Thursday 16 July 2009

ep 16

Eternal Holdings.

“I’m sorry Encik Ezra. Saya dah halang, dia tetap nak masuk jugak.” Serba-salah Fiona dibuatnya. Lelaki itu datang tanpa membuat temujanji dan yang pasti, lelaki itu bukanlah salah seorang ahli keluarga boss-nya ataupun rakan-rakannya.

“It’s okay Fiona, let me handle this guy. You boleh keluar.”

Fiona berlalu meninggalkan ruang pejabat yang mewah itu. Dia akan menghubungi pihak keselamatan, mana lah tahu kalau-kalau boss-nya memerlukan perkhidmatan keselamatan itu.

Nublee melemparkan senyuman menggoda kepada Ezra. “Miss me?”

Ezra senyum sinis. “Rindu ko? Layak ke ko untuk aku rindu?” balas Ezra acuh tak acuh. Matanya masih tertumpu di skrin komputer ribanya, banyak projek yang harus dilaksanakan dalam masa terdekat. Datin Marissa telah mengamanahkan kepadanya untuk mengepalai syarikat yang menjadi kebanggaan keluarganya itu.

“Amboi.. Dah sombong ye sejak you dah declared dengan budak kampung tu.”

Ezra berhenti menatap skrin komputer. “Walaupun dia budak kampung, tapi aku rasa dia 50 kali ganda lebih mulia dari ko. Ko ni layak jadi pelacur kat lorong-lorong je.” Ezra memberikan pandangan jijik terhadap bekas kekasihnya itu. “Aku ada banyak kerja ni, boleh berambus tak?”

Melopong mulut Nublee mendengar kata-kata yang dihamburkan oleh Ezra kepadanya. Tidak pernah dia mendengar Ezra menghina atau menghamburkan kata-kata yang kurang senang.

“Why? Ko ada masalah nak cari pintu keluar? Tu, yang kat belakang tu, yang benda kayu tu, itu pintu keluar. Atau ko nak aku panggilkan security guards?” perli Ezra, dia sudah bosan melihat wajah itu. Kalau bukan kerana Zafir menganggap Nublee itu kawan baiknya, sampai kiamat dia takkan pernah ingin berjumpa dengan lelaki jahanam itu.

Nublee tersenyum akhirnya. Dia tahu tujuannya datang ke Eternal Holdings ini. “Ezra, you masih dengan Zafir?”

Ezra mengangkat kening, pelik dengan soalan yang diajukan oleh Nublee itu. “Yes, why?”

Lain yang diharapkan, lain pula yang Ezra ucapkan.

Ezra senyum sinis selepas melihat air muka Nublee. “Ko mengharapkan yang kiteorang akan break selepas dia tengok video tu? Ko memang silap..”

Nublee diam. Rancangannya tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Ezra bangun dari kerusi empuk yang didudukinya. “Ko ni memang slut, tau tak? Ko tak malu ke edar video tuh?”

Nublee geleng. “I tak malu, asalkan I dapat apa yang I nak.” Nublee menghampiri Ezra. Dia merenung tepat ke dalam mata bekas teman lelakinya itu. “I nak you..”

Ezra ketawa terbahak-bahak. “Ko ingat, dengan edarkan video tu, aku free-free je boleh jadi milik ko?” Secara tiba-tiba, dia mencengkam leher Nublee dengan kuat. “Sekali lagi ko trap aku dengan benda-benda macam tu, nahas ko!”

Sesak nafas Nublee dibuatnya. “Kalau I jadi you, I akan tinggalkan Zafir, sebab I malu selepas I curang pada dia. You tak malu ke?”

Dush! Satu tumbukan hinggap di pipi Nublee sehingga lelaki itu jatuh.

“Hey bitch! Ko ni tak pernah berenti menyakitkan hati aku, kan? Ko memang cari nahas!” Ezra kembali mencengkam leher Nublee. “Fiona!”

Terkocoh-kocoh perempuan itu masuk. “Ye boss?” Dia hairan melihat boss-nya itu sedang mencengkam leher lelaki yang tak dikenalinya itu.

“Panggil security!”

* * * * * * * * * * * * * *

Teratak Bonda, Bukit Tunku.

“Apa mimpi Abang Im tiba-tiba balik ni?” soalku tatkala ternampak kelibat Abang Imran di ruang tamu banglo ini. “Mama tak cakap pun Abang nak balik?”

Abang Imran tersengih. “Saje je.. Dah lama tak balik.” Dia menatap kembali PSP-nya. “How’s college?”

Aku melabuhkan punggung di sofa empuk itu. penat! “College? Okay jer.. Tak sabar nak tunggu final, lepas tu grad!” Aku mencari-cari kelibat Ezra, namun tidak kelihatan. Keretanya ada di luar, menandakan dia sudah pulang dari pejabat.

“Cari Ezy? Ada kat swimming pool,” kata Abang Imran.

Tersipu-sipu malu aku dibuatnya. “Oh, Fir bukan cari dia.” Cover line!

Abang Imran ketawa. “Elehhh. Macam la Abang tak tauuu awak tu. Eh Fir, Abang nak tanya sikit ni..” Dia meletakkan PSP-nya di atas meja kopi di hadapannya.

“Apa dia?” soalku sambil membelek-belek cincin ‘perkahwinan’ku. “Macam serious je?”

Abang Imran tersenyum. “Angah dah ada boyfriend?”

Ah. “Tiba-tiba je tanya?”

Dia senyum lagi. “Saja je.”

“Ahah! Abang berkenan kat Angah ke?” Akhirnya, ada juga anak bujang Datin Marissa yang straight. “Tapi, bila pulak Abang pernah jumpa dengan Angah?”

Abang Imran diam. “Em, actually, Abang classmate dia masa kat matriks Melaka dulu. Bila Abang tengok album gambar masa Mama pergi umah Fir tu, baru Abang nampak gambar Angah Fir..”

“Oh! Abang la Im yang selalu Angah sebut masa dia still kat Matriks dulu!”

Abang Imran kelihatan terkejut dengan kata-kataku. “Angah selalu sebut pasal Abang dulu?”

Aku menganggukkan kepalaku. “Im baik, Im sweet, Im nice, segala benda la Im.”

“Ye ke..”

“So, what’s up now? Nak menyambung kembali ke persahabatan?”

“Er.. Gitulah hasrat di hati.”

Aku menganggukkan kepala tanda faham. “Abang jangan risau, okay? Setau Fir la, Angah tu kuat kerja. Mungkin masih solo lagi kot. Fir tak pernah dengar la pulak Mama bercerita pasal boyfriend Angah.” Aku ketawa kecil kerana aku sudah dapat mengagak tujuan Abang Imran. “Abang nak masuk meminang ke?”

“Dulu Abang jual mahal dengan dia, agak-agak Fir, dia nak lagi tak jumpa Abang?”

“Belum cuba, belum tau, Bang..” Aku senyum memandang abang iparku itu.

*

“Dah lama tak nampak Nublee, kan Bang?” Aku bersuara tatkala aku dan Ezra dalam perjalanan ke Pavilion untuk membeli-belah. “Mana hilang ntah dia. Kat kelas pun takde.”

“Iye? Ntah. Zainal tak cakap apa-apa pun dengan Abang?” Mata Ezra tertumpu kepada pemanduannya di jalan raya. “Biarlah kat dia, nak terlingkup ke, tertonggeng ke, asalkan dia tak kacau kita.” Ezra mengeratkan genggamannya di tanganku. Sudah menjadi kebiasaan kepadanya untuk menggenggam tanganku tatkala dia sedang memandu dan dia tidak mempunyai masalah untuk memandu dengan sebelah tangan.

Aku senyum. “Yeah. Aman jugak dia takde ni.”

Ezra membalas senyumanku. “Fir nak beli apa je jap lagi?”

“Tak decide pun lagi. Kita jalan dulu, kalau ada yang berkenan, kita beli, ek? Lagipun dah lama kita tak shopping and jalan-jalan together. Abang kan asyik busy je.” Aku menjeling manja ke arahnya.

Ezra menguntumkan senyuman di bibirnya. “Baby, Abang kan cari rezeki untuk family kita,” pujuknya. “Nanti Abang ambik cuti, kita pergi vacation, nak? Abang teringin nak pergi Pulau Redang, nak pegi menyelam. Abang ada lesen snorkeling tau!”

Hatiku berbunga riang mendengarkan kata-katanya itu. “Bila tu Abang?”

Dia senyum lagi. “Bila semua projek yang Abang handle ni selesai, Abang janji akan ambik cuti, okay? Sebulan, okay tak?”

“Yeah!!!!” Gembira bukan kepalang mendengarkan janji-janji Ezra itu. “Boleh la Fir belajar snorkeling dengan Abang, kan?”

“Of course Baby. Nanti Abang ajarkan, okay?”

Tet Tet

“Tolong ambikkan handphone Abang jap sayang.”

Aku menyeluk saku seluar jeans yang dipakai oleh Ezra. “Nah, ada message. Dari Darren.”

“Bacakan. Abang tengah drive, susah nak baca la sayang...”

‘Mission accomplished.’

Ezra kelihatannya tersenyum selepas aku membacakan kandungan pesanan ringkas itu padanya, tetapi aku tidak faham maksud di sebalik senyuman itu. “Kenapa Abang senyum? Apa yang accomplished?”

“Oh. Takde ape-ape benda tu, just pasal benda assignment dieorang, Abang ada tolong sikit hari tu.” Balas Ezra.

* * * * *

“Mana dia?”

Darren senyum. “Ko jangan risau, aku dah handle dia.”

“Great. Zainal okay ke?”

“Dia tak ikut, aku dengan Fendi je pegi tadi.”

“Ko kena make sure Zainal tak bukak mulut pasal ni.”

“Kalau?”

“Finish him off.”

Darren mengangguk faham.

Ezra ketawa puas. “Baby, takkan ada penghalang lagi di antara kita after this.”

* * * * * * * * *