Sunday 13 December 2009

ep 25

Alor Star, Kedah.

“Lama ke Zafir balik ni?”

Aku menjungkitkan bahu. “Lama kotttt. Kenapa Tok tanya macam tu? Tak suka Fir balik sini ke?”

Tok menampar lembut pehaku. “Kamu ni. Ke situ pulak.. Tok tanya je. Lagi lama, lagi bagus,” kata Tok sambil tersenyum. “Mama kamu tak balik?”

Aku menggeleng. “Mama tak tau pun Fir balik Alor Star ni, saja nak lari dari kerja jap, penat dah asyik kerja je.” Ah, aku menipu. Aku cuma ingin lari dari hakikat yang Ezra kini sudah mendirikan rumah tangga. “Lia gaduh nak ikut Fir balik, tapi sekarang ni musim peperiksaan, tu yang Fir tinggal dia.”

“Laa. Kamu sepatutnya tunggu Camelia masa peperiksaan macam ni, bukannya kamu tinggal dia.”

“Ezra ada, Tok..” Berat rasanya aku ingin mengungkap namanya.

Tok mengangguk faham. “Tunggu Tok Syed kamu balik, nanti kita makan tengahari sama-sama.” Tok memerhatikan jam di dinding. “Sekejap lagi balik la orang tua tu.”

“Tok Syed pegi mana Tok?”

“Biasalah..” Tok mengeluh. “Golf, dengan Tengku Faizal, rajin pulak budak tu melayan Tok Syed kamu.”

Aku sengih. “Orang dah bersara, dah terbiasa spend his day kat luar rumah. Tok kena la terima. Sapa Tengku Faizal tu Tok?”

“Cucu Tengku Hamidah yang duduk kat Jalan Pegawai tu..”

“Budak sombong tu?”

Tok senyum. “Dia dah banyak berubah, tak macam dulu.. Makin segak..”

Aku mencebik. “Ye la tu Tok. Segak tapi kalau perangai macam kuda laut, buat apa?” Tengku Faizal adalah makhluk yang paling aku elakkan untuk bertemu jika balik ke rumah Tok, bukan apa, dia selalu bermegah-megah dengan statusnya. “Dia keje kat mana sekarang ni Tok?”

“Menganggur!” Giliran Tok pula mencebik.

Aku sengih. Ah, anak orang kaya seperti Tengku Faizal itu tidak kisah jika dia menganggur. Harta ibu bapanya sendiri sudah cukup untuknya hidup sehingga 3 generasi, itu pun kalau dia tidak boros. “Fir naik dulu lah Tok, nak rehat-rehat kejap.”

“Hah, yelah. Nanti Tok Syed dah balik, Tok suruh Ina panggilkan kamu.”

Aku mengangguk lalu mengangkat bagasiku mendaki tangga ke tingkat atas banglo dua tingkat peninggalan arwah moyangku ini. Penat tidak terkata, aku bertolak seawal jam 6 pagi dari kediaman keluarga Ezra di Bukit Tunku, sengaja memandu Nissan Fairlady kepunyaan Angah walaupun aku tahu dia akan meraung melihatkan kereta pemberian Abang Imran itu tidak kelihatan di porch.

Aku menjengahkan kepala ke dalam bilik ‘rasmi’ku jika berada di rumah ini, masih tidak berubah. Perabot-perabot tersusun rapi, sama seperti kali terakhir aku berada di bilik ini tahun lalu. Boleh dikatakan kedua-dua Tok Syed dan Tok sangat menyanyangiku, mungkin kerana statusku sebagai cucu paling bongsu dalam senarai cucu-cucu Syed Ghazali Al-Jeffrey dan Sharifah Zaharah Al-Jeffrey seramai 18 orang itu. Aku senyum sendirian mengenangkan tindak tanduk mereka berdua yang banyak melebihkan aku berbanding mereka yang lain sehinggakan aku mempunyai ruang kamar sendiri di kediaman ini.

Aku baru ingin melelapkan mata tatkala telefon bimbitku berdering. Tertera nama Abang Nazrin di skrin. Aku sengih sebelum menjawab panggilan itu. “Hello, Abang Yen?”

“Hah, kamu kat mana?”

“Jalan-jalan..” balasku ringkas.

Abang Nazrin mengeluh. “Kamu ni.. Suka buat orang risau.”

Aku ketawa kecil. “Fir okaylah Abang. Takda apa yang perlu dirisaukan.”

“Yelah tu. Ezra menggila mencari Fir ni. Habis dimakinya Fiona pagi-pagi tadi.”

Aku senyum sinis, walaupun Abang Nazrin tidak dapat melihatnya. “Apa kaitannya dengan Fir pulak?”

“Fir ni..”

“Fir busy la ni Bang. Nanti Fir contact Abang balik ye. Daaaaaa. Muahz!” Klik! Aku senyum puas. Fiona dimaki? Memang padan dengan mukanya. Sudah ku agak, Ezra akan bertindak sedemikian. Darren dan konco-konconya pasti dikerah untuk mencari kelibatku. Aku perlukan Zara tika ini.

“Zara?”

“Hah, pak cik! Apa mimpi?”

“Aku mimpi aku kawen dengan ko, tu pasal aku call ni. Jom kawen!”

Zara ketawa di hujung talian. “Gaduh dengan Ezra?”

Aku menggeleng. “Melancarkan perang psikologi jahh. By the way, aku kat rumah Tok Syed aku. Jom, hang out! Pegi Phuket ke..”

“Macam Phuket tu sekangkang kera je dari Kedah ni kan?”

Aku sengih. “Langkawi pun jadi laaaaa.”

“Set, bila?”

“Esok!”

“Chantekkk!”

* * * * * * * * *

Langkawi.

Zara masih tidak berubah. Perangai gila-gilanya itu yang menceriakan hatiku seperti aku mula-mula mengenalinya dulu. “Panas la tongek!” teriaknya sambil mengipas-ngipas tubuhnya dengan kipas kertas yang dibelinya di jeti sebelum kami bertolak ke Langkawi pagi tadi.

“Pergi la terjun dalam laut tuh,” balasku bersahaja.

Zara menjelirkan lidahnya. Perangainya langsung tidak bersesuaian dengan pekerjaannya sebagai jurutera di syarikat minyak itu. “Tak nak la akuuu. Ko je la terjun!”

Aku ketawa. “Macam mana kerja sekarang?” soalku sambil memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang berlari di sekitar pekan Kuah, teringat kepada Camelia seketika.

“Okay jer. Tapi gaji ciput, cukup-cukup makan je weyyy,” keluh Zara.

“Mintak la kat bapak ko.”

Zara sengih. “Bapak aku tak nak bagiii. Dia kata, aku dah kerja sekarang, kena pandai cari and jaga duit aku sendiri. Dia belikan aku Swift tu pun mujur oh,” tuturnya sambil membelek-belek sebentuk cincin berlian di tangannya.

“Cantik cincin.”

Zara senyum. “Pojie bagi..”

“Untuk..?”

Zara menjungkitkan bahunya.

Jawapannya tidak memuaskan hatiku. “Mana ada orang bagi cincin saja-saja je cik Timah oi..”

“Ala. Dia kata cincin untuk persahabatan yang tidak akan putus.”

Aku senyum. “Pojie bukan ke suka kat ko?”

“He did.”

“Then?”

“Takda jodoh,” balas Zara mudah. Masing-masing mendiamkan diri. Aku tahu mereka berdua menyukai satu sama lain. Pojie pernah memberitahuku. Tetapi entah di mana silapnya, begini kesudahan kisah cinta mereka berdua. Pojie yang bersifat lemah lembut dahulunya berubah menjadi agresif, seperti semasa dia menghadiri birthday party-ku dulu. “People are eyeing you, you know?”

“Why, what’s wrong with me? Am I naked or what?”

Zara senyum. “Fit sleeveless shirt with short pants and flip flop itu, plus with that cap and your Police shades, you look exactly like..” Zara menggosok-gosok dagunya.

“Like who?” soalku tidak sabar.

“Accapan!” jerit Zara lalu membuka langkah seribu, meninggalkan aku.

“Siotttt!”

* *

Alor Star, Kedah.

“Zara tak nak tidur kat sini ke?” soal Tok Syed. “Jauh nak balik Gurun tu, lagipun dah lewat ni..”

Zara menggeleng lembut. “Takpelah Tok Syed, Zara ada Aunty kat Villa Sri Tunku tu, Zara overnight kat sana je.”

Tok Syed mengangguk perlahan. “Hm, nanti Atok suruh Ina buatkan hot chocolate untuk Zara ye, bagi segar sikit.”

“La, tak payahlah Tok Syed, susahkan Kak Ina je.”

Tok Syed mengeluh kecil.

“You better terima je, Zara, or else Atok akan insist you untuk ambik jugak,” sampukku sambil meneguk hot chocolate yang aku buat sendiri. “Tadi aku offer, ko tak nak.”

Zara sengih. “Kalau macam tu, Zara terima je lah.”

Tok Syed senyum lalu melangkah ke dapur.

“Hey Z, thanks sebab sudi teman aku hari ni,” ucapku.

Zara senyum. “No problem. Aku tak kesah pun, asalkan ko happy.”

“I’m so happy today, Zara. Really happy.”

“Look, ko masih tak bagitau apa masalah ko pada aku. Aku kenal ko, Zafir. Ko takkan datang ke Kedah seorang diri macam ni. Ko takkan cari aku secara tiba-tiba.”

Aku senyum. Bangga mempunyai sahabat sebaik Zara. Yang memahami aku. “Ezra dah kawen.”

Mulut Zara melopong. “You must be kidding me?”

Aku menggeleng. “I’m serious.”

“I’m.. Speechless...”

“Nah, you don’t have to say anything Zara. Ko temankan aku hari ni pun dah cukup untuk aku.”

Zara mengukirkan senyuman hambar. “Ah, ko akan jumpa seseorang yang lebih baik, Fir.”

Aku menggeleng, tertawa kecil. “Seumur hidup aku, Ezra adalah lelaki paling baik pernah aku jumpa. Mungkin aku harus belajar menerima hakikat yang aku masih belum bersedia untuk hadapi.”

Zara hanya diam.

Aku juga diam.

“Zara, nah hot chocolate,” suara Tok Syed mematikan lamunan kami.

* *

‘Good morning Sunshine! :) walau dimana pun Fir berada, Abg ttp doakan keselamatan Fir. hope u r well, sweetheart. Luv you so much, i miss you.’

Itu adalah pesanan ringkas pertama yang dihantar oleh Ezra sejak aku tiba di Alor Star 3 hari yang lalu. Kenapa selepas 3 hari? Adakah dia sedang berbahagia di sisi Fiona? Tetapi bukankah Abang Nazrin memberitahuku Fiona teruk di maki pada hari pertama pemergianku? Ah, aku keliru dengan Ezra. Adakah ini tanda percintaan 5 tahun kami akan berakhir begitu sahaja?

“Abang.. Fir rindukan Abang.. Fir rindukan belaian Abang.. Datang la pujuk Fir..” Akhirnya egoku cair, air mataku jatuh bercucuran..

* * *

Teratak Bonda, Bukit Tunku.

“Papa, lamanya Daddy out-station.. Papa kata sekejap je. Ni dah seminggu..” keluh Camelia. Dia benar-benar rindukan Zafir, Daddy-nya itu langsung tidak menghubunginya.

“Yelah Ezy, dia ke mana sebenarnya?” sampuk Datin Marissa, bimbang dengan keadaan Zafir.

Ezra hanya menjungkitkan bahu. Dia menyuap roti bakar ke dalam mulut Camelia dan seterusnya ke dalam mulutnya sendiri. “Nanti dia balik la sendiri, Ma..” Ezra sudah kekeringan idea di mana keberadaan Zafir.

Datin Marissa menggelengkan kepalanya, pening dengann sikap Ezra dan Zafir. Kalau dah romantik, sampai tak ingat dunia. Tapi kalau bergaduh, sorang ke utara, sorang ke selatan. Utara? “Dah tanya Tuan Syed?”

Ezra mengangkat muka lalu menepuk dahinya. “Fiona, tempahkan tiket ke Alor Star untuk I dengan Camelia, as soon as possible. Cepat!”

Fiona akur dengan arahan suaminya itu. Walaupun mereka sudah berkahwin, Ezra tetap melayannya seperti setiausaha di pejabat.

“Mengelamun apa lagi, cepatlah!” bentak Ezra.

Cepat-cepat Fiona bangun dari meja makan itu.

* * * *

Alor Star, Kedah.

“Maafkan Abang, sayang..” Ezra mendakap erat tubuhku. “Abang takkan pernah abaikan sayang. Kita balik, okay?”

Aku merebahkan kepalaku ke dada bidang Ezra. “Abang jahat.. Abang lupa kat Fir..”

“Tak sayang. Abang tak pernah lupakan Fir walau sesaat.. Abang berusaha cari Fir, tapi Abang tak sangka yang Fir akan berada di sini.” Ezra mengucup dahiku. Air mata yang mengalir di pipiku di sapunya. “Abang sumpah, takkan ada orang lain yang boleh ambil alih tempat Fir di hati Abang..”

“Fiona?”

“Dia cuma isteri Abang di atas kertas. Tapi isteri sebenar Abang ada di depan Abang sekarang ni..”

Aku lega mendengar kata-kata yang terungkap di bibir Ezra.

“Kita balik KL, okay?” pujuk Ezra.

Aku menggeleng.

“Kenapa ni sayang..?” Ezra mengusap lembut rambutku. “Kalau tak balik KL, sayang nak pegi mana?”

“Fir takkan balik ke Bukit Tunku selagi dia ada kat sana,” cemburuku datang lagi.

Ezra senyum. “Kita hantar lah dia pergi tempat lain..” bisiknya di telingaku. “Forget about her, let’s talk about us..”

“Hmm..” Dia merebahkan tubuhku ke atas katil.

Ezra pantas menanggalkan kemejanya. “I love you sayang..”

“I love you too, Abang..”

* * * * * * *

“Daddy jangan la pergi lama-lama dah..” kata Camelia, separuh merengek. Sepanjang hari itu dia tidak melepaskan aku. Hinggakan aku ingin ke dapur untuk mengambil minuman buat Ezra juga diikutnya. Bimbang aku pergi lagi dari dirinya. “Nanti Lia rindu Daddy.”

Aku senyum memandang Camelia. “Eh, kalau rindu pun, apa salahnya, kan?” Aku memeluk tubuh kecil itu. “Okay, Daddy janji takkan tinggalkan Lia. Tapi Lia kena la cakap dengan Papa, jangan buat Daddy sedih lagi.” Aku menjeling ke arah Ezra yang sedang membaca akhbar. Aku tahu dia mendengar perbualan kami.

“Papa dengan Daddy jangan la gaduh dahh.. Nanti Daddy pergi lagi. Lia nak Papa and Daddy ada dengan Lia all the time. Boleh?” rengek Lia.

Ezra meletakkan akhbar di sisinya dan menarik Camelia ke dalam dakapannya. “Papa takkan biar apa-apa pun buat sayang Papa ni sedih, okay?” ucap Ezra. “Dah, Lia jangan sedih-sedih lagi. Kan kita dah jumpa Daddy ni. Nanti Lia sedih-sedih, Papa pulak pergi, macam mana?”

Camelia menyembamkan mukanya ke dada Ezra, tangannya memeluk erat leherku. “Jangan laaaaaaaaa.”

Ezra dan aku sama-sama ketawa. “Papa gurau-gurau je la sayang, kalau Papa pergi, Daddy bawak Lia pergi jugak,” pujukku.

Ezra mengangkat kening.

“Kita nak pergi mana Daddy?”

“Kita main hide and seek dengan Papa.”

Ezra ketawa. “Fir ni..” Dia mengucup pipiku. “Dah, Lia pergi mandi, busyukkk la anak Papa ni.”

Lia tersengih. “Lia tak mandi lagi dari pagi tadi. Nak Daddy mandikan.”

“Manja!”

* * *

Wednesday 9 December 2009

ep 24

Zouk, Kuala Lumpur.

Ezra tersenyum memandangku dari atas pentas. “Guys, I dedicated this song to someone special in my life, today is his 23rd birthday,” ucapnya. “Baby, whatever happens to me, I want you to know that I love you so much, till the end of my life. Happy Birthday, Zafirul Zafir.” Dia melayangkan flying kiss-nya kepadaku.

Aku tersipu-sipu malu mendengarkan kata-kata yang terungkap di bibir Ezra. Suasana di pusat hiburan itu diterangi dengan cahaya romantis, manakala lampu spotlight dihalakan kearahku dan Ezra.

Ezra mula memetik gitarnya. “Sayang, this is for you..”

‘My Baby You,

Are the reason I could Fly,

And cause of you,

I don’t have to wonder why..’

“Oh my.. Ezra is so romantic!” Dean bersuara di sebelahku. Aku tersenyum bangga dengan pujian dari Dean itu. “Yang, nanti you buat la macam Ezra buat kat Fir ni. Ek ek?” pujuk Dean kepada Syed Rafar yang sedang memeluk bahunya.

Syed Rafar senyum sambil menganggukkan kepalanya. Ah, Syed Rafar selalu memanjakan Dean, sama seperti Ezra memanjakanku.

Ezra akhirnya turun dari pentas utama, melutut di hadapanku lalu mengucup lembut jari jemariku. Tetamu-tetamu yang menghadiri sambutan hari jadiku ini bersorak girang melihatkan perlakuan romantis Ezra itu.

“Thanks Abang..” ucapku.

Ezra tersenyum. “My pleasure, sayang. Come, dance with me..” Dia menghulurkan tangannya, menunggu aku menyambutnya. DJ memutarkan lagu kegemaran kami, ‘In Love With You’ nyanyian Jackie Cheung dan Regine Velasquez. “Abang saja pilih lagu ni.. Tau Fir suka.”

Aku senyum, menyambut perlawaannya. Dia memeluk erat pinggangku. “Dah lama kita tak slow dance macam ni, kan?”

Ezra mengangguk setuju. Aku merebahkan kepalaku di bahu Ezra. “I love you sweetie..” ucapnya lembut.

Aku senyum mendengarkan ungkapan itu. “Love you too, Abang.”

Bibirnya singgah di bibirku, dikucupnya lama. Banyak mata yang memandang perlakuan kami, ada yang jelek barangkali. Cemburu? Aku tertawa di dalam hati.

“Adik, dah-dah la tu, sambung kat rumah, okay?” tegur Abang Rizal, membuatkan aku dan Ezra tersipu-sipu malu.

Aku mencebik. “Kacau daun la Abang ni!”

Ezra berpura-pura memalingkan mukanya ke arah lain, malu mungkin dengan teguran Abang Rizal itu.

Abang Rizal tersengih lantas dia berlalu meninggalkan kami. “It’s party time! No romance-romance anymore!” laungnya di lantai tari. “Has anyone seen Nazrin?”

“Kita duduk?” soal Ezra. Belum sempat aku berkata apa-apa, dia sudah menarikku pergi dari lantai tari yang penuh dengan manusia-manusia yang ingin berhibur itu. Lagu ‘I Gotta Feeling’ menggantikan lagu romantis pilihan Ezra tadi. Sudah tentu ini kerja Abang Rizal.

Kami melabuhkan punggung di sofa yang agak tersorok. Dean sudah mula menunjukkan taringnya di lantai tari, menarik Syed Rafar untuk menyertainya. Teekay sedang melentokkan badannya di sisi Henry, teman barunya. Pojie juga kelihatan di lantai tari, hanya dia yang bersetuju hadir ke parti ini sedangkan Zara menolak perlawaanku.

“Fir ingat Abang dah lupa birthday Fir..” kataku sambil melirik manja ke arah Ezra yang memeluk pinggangku.

Ezra senyum. “Kenapa Fir ingat macam tu?”

“Yelah, Teekay kata Abang busy memanjang kat office lepas balik dari NY hari tu. Lepas tu bila Abang balik rumah, time Fir dah tidur. Lia pun dah start bising kenapa Papa dia jarang ada kat rumah..”

Ezra meneguk Diet Coke-nya. “Abang busy plan party ni, sayang.” Dia mengucup leherku. “I want the best for my beloved Baby ni. Teekay yang banyak tolong Abang, Abang mana tau party planning ni, bukan macam Fir..”

Aku senyum. Patutlah aku nampak ‘trademark’ Teekay dalam hiasan parti ini. “Fir tak kesah party besar-besaran macam ni, Abang. Cukuplah kalau Abang ingat Birthday Fir..”

“Takpe, ini sebagai tanda cinta Abang pada Fir..” Jam di tangannya diperhatikan. “It’s about time. Jom!” Dia menarikku bangun dari sofa empuk itu.

“Nak kemana ni Bang?” soalku keliru.

“Ikut ja..” Dia memeluk pinggangku sambil mengiringiku menuju ke pintu utama kelab. “Ada satu lagi yang special untuk sayang..”

“Ini pun idea Teekay jugak?”

Ezra menggeleng. “Ini 100% idea Abang,” balas Ezra sambil tersenyum. Kami berhenti di pintu utama. “Tengok atas, sayang..”

Di langit yang penuh dengan bintang-bintang yang berkerdipan itu, ianya disinari dengan pancaran bunga api. Berkilauan di mata kami. “Oh my God, Abang.” Bibirku seakan-akan kelu untuk berkata-kata.

“Suka?” Ezra memeluk bahuku lantas mengucup lembut dahiku.

Aku mengangguk setuju. “Thanks Abang.. Fir akan ingat Birthday ni sampai akhir hayat Fir..” Aku merebahkan kepalaku ke dadanya tetapi mataku masih tertancap kepada percikan bunga api yang menghiasi langit Kuala Lumpur malam ini.

“Luckily I know the person who can help me with this thing. Ingat lagi tak dengan Sam yang kita kenal masa pergi tengok bunga api kat Putrajaya dulu?”

“Yeah, dia ke yang tolong Abang?”

Ezra mengangguk. “Dia buat something yang special untuk kita.. The climax..”

Kemuncak kepada pertunjukan bunga api itu, ianya membentuk percikan bunga api berbentuk hati. Mulutku melopong, tubuhku kaku melihatkan keistemewaan yang dicipta oleh manusia itu. Tidak pernah seumur hidupku, melihat percikan bunga api berbentuk hati seperti itu.

“Haaa. Ezy, Fir, cepat posing. Abang nak amik gambar ni! Background hebat giler!”

Ezra pantas mengucup bibirku, sambil tangannya dilingkarkan di pinggangku dan aku membalasnya walaupun aku agak terkejut dengan permintaan secara tiba-tiba Abang Nazrin itu. Seketika kemudian, mataku berpinar dek pancaran flash dari kamera digital milik Abang Nazrin dan Ezra meleraikan kucupan dan pelukannya.

“Huish, ni Abang nak letak kat Facebook, confirm hebat. Nanti balik Abang edit sikit-sikit ar. Korang nak gambar ni?”

Kami berdua serentak mengangguk. “Kiteorang kan model gambar tu, of course la menjadi hak mutlak kiteorang,” balas Ezra sambil tertawa kecil.

“Hebat la Ezy, you planned a superb, outstanding, gorgeous party,” kata Abang Nazrin sambil menepuk lembut bahu adik bongsunya itu. “Bakri’d die if he knows about this party and he isn’t here,” ujarnya sambil melangkah meninggalkan kami berdua di hadapan Zouk.

“Sorry, private party, bro.”

Kedua-dua lelaki yang baru sampai itu kelihatan kecewa.

“Let them in, Sein.”

Sein mengangkat kening. “Are you serious Ezra?”

Ezra mengangguk.

Sein mengangkat tali merah itu, membiarkan kedua-dua lelaki itu melepasi kawalan Sein di pintu utama, bagaimanapun mereka sempat menjeling tajam ke arah kami.

“Sombong, bukan nak cakap terima kasih ke apa,” bebelku kepada Ezra. “Siap menjeling lagi, orang bagi masuk, sepatutnya diaorang kena buat sujud syukur aw.”

Ezra hanya senyum. “Dah-dah, jangan nak membebel on your birthday. Jom masuk, dance lagi!” Dia menarikku masuk kembali ke dalam Zouk.

* * * * * * *

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ezra menumbuk meja. “Saya dah kata, saya tak bersalah, Tuan Haji ni tak faham-faham ke?!”

Aku mengusap perlahan belakang Ezra. “Relax Abang..”

“Macam mana Abang nak relax, sayang..” Lelaki yang dipanggil ‘Tuan Haji’ itu mengangkat mukanya, riak terkejut terukir di wajahnya. “They accused me for something I didn’t do!”

“Kita akan settle-kan perkara ni, Abang. Kita tunggu Mama datang, okay?”

Ezra bungkam. “Abang tak buat benda tu, Fir.. Percayalah kat Abang..”

“Fir percaya pada Abang. Abang jangan risau,” kataku perlahan sebelum beralih kepada lelaki bersongkok dihadapanku itu. “Tuan Haji, macam mana boleh jadi macam ni?”

“Kamu homoseksual?”

Aku mengangkat kening. “Saya rasa perkara itu tak ada kena mengena dengan soalan yang saya tanya tadi, kan?”

“Kamu tanya la BOYFRIEND kamu tu,” balasnya dingin sambil sengaja menekan perkataan ‘boyfriend’ itu.

Perli?

Ezra bangun dari kerusi yang didudukinya, tetapi sebelum sempat dia berkata-kata, aku sudah menyuruhnya duduk kembali. “Dia dah melampau Fir,” bergetar suara Ezra menahan marahnya. Tangannya kulihat sudah menggenggam penumbuk.

“It’s okay, I can handle him.” Aku menenangkan Ezra. “Macam ni lah Tuan Haji, kalau Tuan Haji nak sangat tahu tentang kami,” kataku separuh berbisik, “saya suggest Tuan Haji letak jawatan sebagai penguatkuasa agama dan mohon jawatan sebagai wartawan gossip. Macam mana?” Aku melemparkan senyuman sinis terhadap lelaki itu. “Sepatutnya Tuan Haji menasihati, bukan memerli, bukan mengeji kami. Kami ni pun manusia jugak, macam Tuan Haji. Tetapi saya rasa, dalam kes Tengku Ezra ni, the question on our sex orientation is not relevant at all.” Aku kembali duduk di sisi Ezra.

“Good job Baby,” bisik Ezra di telingaku.

Aku senyum. “So, boleh Tuan Haji cerita pada saya kenapa dengan Tengku Ezra?”

Lelaki itu mengeluh. “Kami dapat aduan, ada sepasang pasangan bukan muhrim sedang berdua-duaan di unit kondominium yang didaftarkan di atas nama Tengku Ezra, kami hanya menjalankan tugas.”

“Siapa?”

“Fiona,” jawab Ezra sebelum sempat Tuan Haji itu membuka mulut.

Tuan Haji itu hanya mengangguk.

“Abang cuma bawak dia untuk ambil dokumen company je,” Ezra membela diri.

“Fir percayakan Abang..” Aku lebih mengenali Ezra berbanding mereka ingin mendakwa Ezra atas kesalahan yang tidak disengajakan ini. “Bertenang, okay?”

Ezra mengangguk, bagaikan anak kecil. Matanya berkaca. “Thanks sayang, sebab support Abang..”

Buat kali ke berapa entah, Tuan Haji itu melemparkan pandangan jelik terhadap kami.

* *

Teratak Bonda, Bukit Tunku.

“Fir, bangun sayang..”

Perlahan-lahan Zafir membuka matanya. “Hm..”

“Thank God.. Fir okay?” soal Ezra, bimbang.

Zafir mengangguk perlahan.

“Lia, tolong panggil Uncle Afa, cakap Daddy dah sedar,” arah Ezra kepada anak kesayangannya itu.

Camelia akur dengan arahan Papa-nya itu lalu pantas menuruni tangga mencari Syed Rafar di celah-celah tetamu majlis itu.

“Abang..” Zafir mengelakkan pandangan matanya dari bertembung dengan mata Ezra. Dia melemparkan pandangannya ke luar jendela kamar. Kepalanya masih lagi berada di ribaan Ezra.

“Ye sayang..” Ezra menanggalkan songkok yang dipakainya semenjak tengahari tadi. Satu persatu butang baju melayunya dibuka. “Pandang Abang, sayang..”

Zafir tidak menghiraukan permintaan Ezra. “Abang dah nikah?”

Ezra diam. Apa yang harus dikatakannya? Zafir pengsan sebaik sahaja Ezra melafazkan akad nikah ke atas Fiona. Kelam kabut dia meninggalkan pelamin nikahnya bagi melihat keadaan buah hati kesayangannya itu.

“Dah kan?”

Perlahan-lahan Ezra mengangguk.

Pantas air mata Zafir tumpah.

“Fir, please jangan menangis. Abang boleh ceraikan dia sekarang jugak Fir..” Matanya juga berkaca, sedih melihatkan keadaan Zafir. Tentu dia mengalami tekanan kerana pernikahan tak dirancangnya dengan Fiona. Ah, tiada apa yang mampu dilakukannya kerana ibu bapa Fiona mengugut untuk membawa kes itu ke mahkamah yang pastinya akan menjatuhkan imej keluarganya.

“Jangan Bang.. Jangan..”

Lidah Ezra kelu. Dia hanya mampu melihat air mata Zafir membasahi pipinya.

Camelia kembali dengan Syed Rafar dan Datin Marissa. Pantas Ezra menyeka air mata Zafir.

“Hey Fir.. I nak check blood pressure you, okay?”

Zafir mengangguk perlahan.

“I know how you feel, Fir. I myself would die if Dean do the same thing,” bisik Syed Rafar, namun ianya jelas di pendengaran Datin Marissa dan Ezra. “Hm.. BP tinggi. Fir masuk wad, okay? Boleh I monitor. Ezy, how? Datin? I need your permission to take him to Prince Court.”

Ezra dan Datin Marissa masing-masing mendiamkan diri. Mereka faham tekanan yang dihadapi Zafir itu.

“Fir nak masuk ward.”

Semuanya menoleh ke arah Zafir.

“Daddy, jangan la masuk ward..” pujuk Camelia.

Zafir senyum ke arah Camelia. “Nanti Lia datang jenguk Daddy, okay?”

“Are you sure Fir?” soal Syed Rafar, mendapatkan kepastian.

Zafir mengangguk. “Come, peluk Daddy.”

Camelia pantas merebahkan diri ke dalam pelukan Zafir.

“I love you Camelia Ezra.”

* * * * * *

Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

“Sampai bila you nak mengelak dari Ezra?”

Aku buat tidak tahu dengan soalan Syed Rafar itu, mentacapkan pandangan mataku ke televisyen.

Syed Rafar mengeluh. Dia memandang Dean yang sedang membaca majalah Glam, disikunya buah hatinya itu.

“What? Sakit lahh!” adu Dean.

Syed Rafar menjuihkan bibirnya ke arahku.

Dean meletakkan majalah langganan yang baru diterimanya tengahari tadi itu di atas meja. “Fir, ko kena terima hakikat, Ezra sekarang dah jadi hak milik mutlak Fiona.”

Aku memandang tepat ke mata Dean

Sekali lagi Syed Rafar menyiku Dean. “He’s not stable yet!” bisiknya di telinga Dean.

“Oh, come on Fir. Kita tahu, kita takda hak dalam hal ni,” tegas Dean. “Macam Afa, kalau dia nak kawen, aku tetap kena campak, entah ke mana. Tapi ko bernasib baik, Ezra masih tetap cari ko walaupun ko tak benarkan dia jenguk ko kat sini.”

Syed Rafar berdehem perlahan.

“Aku tau Dean. Ko nak aku buat apa? Terima kenyataan yang Ezra someday akan buang aku dari hidup dia? Terima kenyataan yang aku akan berkongsi kasih sayang dia? Terima kenyataan yang dia bakal mengabaikan aku?”

“For God’s sake, Fir. Wake up! Ezra takkan buat ko macam tu! Ko dengan dia dah 5 tahun bersama, korang dah ada Camelia. Aku yakin, Ezra takkan abaikan ko. Fiona adalah perkahwinan paksa, ko tau Ezra tak pernah bersetuju, kan?” Dean menggenggam tanganku erat. “Yakin dengan aku, Ezra takkan buat benda-benda tu semua.”

Aku mengukirkan senyuman hambar di bibirku sambil menganggukkan kepalaku. “Thanks Dean, Afa..”

“Penat aku bagi lecture tau. Ni kena bayar kat aku untuk consultation tau.”

Aku ketawa kecil dengan jenaka Dean itu.

Dean senyum memandangku. “Now, ko rehat cukup-cukup, okay? Aku nak kena balik packed barang. Esok aku dah kena balik Brussels, Embassy dah bising aku cuti lama sangat.” Dean berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang dari diplomat Malaysia yang dihantar bertugas di luar negara, jawatan yang menjadi idamanku dan Ezra suatu ketika dulu.

“Oh..” Hanya itu yang mampu aku sebutkan.

“Hah, sila jangan nak emo-emo dengan aku ar, kang aku sama-sama emo karang, haru hospital ni karang,” lantas bahuku di peluk Dean. “Aku bukan nak pergi mati, pergi keje je. Nanti senang-senang, ko datang la Brussels, okay?”

Aku mengangguk perlahan. “Afa pergi sama?” Aku mengalihkan pandanganku ke arah Syed Rafar yang setia berdiri di sisi katilku.

Lelaki itu menggeleng. “Belum lagi. Next year mungkin I menyusul dia kat sana, I nak settlekan banyak perkara kat sini.”

Dean mencebik. “Sayang, next year I dah kena transfer ke Singapore, tak payah susah-susah nak menyusul I segala.”

Syed Rafar tersengih. “Lupa plak..”

Dean mencebik lagi. “Ikut suka you lahh.”

Aku dan Syed Rafar saling tersenyum.

* * * * *