan dan sebelum pulang, Hisyam menghulurkan kad perniagaannya. “Just in case you nak join taekwando,” katanya sambil tersenyum manis.

“Oh…” Aku ketawa kecil. “I tak boleh la martial arts ni, karang I melalak sorang-sorang kat tempat practice tu, buat malu je.”

Hisyam tersengih. “I boleh bagi personal training.”

Aku hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum. “Jom kanank-kanak! Er, thanks ye Hisyam.”

“Syam je..” balasnya sambil mengenyitkan mata.

Aduh!

“Kenapa Sir kenyit mata kat Uncle?” soal Mik sewaktu aku memandu pulang ke rumah.

“Er.. Dia sakit mata kot!” balasku mudah. “Hey! Kamu jangan bagitau Uncle Ezy pasal Sir kenyit mata kat Uncle tau!” Mati aku kalau Ezy tau, memanglah dia jenis tak kisah, tapi tak seronok pulak kalau dia tahu mengenainya.

“Ada upah tak?” soal Iman dari belakang.

“Kecik-kecik dah pandai mintak upah kan!”

Mikael dan Iman sama-sama tersengih.

“Yelah-yelah. Nanti Uncle bawak kamu pergi Toys R Us, tapi kita pergi ambik Lia kat sekolah agama dulu okay?”

“Beres!”

* * * * * * * * * *