Monday 22 March 2010

ep 27

Eternal Holdings

“Zafir!”

Hampir pengsan aku mendengar suara lantang Ezra dari luar kamar pejabatku. Dia tidak akan memanggil nama penuhku, kecuali jika dia sedang marah. Kakinya pantas meluru masuk ke dalam pejabatku.

“What is this?” soalnya sambil mencampakkan sekeping sampul surat ke atas meja kerjaku.

Tidak ku sangka sampai begini dia akan meradang. Aku bangun dari kerusi lalu menutup pintu pejabat, bimbang ada kakitangan yang akan memasang telinga. Aku mencapai sampul surat tersebut dan mengeluarkan isinya. “Oh…”

“Apa yang oh oh? Kenapa tiba-tiba je ni??”

Aku diam, mengatur ayat yang sesuai agar dia tidak akan lebih naik angin. “Fir mintak maaf sebab tak bincang dulu dengan Abang sebelum buat keputusan ni.. Tapi Fir buat macam ni untuk kebaikan kita semua Abang. Family kita, syarikat ni.. Fir dah tak ada pilihan lain..”

Ezra meraup wajahnya. “Ya Allah Fir, kita boleh bincang elok-elok sayang.. Tak perlu sampai nak letak jawatan macam ni..” suaranya kendur. “Abang perlukan Fir kat sini.. Fir sumber kekuatan Abang..” Tangannya menggenggam erat tanganku.

“Abang.. Fir rasa dah sampai masanya Fir berdikari, belajar untuk lebih bertanggungjawab dengan hidup Fir. Fir tak nak selama-lamanya bergantung dengan Abang. Dah banyak Fir terhutang budi dengan Abang..”

“Habis tu, apa Fir nak buat? Fir nak kerja kat mana lepas ni?”

Aku senyum. “Zafir & Co., company Fir sendiri..”

“What?” riak terkejut jelas terukir di wajahnya. “Bila Fir buat company ni?”

Aku menarik Ezra untuk duduk di sofa. “Fir tubuhkan company ni bukan untuk kepentingan Fir. Mama Marissa and Mama Fir invest more than 50% dalam company ni. But mereka berdua adalah sleeping partners dalam company. Selebihnya, Fir and Along punya idea. Along ada tanya Fir samada Fir berminat nak joint venture dengan dia since both of us terlibat dalam bidang yang sama kan. And Fir terfikir, why not Fir bagi peluang kepada diri Fir untuk berdikari?”

Ezra diam. “Sebab tu Fir resign?”

Aku mengangguk. “Dan untuk memberi peluang kepada Fiona untuk kembali ke sini..”

“WHAT?!”

Aku sudah agak ini reaksinya.

“Fir!”

“Abang, Fir kena mengalah. Dia isteri Abang yang sah..”

Bulat mata Ezra memandangku. “Tapi Abang hanya cintakan Fir!”

Aku diam.

“Fir dah tak sayangkan Abang macam dulu?”

“Abang! Bukan macam tu niat Fir! Fir cuma fikirkan keadaan Abang..”

Ezra ketawa sinis. “Kalau Fir fikirkan keadaan Abang, Fir takkan tinggalkan Abang macam ni!” Genggaman tangannya semakin kendur. “Fir tau tak apa yang Abang lalui kat sini? Dengan marriage yang Abang langsung tak rela, dengan keadaan company yang tak stabil, Fir ingat keputusan Fir tu membantu ke?”

“Company tak stabil?”

Ezra mengangguk lemah. “Abang tak nak jadi orang yang melingkupkan company ni…”

Mungkin aku patut tangguhkan hasrat untuk meninggalkan Eternal Holdings buat sementara waktu sehingga keadaan kembali stabil.

* * * * * * **

IKEA

Mata Ezra meliar memandang sekeliling. Kelibat Zafir entah di mana. Pantas dia menyeluk telefon bimbitnya dan mendail nombor Zafir.

“On my way!”

Ezra menggelengkan kepala mendengar suara Zafir di hujung talian. “Sayang, cepatlah…”

Zafir tergelak kecil mendengar kata-kata Ezra yang separuh cemas itu. “Fir tengah beli ice-cream untuk Camelia kat New Zealand Natural ni.. Abang makan dulu, okay? Nanti Fir and Lia datang..”

Ezra senyum nipis mendengar kata-kata kekasih hatinya itu. “Make it fast, nanti Abang habiskan semua meatballs ni baru tau!”

“Jahat!”

Ezra ketawa. “Dah-dah, cepat.. Abang tunggu ni..” Klik! Ezra meraup wajahnya, dirinya terasa sungguh penat dengan segala ‘bala’ yang menimpanya kini. Mujurlah kehadiran Ezra dan Camelia sedikit sebanyak berjaya mengubati pedih di hatinya ini.

“Abang..?”

Ezra mengangkat muka, di hadapannya tercegat isterinya, Fiona. “Fiona, apa kau buat kat sini?”

Fiona tersenyum manis. Ezra sendiri pelik kenapa Fiona tidak menggunakan kecantikannya itu untuk memikat lelaki dia berbanding dirinya yang sudah terang-terang mengaku mempunyai hubungan dengan Zafir. “Fi nak beli barang sikit untuk rumah Bangsar, Abang tak kisah kan kalau Fi ubah-ubah kedudukan perabotnya kan?”

Ezra menggelengkan kepalanya. “Ikut suka kaulah Fiona, aku dah serahkan rumah tu pada kau, kau buatlah apa yang kau nak..”

Sepi, hanya bunyi bising pengunjung-pengunjung di medan selera itu sahaja yang melatari perbualan mereka.

“Abang sorang..?” Fiona akhirnya membuka mulut. Dia sebenarnya sudah dapat mengagak jawapan yang akan keluar dari mulut Ezra, tetapi dia cuma mahukan kepastian dari suaminya itu.

“Dengan anak aku..”

“Zafir?”

“Zafir pun ada ni hah!”

Terperanjat Fiona dengan kehadiran Zafir secara tiba-tiba di belakangnya. Ezra tersengih dengan tindakan buah hatinya itu, dia tahu Zafir dengan sengaja ingin membuat Fiona terperanjat. “Kamu ni! Terperanjat Akak!”

“Akak rindu kat Fir eh?” Zafir mengenyitkan mata, sengaja mahu menyakitkan hati Fiona.

Fiona mencebik. “Tak kuasa aku nak rindu kat kau,” bidas Fiona. Matanya menjeling tajam ke arah Zafir yang melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelahnya.

“Aunty buat apa kat sini? Aunty nak jumpa Papa ke?” soal Camelia yang duduk di pangkuan Ezra. “Tapi Papa pernah kata dia tak suka jumpa Aunty.”

“Well, budak-budak tak pernah menipu,” sindir Zafir. Ezra hanya diam, langsung tidak terbit rasa ingin membela isterinya itu. Dia hanya mengusap-usap lembut rambut ikal Camelia.

Fiona mencebik lagi.

“Tak faham-faham lagi?” soal Ezra, dingin.

Pandangan Fiona seakan-akan berpinar-pinar, tidak percaya yang suaminya sendiri mengusirnya pergi dari situ. “Fine!” Fiona lantas mengangkat punggung dan berlalu pergi dari situ.

Ezra buat tidak tahu sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut kecil Camelia.

* * * * * * * *

Teratak Bonda

Fiona mendengus kasar. “Kenapa Mama membela sangat si Zafir tu? Dia maki hamun Fiona depan orang ramai kat IKEA tu tau tak?”

“Jawapan Mama mudah Fiona, Mama lebih kenal Zafir dari kamu. Mama tau dia takkan buat sesuatu yang akan memalukan diri dia sendiri,” balas Datin Marissa sambil menuangkan air kedalam gelas Fiona. Tidak sekelumit pun kata-kata Fiona tentang Zafir yang dia percaya.

“Tapi Fiona ni menantu Mama!” balas Fiona.

“Kamu tahu Fiona, Zafir tak pernah meninggikan suara dia pada Mama atau ahli keluarga yang lain.”

Fiona bertambah geram. Asyik-asyik nama Zafir yang terbit dari mulut perempuan tua ini. Mulia sangatkah Zafir di mata keluarga ini? Kehadirannya sebagai isteri Ezra langsung tidak pernah diambil pusing oleh keluarga kaya ini, malah, dia dilayan bagaikan orang luar.

Datin Marissa duduk memerhatikan menantunya itu. Lain benar sikapnya dengan Diana, Rizal mahupun Zafir. Hendak dikata tidak tahu diuntung dan tidak tahu malu, terlalu kasar bunyinya. Tetapi dia benar-benar kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Fiona. Langsung tidak tahu adab sopan. “Zafir dah tolong kamu kembali ke Eternal dan dia sanggup korbankan kedudukan dia di sana, tapi kamu masih lagi berdendam dengan dia Fiona?”

Fiona tersentak dengan kata-kata ibu mertuanya.

“Mama harap Fiona bukakan hati tu untuk menerima Zafir dalam hidup Fiona. Walaupun dia bukan ahli keluarga ni, tapi Mama anggap dia macam anak Mama sendiri. Kalau kami semua boleh terima dia, kenapa kamu tak boleh?”

“Tapi-!”

“Tak ada tapi-tapi, Fiona. Mama faham perasaan Fiona, tapi kamu kena berusaha untuk memenangi hati Ezra. Hati Ezra memang keras, tapi kamu kena faham yang perkahwinan kamu berdua langsung tidak mendapat kerelaan dari dia dan Mama rasa kamu sudah sedia maklum yang cinta Ezra hanya untuk Zafir, kan?”

Fiona bungkam. Dia mengangguk perlahan. Tidak disangkanya yang keluarga terhormat seperti ini boleh menerima hubungan songsang yang sudah terang-terangan haram di sisi agama. Tapi dia harus mengakui yang dia tidak mampu untuk membuka hati Ezra, disentuhnya pun tidak, ini kan pula untuk jatuh cinta. “Mungkin Fiona patut mintak cerai dari dia, Mama.”

Datin Marissa tidak menunjukkan riak wajah terkejut, malah tenang mendengar kata-kata Fiona. “Kamu dah fikir masak-masak?”

Fiona menggeleng.

“So baik kamu fikir betul-betul baik buruk keputusan yang kamu ambil ni Fiona.”

Fiona diam. Ada betul kata perempuan ini. Kalau dia yang meminta cerai, dia tidak layak untuk mendapat walau satu sen pun harta kekayaan Ezra. Dia harus kuat menempuhi segalan dugaan dalam perkahwinan ini dan dia yakin, satu hari nanti, Tengku Kamarul Ezra akan jatuh ke tangannya.

* * * * * * *

“Mik, jangan lari. Nanti jatuh!”

Mikael cemas memandangku. “Uncle jalan la cepat sikit!” laungnya. “Mik dah lewat la!”

Aku melajukan langkah, terpaksa menggendong Iman yang asyik leka memandang sekeliling. “Yelah, tapi tak payah la berlari, Uncle bukan tau pun kat mana tempatnya.”

“Mik tau!”

‘Memang la kamu tau, sebab tu tempat latihan kamu,’ bisikku dalam hati. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Aku terpaksa menjaga kedua-dua anak saudaraku ini kerana Along menemaninya suaminya ke Milan, Itali atas urusan kerja. Dan hari ini aku perlu membawa keduanya ke latihan taekwando mereka.

“Sorry Sir, Uncle Mik ni sesat!” ucap Mikael kepada jurulatih taekwandonya, Hisyam namanya lalu berlari mendapatkan rakan-rakannya.

Aku tersengih mendengarkan kata-kata Mikael. Siap la dia bila balik nanti! Sengaja buat aku malu sendiri. “Sorry, parents diaorang ni takda, so I kena jaga diaorang.. First time bawa diaorang ke sini.”

Hisyam tersenyum mendengar penjelasanku. “Takpa, saya pun baru je sampai ni. Iman, jom?” Hisyam menghulurkan tangannya kepada Iman dan Iman menyambutnya, lalu mereka berlalu ke tempat latihan.

Dari kejauhan, aku dapat lihat Hisyam asyik melemparkan pandangannya kearahku. Tidak senang duduk aku jadinya. Berkali-kali aku memeriksa penampilanku, takut ada yang terkurang. Zip seluarku terbuka? Tidak. Kasut lain sebelah? Tidak juga. Habis? Sesekali dia tersenyum memandangku.

Hampir dua jam mereka menjalani latihan dan sebelum pulang, Hisyam menghulurkan kad perniagaannya. “Just in case you nak join taekwando,” katanya sambil tersenyum manis.

“Oh…” Aku ketawa kecil. “I tak boleh la martial arts ni, karang I melalak sorang-sorang kat tempat practice tu, buat malu je.”

Hisyam tersengih. “I boleh bagi personal training.”

Aku hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum. “Jom kanank-kanak! Er, thanks ye Hisyam.”

“Syam je..” balasnya sambil mengenyitkan mata.

Aduh!

“Kenapa Sir kenyit mata kat Uncle?” soal Mik sewaktu aku memandu pulang ke rumah.

“Er.. Dia sakit mata kot!” balasku mudah. “Hey! Kamu jangan bagitau Uncle Ezy pasal Sir kenyit mata kat Uncle tau!” Mati aku kalau Ezy tau, memanglah dia jenis tak kisah, tapi tak seronok pulak kalau dia tahu mengenainya.

“Ada upah tak?” soal Iman dari belakang.

“Kecik-kecik dah pandai mintak upah kan!”

Mikael dan Iman sama-sama tersengih.

“Yelah-yelah. Nanti Uncle bawak kamu pergi Toys R Us, tapi kita pergi ambik Lia kat sekolah agama dulu okay?”

“Beres!”

* * * * * * * * * *

Sunday 10 January 2010

ep 26

Eternal Holdings, Kuala Lumpur.

Fiona geram. Dia isteri Ezra yang sah, kenapa Ezra perlu mengikut kehendak orang luar seperti Zafir yang langsung tidak ada kena mengena dengan keluarga Tengku Farith itu? Dia juga pelik kenapa Ezra benar-benar mengambil berat akan Zafir, dia yang teruk dimaki hamun tatkala Zafir menghilangkan diri, malah hampir-hampir penampar Ezra hinggap di pipi gebunya.

“Abang..”

“Hm..” Jawab Ezra endah tak endah. “Aku busy sekarang ni.”

“Fiona nak pergi lunch, Abang nak pergi sama?”

Ezra menggeleng. Dia berpura-pura memeriksa fail yang ada di hadapannya. “Aku ada lunch appointment dengan client kat tempat lain.”

Fiona pelik, seingatnya, Ezra tidak mempunyai temu janji hari ini. Tetapi dia tidak mahu bertanya lebih lanjut, takut akan menaikkan angin Ezra. “Kalau macam tu, Fiona pergi dululah.”

Dia baru hendak melangkah pergi dari pejabat suaminya sebelum Ezra bersuara lagi. “Ko nak makan kat mana? Sebelum aku pergi lunch dengan client, aku singgah kat ko dulu.” Fiona senyum mendengarkan kata-kata suaminya itu. “Aku tak nak la orang kata Tengku Ezra ni abaikan bini dia.”

Ezra masih tidak memandang wajahnya.

“Fiona makan kat KLCC, Secret Recipe,” balas Fiona.

Ezra diam, tidak membalas apa-apa. Melihatkan Ezra yang tidak memberikan sebarang reaksi, Fiona meneruskan langkahnya.

*

KLCC.

“Abang tak bahagia ke dengan Fi?”

Ezra menjungkitkan bahu. Tangannya ligat membalas pesanan ringkas dari Zafir. ‘Jap lagi Abang sampai, okay? Abang ambik sayang kat sana.’

“Abang dengar tak apa Fi cakap ni?”

Ezra mendengus. “Aku dengar. Kita baru je kawen, aku masih tak pasti tentang perasaan aku pada ko.” Dia memandang tepat ke mata Fiona. “Fiona, dengar sini.” Ezra mendekatkan wajahnya ke wajah Fiona. “Aku tak rasa kita ada masa depan. Terus terang aku cakap dengan ko, aku dah ada someone yang aku betul-betul cinta. And it’s not you, of course.”

Ia menjawab segala sikap dingin Ezra terhadapnya selama ini. “Siapa dia, Bang?”

“Ko tak perlu tahu. Dah la, aku dah lewat untuk lunch appointment aku.” Ezra bangun dari tempat duduknya. “Nah,” Ezra menghulurkan sekeping not RM100 kepadanya.

Fiona menyambutnya. “Terima kasih, Abang..” ucap Fiona perlahan.

“Hm.” Ezra meninggalkannya termangu-mangu di situ berseorangan.

Air mata Fiona menitik.

* * * *

Eternal Holdings, Kuala Lumpur.

“Who are you to enter his room sesuka hati ni?” Fiona pantas berdiri dihadapan pintu pejabat Ezra tatkala melihat langkahku laju ingin masuk ke bilik Ezra.

Aku mengangkat kening. “Eh, sebelum ni Fir bebas je keluar masuk bilik Ezra? Kenapa pulak tiba-tiba hari ni Akak nak halang? Buang tabiat?”

“Amboi amboi amboi..” Fiona bercekak pinggang. “Aku yang jadi bini dia ni pun takleh masuk sesuka hati. Kamu tu lagilah, takda ikatan apa-apa pun,” katanya sinis.

Kalaulah dihadapanku terdapat sebakul cili api, sudah pasti mulut perempuan ini aku sumbat dengan cili sehingga termuntah. “Itu kat rumah. Ini pejabat. Kalau kat pejabat, Akak tu secretary dia je. Faham?”

Terkedu Fiona dibuatnya. “Er..”

“Tepi sikit, Fir nak masuk lah. Fir nak discuss pasal projek.”

Fiona tetap tidak berganjak dari hadapan pintu pejabat Ezra. “Projek apa? Aku tak tau apa-apa pun pasal projek antara Operation Department dengan Eternal Events?”

Aku mendengus kasar. “Akak ni kenapa? Takkan semua benda nak kena bagitau Akak?”

“Pokok pangkalnya, kamu tak boleh masuk ke pejabat Ezra macam tu saja.”

Aku menepuk dahi. “Habis tu, takkan nak kena buat appointment jugak?”

“Itu mesti. Ezra sibuk, dia banyak benda lain yang lebih penting.”

Darahku semakin mendidih, para pekerja lain di Jabatan Operasi melihat ‘drama minggu ini’ secara percuma. “EZRA!!!!!!” jeritku di luar kamar pejabatnya.

Serta-merta pintu pejabat Ezra dibuka dari dalam. “Fir! Kenapa ni?” Merah padam muka Ezra menahan malu.

“Secretary you ni, buat hal pulak dengan I. Sejak bila ahli lembaga pengarah kena buat appointment untuk buat discussion dengan you?”

“Fiona, apa ni?!” bergetar suara Ezra menahan marah.

“Er.. Fi just buat kerja Fi, Bang..”

“Boss.” Ezra membetulkan kata-kata Fiona.

“Maaf Boss..” perlahan sekali suara Fiona.

“Fir, you masuk dulu.” Dia menolak lembut tubuhku masuk ke dalam bilik pejabatnya. “I nak ‘sembang’ sekejap dengan Fiona.”

“Tapi-!”

Ezra memberiku isyarat mata, menegaskan untuk aku masuk. Aku ingin dengar apa yang Ezra akan katakan kepada Fiona, tetapi hajatku tidak kesampaian. Aku mengeluh sebelum melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam pejabatnya, Ezra menarik pintu untuk tertutup rapat.

Aku merebahkan tubuh ke sofa empuk itu. Ah, kenapa lah aku berteriak di luar itu tadi? Sudah pasti ia akan menjadi buah mulut pekerja. ‘Zafir melalak kat luar bilik Tengku Ezra!’.

Ah, persetankan apa orang nak kata, bukan aku hidup atas hasil mereka selama ini, bukan mereka yang memberi aku makan.

Pintu kayu di sebelahku terkuak, Ezra melangkah masuk lalu terus menghenyakkan punggungnya di sebelahku. Dia melepaskan keluhan berat sambil melingkarkan tangannya di bahuku. “Sorry sayang..”

Aku melentokkan kepala ke dada Ezra. “Sorry untuk apa ni Abang?”

Ezra mengusap lembut rambutku. “Fiona anti betol dengan Fir. Abang tak dapat terima orang yang bencikan sayang Abang ni..” Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.

“Abang nak call sapa?”

“Mama,” balasnya ringkas. “Hello, Mama. Hm. No, takda apa-apa masalah pun. Ezy ingat nak promote Fiona ke jawatan Consultant kat Eternal Tech.” Ezra diam seketika, mungkin mendengar pendapat dari Mama Marissa. “Bukan pasal Zafir, Ma..”

Aku mengangkat muka, bertentang mata dengan Ezra. Ezra mengangkat tangan meminta aku bersabar.

“She hates Zafir, I don’t know why. Tak-tak, dia tak tau pasal kiteorang pun Ma..” Ezra diam lagi. “Hm.. Okay, thanks Ma. Love you,” sambung Ezra lalu menamatkan talian. Ezra menarik aku kedalam dakapannya. “From next week, Fir takkan bertengkar lagi dengan dia.” Ezra senyum.

“Maksud Abang?”

“Mama setuju dengan cadangan Abang. Abang nak pindahkan dia ke Eternal Tech.”

“Eternal Tech kan kat JB?”

Ezra mengangguk. “Habis tu?”

“Nak ke dia?”

Ezra sengih. “Dia nak ke, tak nak ke, Abang paksa jugak dia pergi.”

“Kan Andre dah kat sana untuk post Consultant tu?”

“Abang tarik Andre balik sini. Kesian tengok Farid dok bersedih je pas Andre kena pindah ke JB.”

Aku senyum, bersetuju dengan idea Ezra. Andre sengaja dijadikan alasan untuk memindahkan Fiona ke sana. “Mama tak kesah ke menantu dia tu ke JB?”

“Mula-mula dia bising gak. Tapi dia kata dari Fiona and Fir bermusuh, baik hantar salah seorang ke sana. Tapi takkan la Abang nak hantar sayang Abang ni ke sana kan? So, Mama bersetuju dengan cadangan Abang tu.” Ezra mengucup lembut pipiku.

“Boleh la Fir bebas keluar masuk office Abang kan lepas ni?”

“Of course, sayang.. Takda sapa yang akan halang sayang dah..”

Ezra mengucup bibirku, lama.

* * * * * *

Muar, Johor.

“Kamu ni biar betul, Fiona?”

Fiona hanya mengangguk perlahan. “Fiona tak tipu, Mak.. Fiona nampak dengan mata Fiona sendiri. Ezra berpelukan dengan budak Zafir tu.”

“La, Zafir tu kan adik ipar si Imran, lagipun dieorang tu lelaki, kalau peluk-peluk bahu pun apa salahnya?”

“Mak ni. Bukan peluk-peluk biasa, dah lain macam Fiona nampak..”

Gayah menggelengkan kepalanya, antara percaya dengan tidak percaya dengan kata-kata anak bongsunya itu.

“Mak tak percayakan Fiona?”

Gayah mengeluh. “Jangan buat tuduhan melulu, Fiona. Kamu tu baru je kahwin. Hutang kahwin kamu pun Mak dengan Abah tak habis bayar lagi tau.”

Fiona mencebik. “Nanti Fiona mintak Ezra bayarkan.”

Pantas Gayah menggeleng lagi. “Jangannnn. Malu la Mak dengan Abah, Fiona oi.. Dah la kami paksa dia kahwin dengan kamu. Kamu jangan buat benda bukan-bukan Fiona.”

“La.. Dia kan menantu Mak dengan Abah jugak, apa salahnya?”

“Sudah la, Mak dah kata tak payah,” kata Gayah tegas sebelum berlalu pergi meninggalkan anaknya itu.

Fiona kecewa, ibunya seolah-olah tidak mempercayai kata-katanya. Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri Ezra mesra memeluk Zafir yang melentokkan kepalanya ke bahu Ezra sedangkan Ezra langsung tidak pernah menyentuhnya.

Jijik sangatkah Ezra kepada dirinya? Jika dibandingkan hubungan mereka sebelum perkahwinan itu berlaku, Fiona dan Ezra sangat akrab hinggakan Fiona menyangkakan yang Ezra menyukai dirinya sehinggakan dia fikir Ezra dengan senang hati menerima pernikahan mereka. Tetapi ternyata, sangkaannya meleset sama sekali. Ezra sudah mempunyai seseorang yang istimewa di hatinya walaupun Fiona tidak tahu siapakah orang yang dimaksudkan Ezra itu.

“Fiona akan cari siapa orang yang menjadi pujaan hati Abang.. Fiona sumpah..” bisik Fiona di dalam hatinya.

* * * *

Teratak Bonda, Bukit Tunku.

“Aku nak ko pindah ke rumah sewa lama aku kat Bangsar. Nanti aku bagi alamat rumah tu,” ucap Ezra kepada Fiona yang sedang membetulkan anting-antingnya. “Kalau boleh, esok.”

Bulat mata Fiona memandang suaminya.

“Apa?”

“Rumah sewa lama Abang kat Bangsar?”

“You heard me,” balas Ezra, matanya kembali tertancap pada buku yang sedang dibacanya.

Fiona tidak puas hati. “Habis tu, Abang tinggal senang-lenang kat rumah ni?”

Ezra hanya mengangguk. “Ini rumah keluarga aku, suka hati aku lah.”

“Mana boleh!” bentak Fiona. Kenapa Ezra mengambil keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu?

Ezra mengangkat muka. “Ko tak puas hati?”

“Tak!”

Ezra senyum. “Satu lagi, start dari Isnin depan, ko akan dinaikkan pangkat sebagai Consultant di Eternal Technology.”

“Fiona takkan terima.”

Ezra bangun dari kerusi yang didudukinya sejak selesai menunaikan solat Maghrib tadi. Dia harus mengeluarkan Fiona segera dari banglo ini, kerana Zafir berkeras tidak mahu pulang ke rumah ini selagi Fiona masih berada di sini. “Andre diserapkan ke Eternal Events, so Consultant kat Eternal Tech kosong. Kalau ko tak nak terima, maka aku suggest ko resign. Eternal Holdings tak perlukan pekerja yang tak sanggup beri komitmen,” kata Ezra dingin.

Fiona diam.

“Macam mana?”

“Abang, kalau Abang nak tukarkan Fiona ke JB hanya kerana salah faham Fiona dengan Zafir tempoh hari, Fiona minta maaf, Abang..”

Ezra mengangkat kening. “Ini bukan pasal benda tu la Cik Fiona sayang oi. Ini pasal nama baik keluarga ni. Ko nak Mama aku malu ke bila orang kata dia abaikan menantu sendiri sebab menantu dia just jadi setiausaha je?”

“Tapi kenapa Fiona kena pindah ke Bangsar? Apa kaitannya dengan kenaikan pangkat Fiona?”

Ezra senyum lagi, dia sudah menjangka Fiona akan menimbulkan masalah dengan perkara perpindahannya ke rumah lama Ezra di Bangsar itu. “Oh. Kita kawen ni, atas dasar suka sama suka atau pasal mak bapak ko yang ugut nak saman keluarga aku? Aku dah kawen dengan ko ni pun sepatutnya ko dah bersyukur tau tak? Jadi aku nak ko pindah ke Bangsar esok, sebab aku rasa aku perlukan privacy dalam bilik aku sendiri.”

“Atau Abang nak bawak balik Zafir ke sini?” soal Fiona sinis.

“Kalau ya pun, ada masalah ke dengan ko? Dia ahli keluarga ni jugak.”

“Dia cuma adik Diana! Dia bukan apa-apa pun dalam hidup Abang!”

Ezra geram. Dia menghampiri Fiona yang sedang memandang tepat kepadanya. “Yang ko tiba-tiba tarik Zafir masuk dalam hal ni, kenapa? Eh, aku tak faham la dengan ko ni. Kita ni dah la kahwin paksa. Kan aku dah pernah kata sebelum akad nikah dulu, kita cuma suami isteri atas kertas. Yang lain-lain kita buat hal masing-masing je. Tolonglah faham!”

“Tapi Fiona cintakan Abang!”

Wajah tegang Ezra menjadi kendur. “Fiona, aku dah pernah cakap –“

“Ya, Abang dah ada seseorang yang Abang cinta. Tapi kita boleh cuba, Abang..” pujuk Fiona. Dia yakin Ezra akan jatuh ke tangannya perlahan-lahan.

Ezra menjarakkan dirinya dari Fiona yang cuba untuk memegang tangannya. “Tak Fiona. Aku cuma cintakan dia seorang je, takkan ada orang lain yang boleh rampas tempat dia.”

“Tapi siapa dia Abang?” desak Fiona.

“Zafir!”

* * * * *

Eternal Holdings, Kuala Lumpur.

‘PERKAHWINAN PEWARIS ETERNAL HOLDINGS RETAK?’

Pantas Ezra menyelak halaman yang menyiarkan berita tersebut.

‘Perkahwinan diantara pewaris ketiga empayar perniagaan terkenal tanah air, Eternal Holdings, Tengku Kamarul Ezra Tengku Dato’ Farith dengan isterinya, Farisya Fiona Yusof dilaporkan retak menanti belah berikutan terdapat khabar angin yang mengatakan hadirnya orang ketiga diantara mereka. Ini merujuk kepada laporan dari sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan pasangan tersebut tidak lagi tinggal sebumbung..’

Ezra menghempaskan majalah gosip tersebut di atas meja kerjanya. “Julia, panggil Teekay masuk, sekarang!” arah Ezra menerusi interkom kepada pembantu barunya itu lalu meraup wajahnya dengan telapak tangan. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi empuk yang didudukinya.

Dia masih ingat lagi air mata Fiona gugur tatkala Ezra mengakui hubungan cintanya dengan Zafir. Kejamkah dia pada Fiona?

Teekay masuk secara tergesa-gesa. “Kenapa Boss?”

“Ko dah baca magazine bodoh tu?” soal Ezra merujuk kepada majalah yang terdedah di atas mejanya.

Teekay memandang majalah itu sambil menganggukkan kepalanya. “I nak bagitau Boss, tapi takut Boss marah. So I senyap je la..”

“Ko ni punnn.”

“Sorry Boss!”

Ezra diam. Kepalanya pening memikirkan hal ini. Tak habis-habis masalah menimpanya.

“Boss nak I buat press conference?”

Ezra mengangguk. “And panggil Fiona balik KL, a.s.a.p. Aku nak dia hadir ke press conference tu sekali.”

Teekay mengangguk faham. “Is that all, Boss?”

“Yeah. Keluar la..”

*

Mont Kiara, Kuala Lumpur.

“Abang jangan fikir sangat pasal hal ni, okay?” ucapku. Bimbang melihat keadaan Ezra yang terbeban dengan pelbagai masalah itu.

Ezra mengangguk perlahan. “Thanks sayang..” Ezra menggenggam erat tanganku.

Aku senyum. “Kita dah janji, akan hadapi semua masalah bersama-sama, kan?”

“Abang yang cari masalah ni. Sayang tak sepatutnya terlibat dalam hal ni..”

“Dah la Abang. Kita hold dulu masalah ni, okay? Teekay tengah arrange-kan press conference tu, things will get better after that. Now, Abang kena makan. Fir dah masak lauk kegemaran Abang ni.”

Ezra senyum kecil. “Fir masak asam pedas?”

Aku mengangguk pantas.

“Yang macam Mama Fir masak?”

Sekali lagi aku mengangguk. “Abang pergi mandi and solat dulu, okay? Nanti kita makan sama-sama. Fir nak jenguk Camelia dulu.”

Ezra mengucup lembut dahiku sebelum berlalu ke bilik tidur.

*

“Mama jangan risau. Abang Ezy okay, dia baru je tidur..”

Mama Marissa melepaskan keluhan berat di hujung talian. “Mama tak sangka begini jadinya. Mama takut dia tak tahan dengan masalah, dia akan buat benda bodoh.”

Aku ketawa kecil dengan kata-kata Mama Marissa itu. “Mama, takkan la Mama tak yakin dengan anak Mama sendiri? Abang Ezy tu kuat, dia pasti ada jalan macam mana nak selesaikan masalah ni. Lagipun Fir pun dah ambil keputusan, biarlah Fiona kembali ke Eternal HQ and kembali ke rumah Mama..”

“Fir betul-betul ni?”

Aku mengangguk perlahan. “Demi menjaga nama baik keluarga kita, Mama, Fir sanggup..”

“Tapi Mama tak sanggup tengok Fir menderita nanti..”

Aku ketawa lagi, kali ini plastik. “Mama ni.. Ke situ pulak. Takdelah sampai macam tu sekali. At least, Fir masih ada Camelia..”

“Sayang, walau apa pun terjadi antara Ezra dengan Fir, Fir tetap Mama anggap sebagai menantu Mama..”

“Mama ni, jangan la nak emo-emo dengan Fir, nanti Fir nangis karang..”

Giliran Mama Marissa pula ketawa. “Yelah, Mama pun dah sedih dah ni. Tengahari esok Fir ajak Ezy balik lunch kat rumah Mama, ye? Bawak Camelia sekali.”

“Insya-Allah, Mama.”

Klik!

* *

Sunday 13 December 2009

ep 25

Alor Star, Kedah.

“Lama ke Zafir balik ni?”

Aku menjungkitkan bahu. “Lama kotttt. Kenapa Tok tanya macam tu? Tak suka Fir balik sini ke?”

Tok menampar lembut pehaku. “Kamu ni. Ke situ pulak.. Tok tanya je. Lagi lama, lagi bagus,” kata Tok sambil tersenyum. “Mama kamu tak balik?”

Aku menggeleng. “Mama tak tau pun Fir balik Alor Star ni, saja nak lari dari kerja jap, penat dah asyik kerja je.” Ah, aku menipu. Aku cuma ingin lari dari hakikat yang Ezra kini sudah mendirikan rumah tangga. “Lia gaduh nak ikut Fir balik, tapi sekarang ni musim peperiksaan, tu yang Fir tinggal dia.”

“Laa. Kamu sepatutnya tunggu Camelia masa peperiksaan macam ni, bukannya kamu tinggal dia.”

“Ezra ada, Tok..” Berat rasanya aku ingin mengungkap namanya.

Tok mengangguk faham. “Tunggu Tok Syed kamu balik, nanti kita makan tengahari sama-sama.” Tok memerhatikan jam di dinding. “Sekejap lagi balik la orang tua tu.”

“Tok Syed pegi mana Tok?”

“Biasalah..” Tok mengeluh. “Golf, dengan Tengku Faizal, rajin pulak budak tu melayan Tok Syed kamu.”

Aku sengih. “Orang dah bersara, dah terbiasa spend his day kat luar rumah. Tok kena la terima. Sapa Tengku Faizal tu Tok?”

“Cucu Tengku Hamidah yang duduk kat Jalan Pegawai tu..”

“Budak sombong tu?”

Tok senyum. “Dia dah banyak berubah, tak macam dulu.. Makin segak..”

Aku mencebik. “Ye la tu Tok. Segak tapi kalau perangai macam kuda laut, buat apa?” Tengku Faizal adalah makhluk yang paling aku elakkan untuk bertemu jika balik ke rumah Tok, bukan apa, dia selalu bermegah-megah dengan statusnya. “Dia keje kat mana sekarang ni Tok?”

“Menganggur!” Giliran Tok pula mencebik.

Aku sengih. Ah, anak orang kaya seperti Tengku Faizal itu tidak kisah jika dia menganggur. Harta ibu bapanya sendiri sudah cukup untuknya hidup sehingga 3 generasi, itu pun kalau dia tidak boros. “Fir naik dulu lah Tok, nak rehat-rehat kejap.”

“Hah, yelah. Nanti Tok Syed dah balik, Tok suruh Ina panggilkan kamu.”

Aku mengangguk lalu mengangkat bagasiku mendaki tangga ke tingkat atas banglo dua tingkat peninggalan arwah moyangku ini. Penat tidak terkata, aku bertolak seawal jam 6 pagi dari kediaman keluarga Ezra di Bukit Tunku, sengaja memandu Nissan Fairlady kepunyaan Angah walaupun aku tahu dia akan meraung melihatkan kereta pemberian Abang Imran itu tidak kelihatan di porch.

Aku menjengahkan kepala ke dalam bilik ‘rasmi’ku jika berada di rumah ini, masih tidak berubah. Perabot-perabot tersusun rapi, sama seperti kali terakhir aku berada di bilik ini tahun lalu. Boleh dikatakan kedua-dua Tok Syed dan Tok sangat menyanyangiku, mungkin kerana statusku sebagai cucu paling bongsu dalam senarai cucu-cucu Syed Ghazali Al-Jeffrey dan Sharifah Zaharah Al-Jeffrey seramai 18 orang itu. Aku senyum sendirian mengenangkan tindak tanduk mereka berdua yang banyak melebihkan aku berbanding mereka yang lain sehinggakan aku mempunyai ruang kamar sendiri di kediaman ini.

Aku baru ingin melelapkan mata tatkala telefon bimbitku berdering. Tertera nama Abang Nazrin di skrin. Aku sengih sebelum menjawab panggilan itu. “Hello, Abang Yen?”

“Hah, kamu kat mana?”

“Jalan-jalan..” balasku ringkas.

Abang Nazrin mengeluh. “Kamu ni.. Suka buat orang risau.”

Aku ketawa kecil. “Fir okaylah Abang. Takda apa yang perlu dirisaukan.”

“Yelah tu. Ezra menggila mencari Fir ni. Habis dimakinya Fiona pagi-pagi tadi.”

Aku senyum sinis, walaupun Abang Nazrin tidak dapat melihatnya. “Apa kaitannya dengan Fir pulak?”

“Fir ni..”

“Fir busy la ni Bang. Nanti Fir contact Abang balik ye. Daaaaaa. Muahz!” Klik! Aku senyum puas. Fiona dimaki? Memang padan dengan mukanya. Sudah ku agak, Ezra akan bertindak sedemikian. Darren dan konco-konconya pasti dikerah untuk mencari kelibatku. Aku perlukan Zara tika ini.

“Zara?”

“Hah, pak cik! Apa mimpi?”

“Aku mimpi aku kawen dengan ko, tu pasal aku call ni. Jom kawen!”

Zara ketawa di hujung talian. “Gaduh dengan Ezra?”

Aku menggeleng. “Melancarkan perang psikologi jahh. By the way, aku kat rumah Tok Syed aku. Jom, hang out! Pegi Phuket ke..”

“Macam Phuket tu sekangkang kera je dari Kedah ni kan?”

Aku sengih. “Langkawi pun jadi laaaaa.”

“Set, bila?”

“Esok!”

“Chantekkk!”

* * * * * * * * *

Langkawi.

Zara masih tidak berubah. Perangai gila-gilanya itu yang menceriakan hatiku seperti aku mula-mula mengenalinya dulu. “Panas la tongek!” teriaknya sambil mengipas-ngipas tubuhnya dengan kipas kertas yang dibelinya di jeti sebelum kami bertolak ke Langkawi pagi tadi.

“Pergi la terjun dalam laut tuh,” balasku bersahaja.

Zara menjelirkan lidahnya. Perangainya langsung tidak bersesuaian dengan pekerjaannya sebagai jurutera di syarikat minyak itu. “Tak nak la akuuu. Ko je la terjun!”

Aku ketawa. “Macam mana kerja sekarang?” soalku sambil memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang berlari di sekitar pekan Kuah, teringat kepada Camelia seketika.

“Okay jer. Tapi gaji ciput, cukup-cukup makan je weyyy,” keluh Zara.

“Mintak la kat bapak ko.”

Zara sengih. “Bapak aku tak nak bagiii. Dia kata, aku dah kerja sekarang, kena pandai cari and jaga duit aku sendiri. Dia belikan aku Swift tu pun mujur oh,” tuturnya sambil membelek-belek sebentuk cincin berlian di tangannya.

“Cantik cincin.”

Zara senyum. “Pojie bagi..”

“Untuk..?”

Zara menjungkitkan bahunya.

Jawapannya tidak memuaskan hatiku. “Mana ada orang bagi cincin saja-saja je cik Timah oi..”

“Ala. Dia kata cincin untuk persahabatan yang tidak akan putus.”

Aku senyum. “Pojie bukan ke suka kat ko?”

“He did.”

“Then?”

“Takda jodoh,” balas Zara mudah. Masing-masing mendiamkan diri. Aku tahu mereka berdua menyukai satu sama lain. Pojie pernah memberitahuku. Tetapi entah di mana silapnya, begini kesudahan kisah cinta mereka berdua. Pojie yang bersifat lemah lembut dahulunya berubah menjadi agresif, seperti semasa dia menghadiri birthday party-ku dulu. “People are eyeing you, you know?”

“Why, what’s wrong with me? Am I naked or what?”

Zara senyum. “Fit sleeveless shirt with short pants and flip flop itu, plus with that cap and your Police shades, you look exactly like..” Zara menggosok-gosok dagunya.

“Like who?” soalku tidak sabar.

“Accapan!” jerit Zara lalu membuka langkah seribu, meninggalkan aku.

“Siotttt!”

* *

Alor Star, Kedah.

“Zara tak nak tidur kat sini ke?” soal Tok Syed. “Jauh nak balik Gurun tu, lagipun dah lewat ni..”

Zara menggeleng lembut. “Takpelah Tok Syed, Zara ada Aunty kat Villa Sri Tunku tu, Zara overnight kat sana je.”

Tok Syed mengangguk perlahan. “Hm, nanti Atok suruh Ina buatkan hot chocolate untuk Zara ye, bagi segar sikit.”

“La, tak payahlah Tok Syed, susahkan Kak Ina je.”

Tok Syed mengeluh kecil.

“You better terima je, Zara, or else Atok akan insist you untuk ambik jugak,” sampukku sambil meneguk hot chocolate yang aku buat sendiri. “Tadi aku offer, ko tak nak.”

Zara sengih. “Kalau macam tu, Zara terima je lah.”

Tok Syed senyum lalu melangkah ke dapur.

“Hey Z, thanks sebab sudi teman aku hari ni,” ucapku.

Zara senyum. “No problem. Aku tak kesah pun, asalkan ko happy.”

“I’m so happy today, Zara. Really happy.”

“Look, ko masih tak bagitau apa masalah ko pada aku. Aku kenal ko, Zafir. Ko takkan datang ke Kedah seorang diri macam ni. Ko takkan cari aku secara tiba-tiba.”

Aku senyum. Bangga mempunyai sahabat sebaik Zara. Yang memahami aku. “Ezra dah kawen.”

Mulut Zara melopong. “You must be kidding me?”

Aku menggeleng. “I’m serious.”

“I’m.. Speechless...”

“Nah, you don’t have to say anything Zara. Ko temankan aku hari ni pun dah cukup untuk aku.”

Zara mengukirkan senyuman hambar. “Ah, ko akan jumpa seseorang yang lebih baik, Fir.”

Aku menggeleng, tertawa kecil. “Seumur hidup aku, Ezra adalah lelaki paling baik pernah aku jumpa. Mungkin aku harus belajar menerima hakikat yang aku masih belum bersedia untuk hadapi.”

Zara hanya diam.

Aku juga diam.

“Zara, nah hot chocolate,” suara Tok Syed mematikan lamunan kami.

* *

‘Good morning Sunshine! :) walau dimana pun Fir berada, Abg ttp doakan keselamatan Fir. hope u r well, sweetheart. Luv you so much, i miss you.’

Itu adalah pesanan ringkas pertama yang dihantar oleh Ezra sejak aku tiba di Alor Star 3 hari yang lalu. Kenapa selepas 3 hari? Adakah dia sedang berbahagia di sisi Fiona? Tetapi bukankah Abang Nazrin memberitahuku Fiona teruk di maki pada hari pertama pemergianku? Ah, aku keliru dengan Ezra. Adakah ini tanda percintaan 5 tahun kami akan berakhir begitu sahaja?

“Abang.. Fir rindukan Abang.. Fir rindukan belaian Abang.. Datang la pujuk Fir..” Akhirnya egoku cair, air mataku jatuh bercucuran..

* * *

Teratak Bonda, Bukit Tunku.

“Papa, lamanya Daddy out-station.. Papa kata sekejap je. Ni dah seminggu..” keluh Camelia. Dia benar-benar rindukan Zafir, Daddy-nya itu langsung tidak menghubunginya.

“Yelah Ezy, dia ke mana sebenarnya?” sampuk Datin Marissa, bimbang dengan keadaan Zafir.

Ezra hanya menjungkitkan bahu. Dia menyuap roti bakar ke dalam mulut Camelia dan seterusnya ke dalam mulutnya sendiri. “Nanti dia balik la sendiri, Ma..” Ezra sudah kekeringan idea di mana keberadaan Zafir.

Datin Marissa menggelengkan kepalanya, pening dengann sikap Ezra dan Zafir. Kalau dah romantik, sampai tak ingat dunia. Tapi kalau bergaduh, sorang ke utara, sorang ke selatan. Utara? “Dah tanya Tuan Syed?”

Ezra mengangkat muka lalu menepuk dahinya. “Fiona, tempahkan tiket ke Alor Star untuk I dengan Camelia, as soon as possible. Cepat!”

Fiona akur dengan arahan suaminya itu. Walaupun mereka sudah berkahwin, Ezra tetap melayannya seperti setiausaha di pejabat.

“Mengelamun apa lagi, cepatlah!” bentak Ezra.

Cepat-cepat Fiona bangun dari meja makan itu.

* * * *

Alor Star, Kedah.

“Maafkan Abang, sayang..” Ezra mendakap erat tubuhku. “Abang takkan pernah abaikan sayang. Kita balik, okay?”

Aku merebahkan kepalaku ke dada bidang Ezra. “Abang jahat.. Abang lupa kat Fir..”

“Tak sayang. Abang tak pernah lupakan Fir walau sesaat.. Abang berusaha cari Fir, tapi Abang tak sangka yang Fir akan berada di sini.” Ezra mengucup dahiku. Air mata yang mengalir di pipiku di sapunya. “Abang sumpah, takkan ada orang lain yang boleh ambil alih tempat Fir di hati Abang..”

“Fiona?”

“Dia cuma isteri Abang di atas kertas. Tapi isteri sebenar Abang ada di depan Abang sekarang ni..”

Aku lega mendengar kata-kata yang terungkap di bibir Ezra.

“Kita balik KL, okay?” pujuk Ezra.

Aku menggeleng.

“Kenapa ni sayang..?” Ezra mengusap lembut rambutku. “Kalau tak balik KL, sayang nak pegi mana?”

“Fir takkan balik ke Bukit Tunku selagi dia ada kat sana,” cemburuku datang lagi.

Ezra senyum. “Kita hantar lah dia pergi tempat lain..” bisiknya di telingaku. “Forget about her, let’s talk about us..”

“Hmm..” Dia merebahkan tubuhku ke atas katil.

Ezra pantas menanggalkan kemejanya. “I love you sayang..”

“I love you too, Abang..”

* * * * * * *

“Daddy jangan la pergi lama-lama dah..” kata Camelia, separuh merengek. Sepanjang hari itu dia tidak melepaskan aku. Hinggakan aku ingin ke dapur untuk mengambil minuman buat Ezra juga diikutnya. Bimbang aku pergi lagi dari dirinya. “Nanti Lia rindu Daddy.”

Aku senyum memandang Camelia. “Eh, kalau rindu pun, apa salahnya, kan?” Aku memeluk tubuh kecil itu. “Okay, Daddy janji takkan tinggalkan Lia. Tapi Lia kena la cakap dengan Papa, jangan buat Daddy sedih lagi.” Aku menjeling ke arah Ezra yang sedang membaca akhbar. Aku tahu dia mendengar perbualan kami.

“Papa dengan Daddy jangan la gaduh dahh.. Nanti Daddy pergi lagi. Lia nak Papa and Daddy ada dengan Lia all the time. Boleh?” rengek Lia.

Ezra meletakkan akhbar di sisinya dan menarik Camelia ke dalam dakapannya. “Papa takkan biar apa-apa pun buat sayang Papa ni sedih, okay?” ucap Ezra. “Dah, Lia jangan sedih-sedih lagi. Kan kita dah jumpa Daddy ni. Nanti Lia sedih-sedih, Papa pulak pergi, macam mana?”

Camelia menyembamkan mukanya ke dada Ezra, tangannya memeluk erat leherku. “Jangan laaaaaaaaa.”

Ezra dan aku sama-sama ketawa. “Papa gurau-gurau je la sayang, kalau Papa pergi, Daddy bawak Lia pergi jugak,” pujukku.

Ezra mengangkat kening.

“Kita nak pergi mana Daddy?”

“Kita main hide and seek dengan Papa.”

Ezra ketawa. “Fir ni..” Dia mengucup pipiku. “Dah, Lia pergi mandi, busyukkk la anak Papa ni.”

Lia tersengih. “Lia tak mandi lagi dari pagi tadi. Nak Daddy mandikan.”

“Manja!”

* * *