Sunday 12 April 2009

ep 12

Teratak Bonda, Bukit Tunku.

 

Ezra memandang tepat ke arahku. Abang Nazrin juga begitu. Bakri sudah hilang entah kemana. Aunty Marissa yang kini aku panggil Mama pula tidak ambil pusing terhadap apa yang terjadi siang tadi, membela tidak, marah pun tidak. Entah mana satu. Abang Rizal pula sudah pulang ke rumahnya selepas menghantar aku pulang.

 

Air muka Ezra keruh. Marah benar dia hari ni padaku. Aku tidak menyangka tindakanku melarikan diri dari Bakri tadi bakal mengundang kemarahan lelaki ini.

 

“Lain kali, jangan nak ke mana-mana selagi Ezy tak datang ambik. Faham?”

 

Perlahan-lahan aku menganggukkan kepalaku.

 

Ezra kemudiaannya berlalu meninggalkan ruang tamu, memanjat tangga ke tingkat atas. Aduh! Aku tidak suka keadaan tegang seperti ini.

 

“Abang Yen.. Fir mintak maaf..”

 

“Hm..” Abang Nazrin langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. “Fir pergi lah pujuk Ezra tu. Abang nak packing barang.” Dia juga bangun dari sofa, dan berlalu ke kamarnya. Kini tinggal aku dan Aunty Marissa sahaja di ruang tamu.

 

“Mama, Mama pun marah Fir?”

 

Aunty Marissa tersenyum. “Taklah.. Kalau Mama di tempat Fir pun, Mama akan buat benda yang sama. Mama faham keadaan Fir. Bakri tu bekas kekasih Fir, Mama tahu..”

 

Aku tersenyum nipis. Langsung tidak terperanjat dengan kenyataan Aunty Marissa tentang Bakri kerana wanita itu tahu tentang semua benda mengenai anak-anak dan ‘menantu’nya yang seorang ini. “Thanks Mama. Mama je yang bela Fir dalam hal ni.”

 

“Sudah.. Pergi pujuk Ezy. Tak lama marahnya tu. Esok-esok dia okay la tu. Fir jangan risau okay?”

 

Aku mengangguk lemah. “Fir naik dulu ye Mama.”

 

*

 

“Ezy, marah Fir lagi?”

 

Ezra hanya membatu di atas katil. Tangannya disilangkan di atas dahinya. Tabiatnya ketika marah.

 

“Ezy, jangan la macam ni. Fir mintak maaf, okay? Ezy tau kan betapa bencinya Fir pada Bakri tu.. Please, maafkan Fir..”

 

“Hm..”

 

“Cakap la something Ezy..” Aku melabuhkan punggung di atas katil, bersebelahan dengan Ezra. “Fir tak suka la kalau macam ni.”

 

“Kalau tak suka, jangan buat benda bukan-bukan. Buat something tu, guna sikit kepala otak tu. I ni dah la penat kerja, you pulak buat benda macam tu. You tak fikir ke? Hah?” Ezra bangun dari pembaringannya. Aku sedikit tersentak dengan kata-kata yang diucapkannya sebentar tadi. “I penat tau tak mencari you, dari Sunway sampai ke Ampang. Handphone pulak you off. You ni sengaja nak cari gaduh dengan I kan?”

 

Aku menundukkan kepala, sungguh tidak menyangka yang Ezra akan menengking aku malam ini. Aku cuba untuk memahami yang dia kepenatan kerana urusan kerja di pejabat tapi kalau sampai dia melakukan perkara-perkara yang dia tidak pernah lakukan selama ini seperti menengking ini, aku juga boleh hilang sabar.

 

“Hey, I cakap dengan you ni, you dengar tak?”

 

Entah ke mana perginya kelembutan dalam nada suaranya terhadapku selama ini.

 

“Fir tak pekak lagi.”

 

“Then? Yang you senyap je, kenapa?”

 

“Fir malas nak bertekak dengan Ezy. Fir tau Ezy penat, Ezy rehat la dulu. Fir nak mandi sekejap.”

 

“Zafir!”

 

Aku memekakkan telinga sambil melangkah masuk ke kamar mandi. Tak kuasa nak bertekak dengan lelaki itu malam ini. Sudah kerap kali kami berselisih faham semenjak dia memulakan tugas di Eternal Holdings itu. Aku tahu, mungkin dia kepenatan setelah seharian di pejabat, tetapi suara-suara jahat di dalam fikiranku sudah mula membisikkan kalimah-kalimah menghasutku.

 

‘Ezra sudah mulai curang, you better watch out.’

 

“Takkanlah.. Ezy bukan macam tu..”

 

‘Dia dah mempunyai duit sendiri sekarang, lelaki, jangan dipercayai sangat. Bila-bila masa dia boleh mempunyai pasangan lain.’

 

Aduh! Benarkah? Atau aku terlalu terpengaruh dengan drama-drama tempatan di televisyen? Aku buntu.

 

*

 

‘Fir keluar. Jangan cari Fir, nanti Fir balik sendiri. Kita kena fikirkan hala tuju hubungan kita ni. Take care Ezra. Hugs and kisses, Zafirul Zafir.’

 

Aku meletakkan nota itu di bawah beg duit Ezra di meja sisi katil kami tatkala dia sedang lena diulit mimpi. Aku nekad, aku akan keluar dari rumah ini malam ini jugak. Aku rasa kami perlu memikirkan samada kami masih lagi serasi, dan dia juga harus memikirkan perkara yang sama.

 

Suasana di dalam rumah sunyi sekali, mungkin semua penghuninya sudah tidur. Ah, Abang Nazrin akan berangkat ke London esok bersama-sama dengan Abang Imran. Maafkan Fir, Abang, sebab tak dapat temankan sampai ke lapangan terbang.

 

Teksi yang aku minta datang untuk menjemputku sudah tiba di hadapan rumah. Entah bila aku akan kembali ke banglo mewah ini lagi, biarlah masa yang menentukannnya. Aku sudah tidak larat untuk memikirkan segala benda.

 

“Ada ke bas lewat-lewat malam macam ni Encik?”

 

“Er.. Ada rasanya..” Aku sendiri tidak pasti samada bas untuk ke Terengganu masih ada atau tidak selewat ini. Ah, kalau tak ada pun, aku akan bermalam di sana dan pagi-pagi esok, aku akan pulang ke Terengganu. Lagipun, sekarang ini cuti semester, jadi aku tidak perlu risau tentang class.

 

Telefon bimbitku berdering. Ah. Tertera nama Ezra di skrin. Adakah dia sudah terjaga? Awalnya..

 

Angkat atau tidak?

 

“Yeah?”

 

“Fir nak pergi mana?”

 

“Around the world.”

 

Ezra mengeluh di hujung talian. “Fir, please, jangan buat macam ni.”

 

“Fir bersalah, and Fir rasa kita dah tak macam dulu.”

 

“Ezy yang salah sebenarnya. Ezy terlalu pentingkan diri Ezy. Fir balik rumah, okay?”

 

Aku menggeleng, walaupun aku tahu dia tidak dapat melihat gelenganku itu. “Fir dah nekad and Fir takkan ubah fikiran Fir. Nanti Fir balik lah bila Fir rasa nak balik.”

 

Klik!

 

* * * * * * * * * * * * *

 

Universiti Teknologi Petronas, Perak.

 

“Nak letak mana ni? Berat lahhh.”

 

“Ko niii. Kejap la. Aku tengah kemas tempat ni jap.”

 

Aku meletakkan pasu bunga itu di atas tanah. Penat!

 

Zara tersengih melihatku. “Aku dah kata tak payah, ko nak jugak buat. Amik kau!”

 

“Aku tak sangka la berat macam ni. Kalau aku tau, aku pun tak nak buattt!”

 

Zara sengih lagi. Ah. Sudah lama kami tidak macam ni. Aku berada di Perak walaupun pada mulanya aku berhasrat ingin pulang ke Terengganu tapi mengubah fikiran kerana aku rasa Ezra akan senang menemui aku sekiranya aku pulang ke Terengganu. Maka, yang terlintas di fikiranku tika itu adalah Zara.

 

Ezra? Setiap masa dia akan menelefon aku walaupun aku tetap tidak memberitahunya di mana aku berada. Tidak jemu lelaki itu bertanya khabar dan bertanyakan samada aku masih mempunyai duit belanja. Oh, aku masih belum sengkek lagi, okay?

 

“Zafir! Ko still tak nak bagitau aku kenapa tetiba je ko muncul depan rumah aku ni? Dah 2 minggu dowh.”

 

“Malas laaaa.”

 

“Ko gaduh dengan mamat tu ker?”

 

“Kind of.”

 

“Putus?”

 

Aku menggeleng.

 

“Habis tu?”

 

“Saje. Tak boleh ke?”

 

“Ngada-ngada.”

 

Aku sengih. “Mana Pojie? Dari pagi aku tak nampak dia.”

 

“Bukan aku yang tido umah dia. Ko yang tido sana, tanya aku watpe?”

 

Hish. Housemate sementara aku itu entah ke mana hilangnya. Dia cuma meninggalkan 3 keping roti bakar dan nescafe di atas meja makan pagi tadi untukku. Aduh. Baik sungguh lelaki itu. Dia yang menawarkan aku menumpang di rumahnya tatkala Zara sendiri bingung di mana dia ingin menempatkan aku. Tambahan pula Pojie sendiri tidak mempunyai housemate.

 

“Jom pegi Ipoh nak? Bosan la Tronoh ni. Panas lak tu,” ajakku sambil meletakkan pasu bunga didalam stor yang sudah siap dikemas oleh Zara itu. “Aku belanja ko Starbucks, nak?”

 

Zara ketawa. “Dari ko belanja aku kopi, better ko belanja aku duit minyak!”

 

“Mana-mana je lahh.”

 

*

 

Ipoh, Perak.

 

Ternyata selama ini aku silap dalam menilai sahabat-sahabat Zara. Sepanjang dua minggu aku disini, mereka melayan aku dengan baik sekali. Sangkaanku jauh meleset.

 

“Eh guys. Sorry la selama ni kalau aku salah faham pasal korang.”

 

Zara hanya tersenyum. Sarah yang duduk disebelahku menepuk-nepuk bahuku. Izham dan Firdaus menahan gelak mereka. “Ko salah faham ape pasal kiteorang neh?” soal Edora.

 

“Er.. Takdelah. Aku rasa korang dah rampas bestfriend aku,” kataku sambil mengerling ke arah Zara.

 

“Ya Allah Zafir. Takdelah. Ko percaya tak, everytime kiteorang lepak sama-sama, Zara asyik cakap pasal ko je. Eventhough dia couple dengan senior kiteorang tu, tapi dia still cakap pasal ko dengan mamat tu, sampai mamat tu naik fed up, tau?” Terang Sarah panjang lebar. “And kiteorang takkan pernah rampas someone’s bestfriend, okay?”

 

Aku hanya mengangguk. “Thanks sebab treat aku dengan eloknya sepanjang dua minggu ni.”

 

“Ko nak balik dah ke?” soal Pojie yang sedari tadi mendiamkan diri.

 

Aku mengangguk lagi.

 

“So soon?” kata Firdaus. “Cuti ko kan lama lagi.”

 

Aku senyum. “Aku nak balik Terengganu pulak. Dah lama tak jenguk family aku. Nanti kalau aku free, aku datang la sini lagi. Seronok dapat kenal dengan korang semua.”

 

Mereka semua senyum, kecuali Zara.

 

“Zara?”

 

“Hm..?”

 

“Tiket aku malam ni, ko tolong hantar aku ke stesen bas, boleh?”

 

Zara mengangguk.

 

“Nak ikut!” laung Sarah, Edora, Firdaus, Izham dan Pojie serentak.

 

Aku senyum.

 

* * * * * * * * * * * * * * * *

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Monday 6 April 2009

ep 11

Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

 

“How are you today?”

 

Ezra tersenyum memandangku.

 

“Fir yang sepatutnya tanya soalan tu kat Ezy tau!” aku mengambil tempat di kerusi bersebelahan dengan katil tempat Ezra terbaring sekarang. “Feeling better?” aku mengusap-usap lembut rerambut Ezra.

 

Ezra mengangguk. “Tengok Fir, lagi sehat rasanya.”

 

Aku tersipu-sipu malu mendengar kata-kata yang terucap di bibir Ezra itu. “Ada-ada je.. Fir bawak kuey teow, tadi singgah Little Penang Cafe dengan Abang Yen. Kita makan ek?”

 

Ezra mengangguk lagi. “Fir pegi kelas tak hari ni?”

 

“Pegi. Ada assignment Modern World History, kena submit next week. Tapi takpe, Fir buat sambil temankan Ezy. Tak susah pun. Untuk Ezy, ada assignment International Relations, tadi Zainal bagi. Dia kirim salam kat Ezy, katanya nak datang melawat dengan Nublee petang karang.”

 

Ezra sudah kelihatan sihat sekarang, berbanding pada 2 hari pertama dia dimasukkan ke sini. Aunty Marissa sudah pun mengetahui tentang keadaan Ezra, dan setiap pagi hingga tengahari dia akan menemani anak kesayangannya sementara aku ke kelas dan aku kemudiannya akan mengambil alih dari tengahari hingga keesokkan harinya. Begitulah rutin harianku di sini semenjak Ezra dimasukkan ke wad.

 

“Misai dah panjang. Geliii.” Aku separuh menjerit tatkala Ezra mengucup pipiku. Ezra hanya tertawa melihat kelakuanku. “Fir bawak shaver Ezy sekali. Ada dalam beg hitam atas meja tu. Nah, makan sikit.” Aku menyuapkan kuey teow ke mulut Ezra. “Sedap?”

 

Ezra mengangguk. “Lagi..”

 

“Tadi masa dalam kelas Hubungan Etnik, Sherry gedik tu sibuk je tanya kat Fir pasal Ezy. Malas la nak layan minah tu. Dah la perasan cantik, make up tebal nak mati,” kataku sambil menyuapkan lagi kuey teow kepada Ezra. “Lepas tu sekarang ni dok menggedik dengan Abang Din, senior kita tu.” Aku pelik, macam mana Ezra boleh terfikir untuk menjadikan Sherry sebagai umpan menguji kesetiaanku.

 

Ezra hanya tersenyum mendengar kata-kataku, mulutnya masih mengunyah kuey teow di dalam mulutnya. “Sayang..”

 

“Hm?”

 

“Afa kata maybe esok Ezy dah boleh discharge.”

 

Keriangangan membunga di hatiku. “Really? That’s great! Malam ni Fir kemas-kemas barang Ezy, ok?”

 

Ezra mengangguk.

 

* * * * * * * * * * * * * *

 

Sri Hartamas

 

“Handsome la kau bila botak!” Red menyapa Ezra dan aku. Liz disebelahnya.

 

“Tengok orang la bro. Duduk la. Join kiteorang,” Ezra memperlawa.

 

Red menggeleng. “I’d love to, tapi Liz ada show kat KLCC sekarang, dah lewat benar ni.”

 

“Hah. Pegi lah. Kirim salam kat model handsome tau!” Ezra menjegilkan mata mendengarkan kata-kataku itu. “Gurau je la Ezy. Ezy lagi handsome dari orang lain la.”

 

Ezra lebih ceria semenjak dibenarkan keluar dari wad, walaupun sekarang dia masih dalam tempoh pemerhatian dan dia menunjukkan tanda-tanda akan sihat sepenuhnya dalam tempoh sehari dua lagi. “Sayang, Mama suruh pindah duduk Bukit Tunku.”

 

Hampir tersedak aku dibuatnya. “All of sudden? Kenapa?”

 

“Abang Yen and Abang Im nak further study. Kat UK. Mama tinggal sorang kat rumah.”

 

“Habis, Fir macam mana?”

 

Ezra menepuk dahi. “Sekali dengan Fir la pindah sana.”

 

“Kan jauh Bukit Tunku dengan Sunway. Macam mana nak pergi kelas?”

 

“Ezy nak quit study...”

 

Kali ni aku betul-betul tersedak. “Ezy kan ada satu semester lagi. Napa nak quit sekarang pulak?”

 

“Company takda orang jaga la sayang.. Mama tak larat nak jaga sorang-sorang..”

 

Aku mengeluh.

 

“Tapi Fir jangan risau.. Pasal Fir, Fir jangan risau. Ezy akan tanggung segalanya pasal study Fir. Ezy akan hantarkan Fir ke kelas and ambil Fir dari kelas. Okay?”

 

“Bukan tu yang Fir risau.”

 

“Habis?”

 

“Fir risau sebab Ezy masih terlalu muda untuk handle sebuah company besar macam Eternal tu.”

 

Ezra tersenyum sambil merapatkan kerusinya kepadaku. “Selagi Zafirul Zafir berada di sisi Ezy, Ezy takkan senang mengalah. Selagi Zafirul Zafir berada di sisi Ezy, selagi tu lah Ezy akan menjadi seorang yang tabah.”

 

“Ezy dah fikir betul-betul?”

 

Ezra mengangguk. “Sorry sebab tak inform Fir awal-awal pasal ni..”

 

“And semua orang tau pasal ni, kecuali Fir?”

 

Ezra mengangguk lagi.

 

Aku menarik muka masam.

 

“Alalala Fir bushukkk. Meh Ezy pelukkkk!”

 

* * * * * * * * * * * *

 

Zouk, Kuala Lumpur.

 

“Zafir, meet my bestfriend, Megat Bakri.”

 

Hampir tumbang aku di situ tatkala Abang Nazrin memperkenalkan lelaki itu kepadaku.

 

“He’s my brother-in-law.”

 

“Really? Tak sangka ye Ezra dah ada partner sekarang ni,” ujar Bakri sambil matanya melirik gatal ke arahku.

 

Aku terpaksa menguntumkan senyuman palsu di hadapan mereka berdua. “Er, Abang Yen, Fir keluar kejap ye, agak panas la dalam ni. Nanti kalau Ezy cari, kata Fir ada kat entrance ye.”

 

Aduh! Sudah la keadaan di dalam pusat hiburan itu penuh sesak dengan manusia-manusia, di tambah lagi dengan kehadiran Bakri yang tidak disangka itu, aku rasa lemas. I need fresh air!

 

“Tak sangka kan..?”

 

Aku menoleh ke belakang dan melihat Bakri sedang bersandar di dinding sambil memeluk tubuh. “You! Bahaya la. Kalau Ezy or Abang Yen nampak, apa pulak dieorang kata karang?”

 

“You jangan la risau. Ezra tengah dance kat dalam.. Dia takkan keluar ke sini. Yen pun dah agak drunk tu.”

 

Aku menarik nafas lega mendengar kata-kata Bakri itu. “I rasa, tak elok la kita berdua-dua macam ni. Nanti kawan-kawan I nampak, laen pulak jadinya.”

 

“Relax lah sayang..” Dia menarik tanganku agar hampir kepadanya.

 

“Bakri, no.. Seriously, no.”

 

“Fine.” Dia melepaskan aku sambil mengangkat tangan, seolah-olah menyerah kalah. “You dah tak macam dulu. Yang suka dimanjai, yang suka diberi perhatian.”

 

“Well, meet the new Zafirul Zafir, Bakri.”

 

“You ni keras hati.”

 

“You yang ajar I untuk jadi keras hati. Bukan salah I.”

 

“Fine. I masuk dulu.”

 

Aku tersenyum puas, dapat menundukkan lelaki itu. Aman hidupku tanpa lelaki bernama Megat Bakri!

 

*

 

“Sayang, balik?” Ezra memeluk bahuku. Dia tahu aku kesejukan didalam pusat hiburan itu. “Abang Yen balik dengan Abang Bakri, dia dah drunk sangat, tak boleh drive.”

 

Aku melangkah masuk ke dalam kereta Ezra dan dia pantas memecut meninggalkan Zouk.

 

“Penat?” soal Ezra.

 

Aku mengangguk. “Dah lama tak keluar sampai lewat macam ni. Dah pukul 3 pagi pun.”

 

“Ezy tau sayang.. Sebab tu Ezy ajak Fir balik. “

 

Aku tersenyum memandang Ezra yang sedang khusyuk memandu. Lebuhraya Persekutuan agak lengang tika ini.  “Ezy..”

 

“Hm.. Kenapa sayang?”

 

“I love you!”

 

Ezra tergelak kecil. “Sayang ni.. I love you too, sweetheart. Esok kita lunch kat Madam Kwan’s nak?”

 

“On jer. Ajak Mama sekali, okay? Lama kita tak makan sekali dengan dia. Maklumlah, orang tu dah jadi COO kan..” Aku senyum mengejek pada Ezra.

 

“Mengata Ezy yerrr! Siap la Fir bila sampai rumah nanti!”

 

“Tak takuttt!”

 

* * * * * * * * * * *

 

Kuala Lumpur.

 

“Why on earth are you here?”

 

“Jadi driver you,” ringkas jawapan Bakri.

 

Sepatutnya Abang Nazrin yang akan mengambilku hari ni kerana Ezra mempunyai mesyuarat bersama dengan lembaga pengarah syarikatnya. Tapi, kenapa lelaki ini yang berada disini?

 

“Yen suruh I datang,” ucap Bakri, seolah-olah dapat membaca fikiranku. “You  tak caya, call dia.”

 

Pantas tanganku mencapai telefon bimbit dari dalam poket seluar dan mendail nombor Abang Nazrin.

 

“Abang yang mintak dia tolong jemput Fir. Abang ada hal kat Imigresen, tak dapat nak renew passport Abang. Abang tengah settlekan hal ni. Talk to you later!”

 

Klik!

 

Aku mengeluh. “I’d rather take a cab.”

 

“Zafir, you jangan macam ni. You sekarang tanggungjawab I. Nanti apa-apa jadi kat you, I yang kena bertanggungjawab.”

 

“Is that my problem? Wait, that is not my problem, okay?” Aku meneruskan langkahku ke perhentian bas.

 

Tepat pada masanya, sebuah teksi melalui perhentian bas. Pantas aku menahan teksi tersebut yang kebetulan tidak mempunyai pelanggan dan terus masuk ke dalam teksi.

 

“Pak cik, jalannn. Ada orang gila kejar saya!”

 

Teksi bergerak meninggalkan perhentian bas itu dan Bakri yang berusaha untuk menahan teksi itu dari bergerak. Aku tersenyum puas. “Kita ke KLCC, boleh?”

 

“Boleh..”

 

Aku mendail nombor Ezra.

 

“Ezy dalam meeting ni sayang. Later, okay?”

 

Klik!

 

Aduhh! Dah la aku tidak mempunyai wang tunai di tangan, menyesal pulak rasanya mengeraskan kepala tadi. Macam mana nak bayar duit taxi ni?

 

“Er. Pak cik, tak jadi ke KLCC, kita ke Taman Seputeh.”

 

Aku menekan-nekan pad kekunci telefon bimbitku, menaip pesanan ringkas.

 

‘Abang, I need ur help. I’m on my way to ur place, meet me there.’

 

*

 

“Mujur Abang tak fly hari ni tau. Budak ni la..” Bebel Abang Rizal tatkala aku melabuhkan punggung di sofa ruang tamu rumahnya.

 

Aku tersengih. “Sebab Fir tau Abang tak fly-lah, Fir datang sini. Lagipun, memang niat nak visit Abang pun.”

 

“Elehh. Cakap je la nak suruh Abang bayar duit taxi awak tu! Duit dah kering ke?”

 

Aku sengih lagi. “Mahal la tambang taxi. Tak mampu Fir nak tanggung.”

 

“Sapa suruh naik taxi? Macam komuter tu tak jalan je hari ni.”

 

“Ala. Komuter leceh la Abang. Lembap.”

 

“Demand!”

 

“Lapar la. Bini Abang tak masak apa-apa ke hari ni?”

 

Abang Rizal menggeleng. Dia menghidupkan televisyen, konsert ulangan Akademi Fantasia sedang ditayangkan. Pantas Abang Rizal menukar ke siaran lain. “Bosan betul, asyik ulang yang sama je.”

 

“Mana Kak Iza?”

 

“Lari, balik kampung!” balas Abang Rizal, selamba.

 

“Ya Allah, bini Abang lari and Abang boleh duduk bersenang-lenang kat rumah ni?”

 

“Bersenang-lenang, sampai la ada makhluk tuhan tu text Abang, kata dia on the way ke sini.” Matanya tak lepas dari menonton siaran langsung bola sepak liga Brazil di televisyen.

 

Cis. Mulut Abang aku yang seorang ni memang tak bertapis. “Er, Abang gaduh dengan Kak Iza?”

 

Dia diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Mungkin dia tidak bersedia lagi untuk menceritakan kepada aku mengenai masalah mereka. “Kata lapar? Abang nak pegi Mid, makan kat Chilli’s. Nak ikut tak?”

 

“Haruslah ikut!”

 

* * * * * * * * * * * * * *