Monday 7 December 2009

ep 23

Mont Kiara.

Aku duduk bersimpuh di atas karpet tebal itu, bersebelahan dengan sofa di mana Ezra sedang berbaring sambil tangannya di letakkan di atas dahinya. Dia sedang marah, aku tahu. “Abang..” Aku mengusap lembut rambut nipisnya. Dia baru sahaja menggunting rambutnya semalam yang sebelum ini panjang sehingga mencecah bahunya.

“Sayang, please, Abang nak bersendirian malam ni.. Fir pergi temankan Camelia tidur, okay?” Ezra mengucup dahiku. “Abang mintak maaf sangat-sangat..”

Aku mengukirkan senyuman nipis di bibirku. “Camelia dah tidur dah pun, Bang.. Biarlah Fir yang temankan Abang kat sini, okay?”

Ezra membalas senyumanku sambil menganggukkan kepalanya. Dia menutup kelopak matanya lalu aku merebahkan kepalaku ke atas bahunya. Kini gilirannya pula untuk mengusap-usap rambutku. “Abang pelik kenapa Mama beriya-iya benar nak kahwin dengan Khalid. Kalau dengan orang yang sebaya, Abang takda la risau sangat. Ini, 15 tahun lebih muda dari Mama, tau tak? Abang tak faham.. Abang bukan nak jadi anak derhaka or whatsoever, tapi Abang nak protect Mama dari sebarang niat buruk si Khalid tu.”

“Abang yakin ke dia ada niat buruk?”

“Yakin.” Balas Ezra bersungguh-sungguh.

Aku diam mendengarkan jawapan yang lahir dari mulut Ezra itu.

“Abang dapat rasa, sayang.. Apa yang Abang buat ni, Abang ikut gerak hati Abang and gerak hati Abang tak pernah silap selama ni, sayang..”

“What if this time gerak hati Abang tu salah?”

Ezra menggaru-garu kepalanya, kemudian tersengih. “Nampaknya kena la mintak ampun dengan Khalid.”

“Ya Ampunnnsss!” Aku mengajuk gaya Dean tatkala dia dilanda angin tidak betolnya. Aku dan Ezra sama-sama tertawa. “Sudahlah Abang, kita tunggu dan lihat apa yang Uncle Khalid akan buat. Kalau dia betul-betul sukakan Mama sebab diri Mama yang sebenarnya, kita terima dia seadanya. Tapi kalau sebaliknya, kita kena amik tindakan la Bang..”

Ezra mengangguk setuju dengan kata-kataku. “Ye jugak.” Dia memeluk erat bahuku. “I love you sayang..”

“Abang tak cakap pun Fir tau lah.. Takkan la Abang sayang orang lain, kan?”

“Mana la tau..”

“Mana la tau apa?”

“Kot-kot Abang ada orang lain, kan?” Ezra ketawa dengan kata-katanya sendiri, manakala aku pantas menampar manja lengan Ezra. “Sakit la sayangg..”

“Gatal, padan muka!” Aku mencebik. “Ada niat la tuh. Dah tua-tua nak menggatal lagi.”

“Abang laki, ada kuota 4 tau. Ni ada lagi 3 kosong.”

“Habis, Fir ni bukan laki ke?”

“Eh, Fir laki ke?”

“Abangggggggggggggggggggggggg!!”

* * * * *

“Lia sayang, Lia mana boleh ikut. Papa pergi kerja, bukan jalan-jalan..” pujukku pada Camelia yang sedang merajuk di dalam kamarnya di kondominium kami. “Sekejap je Papa pergi, Daddy pun tak ikut tau. Lia teman la Daddy kat sini, kesian Daddy tinggal sorang-sorang..”

“Lia nak ikut Papa. Daddy pun ikut la..” balasnya. “Papa kata nak bawak Lia pergi jalan-jalan kalau Lia dapat nombor satu dalam kelas.”

Aku menggelengkan kepalaku. Entah bila Ezra membuat perjanjian tersebut dengan Camelia. “Daddy mana boleh ikut, Daddy banyak kerja kat office, sayang. Lagipun, macam mana dengan sekolah Lia?”

“Ala.. Lia boleh catch up, jangan risau la Daddy..” Ini adalah salah satu dari perangai Camelia, cukup berbangga dengan kebolehannya dan cepat berpuas hati dengan kebolehannya. “Boleh la Lia ikut..”

“Nanti la Daddy cakap dengan Papa.. Tapi jangan mengharap sangat, okay sayang?” ujarku sambil mengusap lembut kepalanya lalu mengucup dahinya. “Dah, sambung buat homework tu.”

Camelia mencebik. “Okay Daddy..” Dia menyambung kembali menyiapkan kerja sekolahnya. “But please, convince Papa..”

“Daddy tak janji, sayang.” Kataku lalu menutup pintu kamar Camelia. Aku kembali ke kamarku yang terletak bertentangan dengan kamar Camelia dimana Ezra sedang memasukkan pakaiannya kedalam bagasi yang diletakkan di atas katil. “Abang..” tegurku.

Ezra mengangkat muka lalu tersenyum. “Ye sayang..”

“Abang janji apa dengan Lia?” soalku sambil membantu Ezra melipat kemejanya.

Ezra mengerutkan dahinya. “Abang janji apa?”

Aku mengeluh. “Abang janji nak bawak dia jalan-jalan kalau dia dapat nombor satu dalam kelas. Well, Abang tau kan dia dapat nombor satu baru-baru ni?”

Ezra menepuk dahinya dan tertawa. “Aiyoo. Dah lama Abang janji dengan dia, tak sangka dia ingat lagi.”

“Macam Abang tak kenal Camelia..”

“Habis tu, nak buat macam mana ni? Fir ikut la Abang ke sana. Lepas Abang selesai dengan kerja Abang, kita sambung la cuti kat sana..”

Aku menggelengkan kepalaku. “Fir tak boleh pergi, Abang. Wedding Syed Mohammed this weekend. Banyak benda Fir nak kena urus. Abang tak boleh tangguh ke meeting dengan Mr Levine tu?” Ezra sungguh komited dengan kerjanya, memang jarang untuk dia mengabaikan tugas-tugas pejabatnya.

Ezra menggaru-garu kepalanya. “Dah banyak kali Abang tangguh, sayang. Mengamuk dia karang kalau Abang tangguh lagi..”

“Habis, Camelia macam mana ni Bang?” soalku, mendapatkan kepastian.

“Er, Abang bawak je lah. Abang dah janji dengan dia, so Abang kena tunaikan..”

Aku mengeluh, fikiranku ligat memikirkan bagaimana Ezra akan menjaga Camelia berseorangan di negara orang, tidak mungkin dia akan membawa Camelia ke mesyuarat-mesyuarat yang akan dihadirinya sepanjang berada di New York kelak.

“Nampaknya Abang kena bawak Camelia ke mesyuarat-mesyuarat Abang lah..” sambung Ezra, seolah-olah faham dengan apa yang bermain di mindaku. “Abang nak bawak Fir, Fir pulak busy dengan wedding Mode. Habis, macam mana? Takkan Abang nak bawak Kak Ros sekali untuk mengasuh Camelia?”

“Abang, jangan la macam ni. Fir pun ada kerja nak kena settle kat sini.. Tak patut la Abang cakap macam tu kat Fir.”

“Tempat isteri di sisi suami,” bisik Ezra sambil menyambung kembali mengemas pakaian-pakaiannya.

“Fineeee.” Aku mengalah lalu mencapai telefon bimbitku dan mendail nombor Hisyam. Pada deringan ke-4, suara mengantuk Hisyam kedengaran di corong telefonku.

“Encik Zafir, kenapa ni?”

“I need you to take over Mode’s reception project for a while. Progress and problems, report terus kat I. I’m off to New York for a week. That’s all.” Ah, cara aku memberi arahan tidak ubah seperti Miranda Priestly di dalam novel The Devil Wears Prada.

Klik!

Ezra tersenyum memandangku. “Thanks sayang..” Dia mengucup bibirku.

“My pleasure, Abang,” aku membalas kucupannya. “I need to get my things packed.” Aku menolak lembut tubuh Ezra yang sudah mula menindihku.

“Nanti la sayang.. I miss you..” Ezra melemparkan senyuman nakalnya.

Aku mengalah dengan pujukan Ezra, tewas dalam belaian cinta Ezra. “Uh..”

* * *

St. Regis, New York.

“What do you mean by that, Syam?” soalku. Hisyam menelefonku saat aku sedang tidur disebabkan kepenatan menghadiri majlis makan malam bersama syarikat yang akan menjalinkan kerjasama dengan Eternal dalam bidang pembinaan. “Mode memang cerewet, tapi takkan la sebab dia kata you ni stupid, you nak tarik diri? I takkan benarkan, Syam. Tolonglah bagi I berehat kejap, I pun manusia jugak. Lepas I balik dari NY ni, I akan uruskan semua benda. Sekejap je Hisyam.”

“Tapi Encik Zafir, dia nak Marina yang gantikan saya.”

Aku mengeluh dengan berita ini. Syed Mohammed memang cerewet, mungkin kerana dia fikir dia adalah model terkenal, maka dia berhak mendapatkan yang terbaik dari semua orang. “Marina ada banyak projek lain, Hisyam.”

“Saya dah jelaskan pada dia, tapi dia insist jugak nak gunakan khidmat Marina sepanjang ketiadaan Encik Zafir.”

“I’ll talk to Mode myself.” Aku mematikan talian.

Ezra memelukku dari belakang. “Kenapa ni sayang, tension je..” Dia mengucup leherku. “Kan sayang tengah vacation sekarang, lupakan la kejap pasal kerja semua tu. Okay?”

“Fir tak tau la Abang.. Kadang-kadang rasa nak bunuh diri je rasa.”

“Hish, apa cakap macam tu? Tak elok la sayang.”

Aku mengeluh. “I need to make a phone call. Fir nak call Mode kejap.”

Ezra meleraikan pelukannya. “Okay sayang. Abang pergi jenguk Camelia jap,” kata Ezra lalu membuka pintu yang menghubungkan kamar kami dengan kamar penginapan Camelia di bilik sebelah.

“Mode, apa cerita ni?”

Mode mendengus kasar di telefon. “Zafir, kenapa la you hantar budak tak guna macam tu kat I? I tak nak dia, I want either you or Marina yang datang jumpa I. Hisyam tu macam blur je. Macam mana ni?”

“Mode, Hisyam adalah assistant terbaik yang pernah I ada, tak mungkin dia akan blur macam tu. I kenal dia macam mana.” Kataku, tenang. Aku sudah banyak mempunyai pengalaman dengan pelanggan seperti Mode, malah yang lebih teruk pun ada. “I ada di New York sekarang, Marina pulak ada banyak projek lain yang perlu dia handle. Hanya Hisyam yang available sekarang. You nak wedding you berjaya tak?”

“Of course!”

“Then you kena la bagi cooperation dengan orang I, okay?”

Mode mengeluh. “But –“

“Mode, pleaseeeee. For me and for your wedding. Okay? I janji, you akan puas hati dengan hasil kerja Hisyam.”

“Okay then, but I setuju sebab you and sebab wedding I, bukan sebab budak bertuah tu.”

Aku senyum puas mendengarkan kata-kata Mode itu. “Thanks Mode, I tau you takkan hampakan I.”

“Jangan lupa bawak balik Statue of Liberty untuk I, okay? Itu sebagai denda sebab mengabaikan wedding I.”

“Yeah righhhhhhttt.”

Mode ketawa, lega aku mendengarnya. “How’s Ezra?” soal Mode.

“He’s fine, ni I kat NY dengan dia and anak kitaorang la ni. Dia ada meeting dengan client dia, I kena ikut sebab katanya tempat isteri di sisi suami.”

Mode ketawa terbahak-bahak mendengarkan kata-kataku tadi. “He said that? But, memang betol pun Zafir, you sebagai partner dia, kena la temankan dia. Kalau orang lain yang temankan karang, tak ke haru?”

“Simpang malaikat 44, jangan la cakap. Kata-kata itu satu doa.”

Mode ketawa lagi. “You should go to Madison Avenue, sayang. And belikan I Hermes punya scarf. I nak hadiahkan untuk Hajar.”

“Banyak cantikkkk. Bini you kan, bukan bini I. Beli sendiri!”

“I gurau jer. Chow dulu sayang. Take care, have a nice vacation in NY!”

Klik!

Aku senyum puas, satu masalah sudah selesai!

* * * * * *

Gramercy Room, New York.

“Jaga mata tu sayang.. Jangan melilau tengok mat salleh handsome je,” pesan Ezra kepadaku tatkala kami berdua melangkah menuruni limo ke kelab malam yang terletak di Chelsea itu.

Aku mengangguk faham mendengarkan kata-kata yang terucap di bibir Ezra itu. Namun, aku tetap teruja untuk menjejakkan kaki ke kelab malam di New York yang pastinya berbeza dengan suasana kelab malam di Kuala Lumpur. Aku melemparkan senyuman ke arah bouncer yang memberi laluan kepada kami atas pass VIP yang diberikan oleh Mr. Levine kepada Ezra siang tadi. “Ramai orang la, Abang..”

“I know, sayang..” bisik Ezra di telingaku. “Fir pergi duduk dulu, Abang ambikkan drinks untuk Fir, okay? Gin and tonics, okay?”

Aku mengangguk setuju sebelum melabuhkan punggung di sofa yang terletak di penjuru kelab malam itu. Tidak tentu hala aku dibuatnya berada di kelab yang begitu asing untuk aku, tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Melihatkan pengunjung lain yang sedang asyik berdansa diiringi muzik, aku juga ingin turut serta. Aku senyum ke arah Ezra yang kembali dengan minuman di tangannya.

Ezra menghulurkan minuman kepadaku dan duduk di sebelahku. Tangannya memeluk erat bahuku. “Levine tu macam tau-tau je kita ni kaki clubbing, kan? Dah la dapat VIP Pass untuk setahun for this club. This is so damn good.” Ezra meneguk minumannya sebelum mengangkat punggungnya dari sofa. “Dance? I love this song!”

Aku menganggukkan kepala dan meletakkan minumanku di atas meja seterusnya menyambut huluran tangannya. “Come! I can’t wait to rock this club!” Lantai tari dipenuhi oleh pengunjung-pengunjung kelab yang rata-ratanya masih muda dan menarik. Gaya mereka saling tidak tumpah seperti mereka yang berada di Kuala Lumpur. Aku senyum memandang Ezra yang asyik menggoyangkan tubuhnya mengikut rentak muzik yang membingitkan telinga itu. Seorang wanita nampaknya tertarik untuk berdansa dengan Ezra, namun aku tidak begitu ambil hati dengan Ezra yang melayan sahaja tingkah laku wanita yang berpakaian seksi itu kerana aku tahu bagaimana sikap Ezra terhadap wanita.

“I saw you coming with your friend just now.” Bisik seorang lelaki di telingaku dari belakang.

Aku pantas memalingkan tubuhku menghadapnya. Seorang lelaki kulit putih dengan gelas berisi wain di tangannya. “He’s my partner actually,” balasku sambil tersenyum manis.

“Ah, interesting.” Dia tersenyum galak padaku. “I’m Damien.” Dia menghulurkan tangannya lalu aku menyambut huluran perkenalannya.

“Zafir.” Balasku ringkas. Mataku melilau mencari kelibat Ezra yang sudah tenggelam dalam kesesakkan manusia di lantai tari.

Damien tersenyum lagi. “He’s right there, with my girl. Don’t worry, she’s a good girl,” kata Damien sambil menunjukkan kepadaku Ezra dan wanita tadi berada, mereka asyik menari lagi. “You new here, mate? Never saw you before.”

Aku mengangguk. “Yeah, our first time in New York actually.”

“Where are you from?” soalnya.

“Malaysia. Been there before?”

Damien menggaru-garu kepalanya sebelum menggelengkan kepalanya. “Never heard of, where is that place?”

“It’s in Asia.”

Damien senyum. “So, you’re Asian.”

Aku mengangguk pantas.

“I love Asian chicks, they are hot as hell, just like my girl.” Damien melirikkan matanya ke arah teman wanitanya yang sedang ligat menari di samping Ezra. “She’s a bit wild you see, but I assure you she wouldn’t do anything to your partner.” Sambungnya lagi sambil tersenyum.

Aku senyum juga. “I don’t really mind, I know my partner very well,” balasku sambil meneguk minumanku. “So, what are you doing for living?”

Damien juga meneguk minuman beralkoholnya. “Am a lawyer, my girl too. We rent an apartment down there, maybe you and your boyfriend can drop by before you get back to your place.”

“We’ll think about that.” Aku memandang lelaki di hadapanku ini, tidak percaya yang dia dan teman wanitanya yang sedang menari sakan dengan Ezra adalah peguam. Tapi peguam juga manusia, ingin berhibur. “Dance?”

Damien mengangguk. “Sure.”

* * * * * *

No comments: