Tuesday 9 December 2008

ep 6

Kuantan Medical Centre, Pahang.

“Fir darling.. Bangun.. Ezy nak suapkan makan ni..”

Oh. Adakah aku sedang bermimpi? Tiada lagi ‘I, You’ diantara kami. “Er.. Mana Mama?” Aku mencari kelibat Mama yang tidak kelihatan sejak aku mencelikkan mata tadi.

“Oh. Aunty ke Cold Storage. Nak cari apple untuk Fir..” Ezra menuangkan air kedalam gelas dan menyuakannya kepadaku. “Fir minum dulu. Then breakfast. Nak Ezy suapkan?”

Aku tersenyum girang sambil menganggukkan kepala.

“Manja!” ucap Ezra, mencuit hidungku. “Kejap eh. Ezy pegi basuh sudu ni.” Ezra melangkah meninggalkanku, menuju ke bilik air.

Sudah tiga hari aku terlantar di KMC dan selama itu jugalah kakiku ini meronta-ronta ingin ke Megamall yang terletak bersebelahan dengan KMC ini. Ianya walaubagaimanapun ditegah oleh Mama dan Ezra. Eeeeeeeeeeeeeee.

Ezra kembali sambil menghadiahkanku senyuman manisnya. “Kita makan ye.”

“Ezy dah makan?” soalku sambil mulutku mengunyah roti bakar yang disediakan oleh pihak hospital. “Tak sedap!”

Ezra senyum melihat telatahku. “Ezy makan kat Alif tadi. Nanti Fir dah sihat, kita makan kat Secret Recipe, ya.” Janji Ezra padaku. Oh. Secret Recipe! Sedap sedap! “Now, Fir habiskan roti ni.”

Aku menggeleng. Roti bakar itu liat.

“Baby.. Sikit lagi ni..”

Aku menggeleng lagi.

“Baby ni.. Nanti tak sihat, macam mana nak keluar? Macam mana nak makan kat Secret Recipe?”

“Nak Frappucino Starbucks.”

Ezra mengangkat kening lalu tersenyum. “Nak Frappucino, habiskan roti ni dulu. Kalau tak, Ezy tak beli.”

Pantas mulutku menyambar roti bakar di tangan Ezra. Walau seliat mana pun,aku usaha untuk menghabiskannya. Dahiku berkerut sambil mengunyah roti itu.

“Good boy..” ucap Ezra sambil mengusap-usap rambutku, lalu mengucup pipiku. “Baby tunggu kejap eh. Ezy pegi Starbucks.”

Aku mengangguk. “Hati-hati eh Ezy..”

Ezra tersenyum lalu meninggalkan bilik rawatanku.
* *
“Doktor, bila Fir boleh keluar?”

Dr. Badri merenungku sambil tersenyum. Ezra yang duduk di sudut bilik kelihatannya tidak senang duduk melihatkan renungan yang diberikan oleh Dr. Badri itu.

“Fir nak keluar bila?”

Aku melemparkan pandanganku pada Mama dan Ezra. “Er.. Hari ni, boleh?”

Dr. Badri tersenyum lagi. “Sekarang pun boleh!”

Mama kelihatannya gembira mendengar kata-kata yang terucap di bibir Dr.Badri yang boleh tahan kacaknya itu. Oh. Maksudku, nombor dua selepas Ezra-lah. “Iya ke ni Doctor?”

“Iya Aunty. Em. Tapi dah ada orang bayarkan bill-nya.”

“Siapa?” soalku dan Mama, serentak. Ezra hanya diam di sudut bilik. Matanya melirik kepadaku, penuh makna.

“Maaf Aunty, saya sendiri kurang pasti,”kata Dr. Badri sambil menjongketkan bahunya. “Saya keluar dulu ya Aunty. Er.. By the way, Fir kena datang untuk pemeriksaan tetap dua kali sebulan. Boleh?”

Mama memandangku. Ezra juga begitu.

“Er.. Fir study kat KL.. Macam mana Doctor?”

Dr. Badri menggaru-garu kepalanya. Gatal mungkin.

“Takpe, Ezy hantarkan.” Ezra akhirnya bersuara.

Aku tersengih. Tu dia. Hero sudah bersuara.

“Tak susahkan Ezy ke?” Mama bersuara.

Ezra juga tersengih. “Ezy lagi suka datang sini, duduk umah Aunty..”

Aku lega mendengar jawapan Ezra itu. Ah. Sudah berkali-kali dia berkata yang dia suka datang ke sini. Er. Entah apa yang disukanya tentang tempat ini.

“Jom pack barang! Balik!” laungku. Yay! Balik!
* * * * * * * * * * *
Starbucks, Mesra Mall.

“Ape kau nak?” soal Zara, kasar.

Aku melemparkan pandanganku ke Lisa disebelahku. Dia ralit dengan telefon bimbitnya. Entah dengar atau tak soalan yang diajukan Zara padaku. “Er.. I just wanna talk to you.”

Zara tersenyum mengejek. “Apa dia?”

“Er.. Kenapa kita jadi macam ni?”

Zara senyum lagi. Sinis dan menyakitkan hati. “Kau tau jawapannya.”

“Sebab kau ada kawan-kawan baru yang lebih kau sayang dari aku?”

“Oh. Come on Zafir! Jangan salahkan aku. Kau yang menjarakkan diri dari aku. Kau terlalu asyik dengan boyfriend kau tu. Bukan aku tak tau, kau dah pindah duduk dengan dia kat Mont Kiara kan?”

Tersentak aku mendengar bidasan Zara itu. “Er. Jangan heret Ezra dalam masalah kita Zara.”

Lisa hanya menjadi pendengar setia kami.

“So jangan libatkan kawan-kawan aku!” Zara hilang sabar. Ah.

Aku mengukirkan senyuman sinis pada Zara. “Ah. Kau tau kan kita tengah krisis, tapi kau tetap dengan kawan-kawan baru kau kat UTP tu. ‘Oh, I love you guys, thanks fr being there for me. Di saat susah atau senang.’” Aku mengejek ayat yang Zara tulis di dalam blog-nya.

Zara diam.

“Aku tak pernah ada di sisi kau saat susah dan senang, kan?” sindirku lagi. Aku sudah tidak peduli. Segalanya akan ku hamburkan pada perempuan nan seorang ini. “Kau tau tak? Since dari Matrix, apa yang ada kat bibir kau hanyalah kenangan-kenangan kau kat MRSM sana tu. Aku yang terpacak depan kau tiap-tiap hari pun kau buat endah tak endah je.” Aku menggelengkan kepala.

“Er.. Fir. Dah la tu.” Lisa akhirnya bersuara.

Aku mengangkat tanganku. “No, aku belum habis lagi Liz. Then, bila kau keluar Matrix and masuk UTP, kau asyik cakap pasal senior kau. Kau tau tak aku tension dengar semua tu? Kadang-kadang aku fikir, adakah aku ini betul-betul bestfriend kau yang selama ni kau cakap tu? Aku musykil Zara, aku musykil..”

“Kita balik Fir.. “ Lisa pantas menarikku agar bangun.

“Kau fikirkan la Zara, samada tindakan aku berdiam diri ni tepat dengan apa yang kau dah buat pada aku selama ni. Thanks for all those sweet memories we shared together. Itu pun kalau boleh dikatakan sweet. Take care Zara.”
* * * * * * * * * * *
KLCC.

“Er.. Tak cantik!”

“Ni?”

Ezra menggeleng.

“Yang ni macam ok.”

“Tidak, tidak, tidak.”

Aku mengeluh. Penat mencuba segala baju yang berkenan di hatiku, tapi tidak pada Ezra. “Ezy niiii...”

Ezra tersengih. “Kita ke Hugo Boss jap lagi, ok?”

“Alaaaa.. Ezy, masuk ni, dah sepuluh kedai kita masuk, tau? But still, tak beli apa-apa pun...”

Ezra melingkarkan tangannya ke pinggangku. Tidak menghiraukan pandangan orang lain yang memandang sinis pada kami berdua. “Baby darling.. Relaks lah. Macam mana nak jadi isteri mithali kalau tak suka teman husband dia shopping?”

Aku mencebik mendengar kata-kata Ezra yang masih lagi tersengih memandangku. Aku tatap wajah kacukannya yang selama ini menjadi pujaanku. “Penat!”

“Nak Ezy dukung?” Ezra mencuit hidungku.

Aku tersengih. “Tak nak!” Aku meloloskan diri dari pelukan Ezra lalu berlari meninggalkan lelaki itu di belakang.

Dan..

“Adoi!”

“Baby!” Ezra pantas mendapatkanku yang terjelepok di hadapan butik Silvatore Ferragamo itu. “Baby ok?”

“Malu!” aku segera bangun. “Jom balik!”

Ezra tersengih memandangku. “Ye la..”
* * * * * * * * * * *





Wednesday 3 December 2008

ep 5

Paka, Terengganu.

“Sayang, kenapa ni?” soal Ezra, memeluk erat bahuku. “You look unhappy.”

Aku membuang pandanganku ke Laut China Selatan dihadapan kami kemudian merenung ke arah cincin yang tersarung di jariku.

“Kenapa? You tak suka cincin tu?”

Aku pantas menggeleng. “Bukan.. You kenal Zara kan?”

“Zara..?” Ezra memejamkan matanya, cuba mengingati barangkali. “Ahh. Yes, I ingat. Why?”

“Tadi dia texted I. Masa dinner.” Tuturku perlahan. Angin laut menghembus lembut ke wajahku. Lantas aku melentokkan kepalaku ke bahu Ezra. “Dia cakap, I dah banyak berubah. I admit, kiteorang memang dah tak rapat since she ended her program in Matriculation tapi I tak pernah abaikan dia. I texted dia selalu. Cuma I tak dapat la nak call dia cause I masa tu tengah pulun study untuk naikkan balik pointer I and dia sendiri pun takda pulak nak call I. Tapi, entah. Since dia masuk UTP, she had her own bunch of friends which she said she love them so much. And I don’t think she needs me as one of her friends anymore, maka I stopped contact her,” sambungku lagi panjang lebar.

“You jealous dengan kawan-kawan baru dia?” Ezra pantas menduga.

Aku diam. Perlahan-lahan aku menganggukkan kepalaku. “Tapi I malu untuk mengaku.”

Ezra mengusap-usap bahuku. “I tak tau macam mana nak cakap. Em.. Try to talk to her. You pernah cerita kat I tentang this Zara girl, how close both of you, outing sama-sama, makan sama-sama. Ah. And even you pernah menangis depan dia.” Ezra membetulkan kedudukan duduknya. “Try untuk rapatkan balik hubungan korang. Tak payah kesah pasal kawan-kawan baru dia tu.”

“I segan. Rasa macam kiteorang dah tak kenal each other.” Aku meluahkan apa yang aku rasa. Kini aku dan Zara dah tak macam dulu. Adakah aku yang terlalu sensitif atau dia yang memang tidak perlukan aku lagi? Aku mengeluh. “Ezy, kalau you jadi I, you akan move on dengan hidup you sekarang or kembali pada keadaan asal?”

Ezra merenung langit, mencari jawapan di sebalik jutaan bintang yang berkelipan. “Tough question.” Dia ketawa kecil. “I ni jenis yang menghargai apa yang I ada. Kawan adalah harta yang paling berharga, selain dari kekasih dan keluarga. So, I akan jaga apa yang I ada. And I think, in this case, I akan jumpa Zara, talk to her, and try to fix all things back to normal.”

Aku mengangguk-angguk. Adakah aku perlu ketemu dengan Zara? Fikiranku buntu.

“Sayang, I rasa nak beku dah duduk kat sini. Kita balik eh..” Ezra bersuara.

Aku senyum, bersetuju. Aku sendiri sudah menggigil kesejukan di sapa angin malam. “Thanks for your advice just now dear.”
* * * * * * * * * *
Mesra Mall, Terengganu.

Aku melangkah masuk ke dalam Big Apple sambil memimpin tangan Mikael, anak saudaraku. Ezra sudah hilang entah ke mana. “Mana Uncle Ezy?” soalku pada Mikael.

Si kecil itu hanya menjongketkan bahunya. “Hilang,” balasnya mudah. Ah. Mesra Mall bukan besar sangat untuk lelaki itu hilang di dalamnya. “Nak donat Snowy five,” Mikael bersuara lagi.

Aku akur dengan permintaan Mikael, anak kedua Along.“Bagi Snowy 5, Duran-Duran 4 and Mango Tango 3,” kataku pada pelayan yang asyik tersenyum itu. Hanya tiga jenis donat itu sahaja yang menjadi kegemaran keluarga kami. “And bagi mineral water dua. Thanks.”

Sebaik sahaja membayar harganya, aku dan Mikael bergerak menuju ke ruang legar Mesra Mall. Ke mana sahaja Ezra menghilang? Tanganku pantas mendail nombor telefon bimbit Ezra.

“Mana you?” soalku sebaik sahaja Ezra bersuara di hujung talian.

“Toys R Us. Datang la sini.”

Ku lihat Ezra sedang leka membelek alat permainan di dalam kedai permainan itu. “Aih. Sejak bila you jadi budak kecik ni?” aku menegur Ezra sebaik sahaja menghampirinya.

Ezra tersengih. Mikael mula mencapai alat permainan yang berada hampir dengannya. “Nak ni!” Mikael menunjukkan alat permainan kartun bersiri Ben 10 kepadaku dan Ezra.

“Er.. Mik ajak la Papa ngan Mama datang sini..” kataku sambil mengambil alat permainan itu dan meletakkannya kembali ke rak permainan.

Mikael kelihatan kecewa. Ah. Aku sendiri sudah kehabisan wang saku untuk bulan ini, inikan pula membelikan permainan untuk Mikael.

Ezra mengambil kembali alat permainan tersebut. Tersentak aku melihat perbuatan Ezra. “Sayang, takpe. I belikan untuk dia,” ujarnya lalu melangkah pantas ke kaunter pembayaran sambil diikuti Mikael yang tersenyum girang.

“Ini je encik?” tegur gadis yang bertugas di kaunter itu sambil tersenyum. Ezra hanya mengangguk, membalas senyuman gadis itu.

Aku menghampiri Ezra. “Ezy, mahal lah.”

“It’s okay sayang.” Ezra tidak menghiraukan pandangan sinis yang dilemparkan gadis di hadapan kami itu tatkala mendengarkan perkataan ‘sayang’ yang terungkap di bibir Ezra. Dia menghulurkan not RM100 bagi membayar harga alat permainan Mikael.

Mikael menyambut alat permainan tersebut yang dihulurkan oleh Ezra.

“Mik, cakap apa kat Uncle Ezy?”

Mikael tersengih. “Thank you Uncle!” ucap Mikael sambil mengucup pipi Ezra.

“You tak nak anak?” bisik Ezra semasa kami berjalan meninggalkan Mesra Mall dan menuju ke tempat di mana Ezra memarkir keretanya.

Aku ketawa kecil. Anak? “Karut la you ni.” Aku memandang Ezra yang asyik tersengih. “Muda lagi la.”

Ezra mendukung Mikael yang merengek kepenatan. “I nak anak dengan you.”

“Lagi-lagi mengarut.”

“I’m serious. Kita boleh adopt child. I mampu nak jaga you and baby.”

Aku mengeluh.
* * * * * * * * * * *
Paka, Terengganu.

Kepalaku kepeningan. Mataku berat.”Ezy.. Where are you?”

Sepi.

“Mama?”

Sepi lagi. Tubuhku menggigil kesejukan walaupun aku sudah di basahi peluh.

Ku rasa cecair hangat mengalir keluar dari hidungku.

Tiba-tiba kedengaran daun pintu ditolak dan cahaya menerangi ruang kamarku.

“Ya Allah! Zafir! Aunty!”
* * * * * * * * *
Kuantan Medical Centre, Pahang.

“Macam mana keadaan anak saya, Doctor?” soal Mama, risau. “Dia tak apa-apa kan?”

Dr. Badri tersenyum mendengarkan soalan Mama. “Zafir tak apa-apa. Tekanan darah dia tinggi dan saya nasihatkan agar dia bermalam di sini malam ini. Badannya masih lemah. Biar dia berehat di sini untuk sehari dua.”

Mama dan Ezra sama-sama memandangku. Aku hanya mampu melemparkan senyuman hambar pada semua yang ada di dalam ward itu. “Mama, jangan la risau. Fir ok.” Aku mencapai tangan Mama dan menggenggamnya erat. “Thanks Doctor,” ucapku pada Dr. Badri yang berdiri di sisi katilku.

“My pleasure. Now, Zafir rehat ya.” Dr. Badri tersenyum dan melangkah keluar dari ward bersama-sama dengan jururawatnya.

“Risau betul Mama. Sejak bila kena darah tinggi ni?” Mama bersuara. Matanya tidak berkelip memandangku.

Aku memandang Ezra. Ah. Hanya Ezra yang tahu mengenainya. Aku menganggap penyakit ini tidak serius, malah tidak pernah ambil pusing tentangnya, so aku buat tidak tahu tentangnya. “Erm.. Since awal semester hari tu.”

“Dah lama tu!” sampuk Angah yang dari tadi mendiamkan diri. Mama diam. Mungkin tidak menyangka yang anak bongsunya ini akan merahsiakan perkara serius seperti ini. “Kenapa tak cakap dengan kiteorang?” sambung Angah lagi. Dia masih bersandar di dinding ward.

“Fir ingat benda ni tak serius,” balasku pendek.

Mama menggelengkan kepalanya.

“Fir tak nak bebankan Mama dengan masalah Fir. Mama dah banyak masalah lain,” ucapku. Mataku hangat. Mata Mama berkaca. Ah.

Mama mengucup lembut dahiku. “Mama letak anak-anak Mama atas sekali. Anak-anak Mama yang paling penting dalam hidup Mama ni.”

Bicara Mama mengundang suasana emosional di dalam ruang ward itu. Angah memeluk bahu Mama yang sudah mengalirkan air matanya. Ah. Sudah lama aku tidak melihat Mama mengalirkan air mata. Mama seorang wanita yang tabah. Ezra memalingkan tubuhnya, menghadap pemandangan Kuantan yang tersergam indah di tingkap ward.

“Mama, Fir minta maaf sebab tak beritahu Mama tentang ni, tapi percayalah, Fir tak nak susahkan Mama. Lagipun, penyakit ni tak serius!”

Mama mengangguk. “Lain kali, Fir jangan buat macam ni dah, ok? Takut Mama bila tengok muka Fir dah dibasahi darah macam tadi. Mujur Ezy masuk jenguk Fir kat bilik.”

Ezra bergerak ke sisi katil. Dia tersenyum. “Thanks Ezy.” Hanya itu yang mampu terungkap di bibirku.

Ezra mengungkap perkataan ‘I love You’ di bibirnya, hanya ianya tidak terlahir dengan suara, bimbang didengar Mama dan Angah.

Aku senyum, bersyukur mempunyai keluarga dan kekasih seperti mereka.
* * * * * * * * * * *