Tuesday 9 December 2008

ep 6

Kuantan Medical Centre, Pahang.

“Fir darling.. Bangun.. Ezy nak suapkan makan ni..”

Oh. Adakah aku sedang bermimpi? Tiada lagi ‘I, You’ diantara kami. “Er.. Mana Mama?” Aku mencari kelibat Mama yang tidak kelihatan sejak aku mencelikkan mata tadi.

“Oh. Aunty ke Cold Storage. Nak cari apple untuk Fir..” Ezra menuangkan air kedalam gelas dan menyuakannya kepadaku. “Fir minum dulu. Then breakfast. Nak Ezy suapkan?”

Aku tersenyum girang sambil menganggukkan kepala.

“Manja!” ucap Ezra, mencuit hidungku. “Kejap eh. Ezy pegi basuh sudu ni.” Ezra melangkah meninggalkanku, menuju ke bilik air.

Sudah tiga hari aku terlantar di KMC dan selama itu jugalah kakiku ini meronta-ronta ingin ke Megamall yang terletak bersebelahan dengan KMC ini. Ianya walaubagaimanapun ditegah oleh Mama dan Ezra. Eeeeeeeeeeeeeee.

Ezra kembali sambil menghadiahkanku senyuman manisnya. “Kita makan ye.”

“Ezy dah makan?” soalku sambil mulutku mengunyah roti bakar yang disediakan oleh pihak hospital. “Tak sedap!”

Ezra senyum melihat telatahku. “Ezy makan kat Alif tadi. Nanti Fir dah sihat, kita makan kat Secret Recipe, ya.” Janji Ezra padaku. Oh. Secret Recipe! Sedap sedap! “Now, Fir habiskan roti ni.”

Aku menggeleng. Roti bakar itu liat.

“Baby.. Sikit lagi ni..”

Aku menggeleng lagi.

“Baby ni.. Nanti tak sihat, macam mana nak keluar? Macam mana nak makan kat Secret Recipe?”

“Nak Frappucino Starbucks.”

Ezra mengangkat kening lalu tersenyum. “Nak Frappucino, habiskan roti ni dulu. Kalau tak, Ezy tak beli.”

Pantas mulutku menyambar roti bakar di tangan Ezra. Walau seliat mana pun,aku usaha untuk menghabiskannya. Dahiku berkerut sambil mengunyah roti itu.

“Good boy..” ucap Ezra sambil mengusap-usap rambutku, lalu mengucup pipiku. “Baby tunggu kejap eh. Ezy pegi Starbucks.”

Aku mengangguk. “Hati-hati eh Ezy..”

Ezra tersenyum lalu meninggalkan bilik rawatanku.
* *
“Doktor, bila Fir boleh keluar?”

Dr. Badri merenungku sambil tersenyum. Ezra yang duduk di sudut bilik kelihatannya tidak senang duduk melihatkan renungan yang diberikan oleh Dr. Badri itu.

“Fir nak keluar bila?”

Aku melemparkan pandanganku pada Mama dan Ezra. “Er.. Hari ni, boleh?”

Dr. Badri tersenyum lagi. “Sekarang pun boleh!”

Mama kelihatannya gembira mendengar kata-kata yang terucap di bibir Dr.Badri yang boleh tahan kacaknya itu. Oh. Maksudku, nombor dua selepas Ezra-lah. “Iya ke ni Doctor?”

“Iya Aunty. Em. Tapi dah ada orang bayarkan bill-nya.”

“Siapa?” soalku dan Mama, serentak. Ezra hanya diam di sudut bilik. Matanya melirik kepadaku, penuh makna.

“Maaf Aunty, saya sendiri kurang pasti,”kata Dr. Badri sambil menjongketkan bahunya. “Saya keluar dulu ya Aunty. Er.. By the way, Fir kena datang untuk pemeriksaan tetap dua kali sebulan. Boleh?”

Mama memandangku. Ezra juga begitu.

“Er.. Fir study kat KL.. Macam mana Doctor?”

Dr. Badri menggaru-garu kepalanya. Gatal mungkin.

“Takpe, Ezy hantarkan.” Ezra akhirnya bersuara.

Aku tersengih. Tu dia. Hero sudah bersuara.

“Tak susahkan Ezy ke?” Mama bersuara.

Ezra juga tersengih. “Ezy lagi suka datang sini, duduk umah Aunty..”

Aku lega mendengar jawapan Ezra itu. Ah. Sudah berkali-kali dia berkata yang dia suka datang ke sini. Er. Entah apa yang disukanya tentang tempat ini.

“Jom pack barang! Balik!” laungku. Yay! Balik!
* * * * * * * * * * *
Starbucks, Mesra Mall.

“Ape kau nak?” soal Zara, kasar.

Aku melemparkan pandanganku ke Lisa disebelahku. Dia ralit dengan telefon bimbitnya. Entah dengar atau tak soalan yang diajukan Zara padaku. “Er.. I just wanna talk to you.”

Zara tersenyum mengejek. “Apa dia?”

“Er.. Kenapa kita jadi macam ni?”

Zara senyum lagi. Sinis dan menyakitkan hati. “Kau tau jawapannya.”

“Sebab kau ada kawan-kawan baru yang lebih kau sayang dari aku?”

“Oh. Come on Zafir! Jangan salahkan aku. Kau yang menjarakkan diri dari aku. Kau terlalu asyik dengan boyfriend kau tu. Bukan aku tak tau, kau dah pindah duduk dengan dia kat Mont Kiara kan?”

Tersentak aku mendengar bidasan Zara itu. “Er. Jangan heret Ezra dalam masalah kita Zara.”

Lisa hanya menjadi pendengar setia kami.

“So jangan libatkan kawan-kawan aku!” Zara hilang sabar. Ah.

Aku mengukirkan senyuman sinis pada Zara. “Ah. Kau tau kan kita tengah krisis, tapi kau tetap dengan kawan-kawan baru kau kat UTP tu. ‘Oh, I love you guys, thanks fr being there for me. Di saat susah atau senang.’” Aku mengejek ayat yang Zara tulis di dalam blog-nya.

Zara diam.

“Aku tak pernah ada di sisi kau saat susah dan senang, kan?” sindirku lagi. Aku sudah tidak peduli. Segalanya akan ku hamburkan pada perempuan nan seorang ini. “Kau tau tak? Since dari Matrix, apa yang ada kat bibir kau hanyalah kenangan-kenangan kau kat MRSM sana tu. Aku yang terpacak depan kau tiap-tiap hari pun kau buat endah tak endah je.” Aku menggelengkan kepala.

“Er.. Fir. Dah la tu.” Lisa akhirnya bersuara.

Aku mengangkat tanganku. “No, aku belum habis lagi Liz. Then, bila kau keluar Matrix and masuk UTP, kau asyik cakap pasal senior kau. Kau tau tak aku tension dengar semua tu? Kadang-kadang aku fikir, adakah aku ini betul-betul bestfriend kau yang selama ni kau cakap tu? Aku musykil Zara, aku musykil..”

“Kita balik Fir.. “ Lisa pantas menarikku agar bangun.

“Kau fikirkan la Zara, samada tindakan aku berdiam diri ni tepat dengan apa yang kau dah buat pada aku selama ni. Thanks for all those sweet memories we shared together. Itu pun kalau boleh dikatakan sweet. Take care Zara.”
* * * * * * * * * * *
KLCC.

“Er.. Tak cantik!”

“Ni?”

Ezra menggeleng.

“Yang ni macam ok.”

“Tidak, tidak, tidak.”

Aku mengeluh. Penat mencuba segala baju yang berkenan di hatiku, tapi tidak pada Ezra. “Ezy niiii...”

Ezra tersengih. “Kita ke Hugo Boss jap lagi, ok?”

“Alaaaa.. Ezy, masuk ni, dah sepuluh kedai kita masuk, tau? But still, tak beli apa-apa pun...”

Ezra melingkarkan tangannya ke pinggangku. Tidak menghiraukan pandangan orang lain yang memandang sinis pada kami berdua. “Baby darling.. Relaks lah. Macam mana nak jadi isteri mithali kalau tak suka teman husband dia shopping?”

Aku mencebik mendengar kata-kata Ezra yang masih lagi tersengih memandangku. Aku tatap wajah kacukannya yang selama ini menjadi pujaanku. “Penat!”

“Nak Ezy dukung?” Ezra mencuit hidungku.

Aku tersengih. “Tak nak!” Aku meloloskan diri dari pelukan Ezra lalu berlari meninggalkan lelaki itu di belakang.

Dan..

“Adoi!”

“Baby!” Ezra pantas mendapatkanku yang terjelepok di hadapan butik Silvatore Ferragamo itu. “Baby ok?”

“Malu!” aku segera bangun. “Jom balik!”

Ezra tersengih memandangku. “Ye la..”
* * * * * * * * * * *





No comments: