Saturday 28 November 2009

ep 17

Hilton, Kuala Lumpur.

Ezra diam. Sesekali dia memuncungkan mulutnya sambil menggosok-gosok janggut nipisnya.

“Apa lagi yang tak kena dengan pelamin tu?” soalku. “Fir dah buat sikit punya cantik tau.”

Ezra tersengih. “Sikit je cantik?”

Aku pantas menghadiahkan lelaki itu satu cubitan di lengan sasanya.

“Okay-okay, cantik sangat. Cuma Abang rasa, red roses kena bagi banyak lagi lah, letak kat tepi pelamin tu. Bunga sabun dari Along dah sampai?”

Aku mengangguk. “Dah, Fir atur kat tepi sana, senang nak bagi kat guests. Yang untuk decorate atas meja makan, Fir dah suruh Frida uruskan.”

“Yang dekat Masjid Wilayah, macam mana?”

Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. “Almost perfect. Pagi-pagi esok Fir akan ke sana untuk finalize kan segala benda.”

“Great. Seems like this wedding is going to be Wedding of the Year, huh?”

“Wait and see.” Aku merebahkan kepalaku ke bahu Ezra. “Abang tak kesah ke terpaksa tolong Fir dengan segala benda ni?”

“Baby, kan Abang dah kata dulu, Abang tolong setakat yang mampu je.”

Aku senyum mendengarkan jawapan Ezra. Mataku asyik memerhatikan pekerja-pekerja bawahanku melaksanakan tugas masing-masing. Malam esok adalah malam kemuncak kepada segala usahaku selama tiga bulan ini semenjak menerajui Eternal Event Management Holdings.

“I’m sure Abang Im and Angah will be proud of you, sayang.”

Aku sengih. “Then, Abang tak bangga?”

Ezra memeluk erat bahuku. “Abang sentiasa bangga dengan apa sahaja yang Fir buat. Kalau Fir keje jadi tukang sapu kat Eternal pun Abang bangga tau!”

Aku mencebik.

“Alalala, Baby bushuk Abang ni..” Dia menguatkan lagi pelukannya. “Fir mesti dah penat, kan? Fir pergi lah naik dulu, rehat. Biar Frida yang uruskan segalanya kat sini.”

Aku memandang lelaki disebelahku itu. “Abang tak naik sekali?”

Ezra menggeleng. “Abang kena pergi office kejap. Ada kerja sikit. Malam nanti kita dinner sama, okay?”

“Okay. Fir naik dulu ye Abang.” Aku melangkah meninggalkan Royal Ballroom itu selepas Ezra mengucup lembut dahiku.

* *

Ezra menumbuk meja kerjanya. “Gregg, apa bangang sangat orang-orang ko ni hah? Aku suruh buat benda senang pun, boleh kantoi, ape cerita ni?”

Gregg melepaskan keluhan berat. Dia kelu untuk berkata-kata. Entah dimana silapnya sehingga Syamsul boleh terperangkap dalam jerat polis.

“Wan, ko panggil Darren!” Salah seorang dari dua lelaki bertubuh tegap yang berdiri di sisi Ezra akur dengan arahan Ezra.

“Boss?” Darren muncul di muka pintu ruang pejabat Ezra.

Ezra senyum memandang Darren. “Darren, ko kenal Syamsul, kan?”

Darren mengangguk sambil mengukirkan senyuman evil-nya itu.

“Syamsul sekarang kat mana Gregg?” soal Ezra.

“Er..” Gregg memandang sekeliling. Kalau tidak diberitahu, dia memang sengaja mencari nahas. Kalau diberitahu, nyawa Syamsul adalah dalam bahaya. Serba salah jadinya.

“Bodoh! Takkan ko tak tau mana orang ko kena tahan?!” herdik Ezra. Wan dengan segera mencengkam leher Gregg.

“Balai Polis.. Brickfields..” balas Gregg.

Ezra senyum. “Darren, ko buatlah apa saja untuk Syamsul tutup mulut dia.”

Darren mengangguk lalu melangkah keluar dari situ.

“Wan, lepaskan dia,” arah Ezra kepada pengawal peribadinya itu yang segera meleraikan cengkaman di leher Gregg. “Gregg, aku sayang hubungan perniagaan kita ni. Ko tau kan aku dah banyak invest dalam business ni.”

Gregg tidak berani melawan renungan tajam yang diberikan Ezra kepadanya.

“And ko tau kan, aku bencikan kesilapan? Aku sukakan kesempurnaan dalam segala benda. Termasuklah dalam penghantaran ‘ice’ ni.”

Gregg segera mengangkat muka. “Aku mintak maaf Ezra! Aku janji perkara ni takkan berulang lagi!”

Ezra ketawa. “Maaf?” Dia mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam laci meja kerjanya lalu memasangkan silencer padanya. “Aku maafkan ko, tapi ko dah menyebabkan segala kegiatan sampingan aku ni hampir terbongkar!”

“EZRA! Tolonglah! Aku merayu pada kau, aku ada family!” Gregg melutut di kaki Ezra tetapi Wan dan Cham pantas memegangnya.

“Family? Aku pun ada family la, bodoh!”

“Ezra, please..”

Ezra senyum.

BAM!

* *

“Baby..?”

Aku tersenyum memandang Ezra yang sedang menutup pintu kamar penginapan kami. “Abang dah balik?”

Dia mengangguk sambil membalas senyumanku. “Kenapa tak tido lagi ni?” Jam di skrin laptopku sudah menunjukkan jam 11.30 malam. Dia melabuhkan punggung di sebelahku di atas sofa empuk ini lalu memeluk erat bahuku.

“Fir tunggu Abang. Kan kita janji nak dinner sama-sama.”

Ezra menepuk dahi. “Ya Allah. Baby, Abang mintak maaf sangat-sangat. Abang betul-betul lupa! Kenapa Fir tak call Abang? Ingatkan Abang..”

Aku senyum. “Takpe.. Kerja Abang banyak tergendala sebab asyik tolong Fir dengan persiapan wedding Angah ni, so Fir tak nak la kacau Abang masa Abang tengah buat kerja.” Aku kini sudah belajar untuk menerima segala hal dengan hati yang terbuka. Aku tidak mahu peristiwa yang berlaku terhadap kami berdua hampir dua tahun yang lalu berulang lagi. “Kerja Abang dah siap?”

Ezra mengangguk sambil tersenyum. “Thanks Baby sebab faham keadaan Abang.”

“Itu kan tanggungjawab Fir. Dah, Abang pergi mandi dulu, okay? Masam lah!”

“Oh, pandai dia ye. Abang ni masam lah segala.” Ezra pantas mendukung aku ke dalam dakapannya dan menghumbankan aku ke atas katil.

“Abanggggggggggggggggg!!” Jeritku tetapi aku tewas dalam pelukan dan belaian Ezra.

* * * * *

Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

“AMIN!”

Lega! Akhirnya Angah dan Abang Imran telah selamat dinikahkan.

“Congrats sis.” Ucapku sambil memeluk kakakku itu.

“Abang, jaga my sister elok-elok tau.” Abang Imran ketawa kecil mendengarkan pesananku. “Treat her like a princess.”

Aku melemparkan pandanganku ke arah Ezra yang sedang berdiri tidak jauh dariku. Dia sedang tersenyum ke arahku, dia menggamitku agar datang kepadanya.

“What a beautiful decorations, sayang.” Ucap Ezra sambil memelukku di perkarangan masjid.

Tersipu-sipu malu aku dibuatnya. Percubaan pertamaku sebagai pengurus acara dan perancang perkahwinan nampaknya membuahkan hasil. “Well, thanks. Tapi Fir belum berjaya sepenuhnya. Malam ni, itu yang akan menentukan segalanya.”

Ezra mengangguk tanda setuju. “Mana Mikael dengan Iman?”

“Tadi nampak ada dengan Abang Rizal.” Mataku meliar mencari kelibat kedua-dua anak saudaraku itu. “Kenapa?”

“Rindu nak dukung dieorang!”

“Macam Fir tak rindu je nak dukung dieorang, kan?” Aku mencebik.

“Bila la kita ni nak ada Baby sendiri eh?” bisik Ezra tatkala kami melewati beberapa tetamu yang hadir. “Abang teringin nak jadi Papa.”

Aku senyum mendengarkan kata-kata Ezra itu. “Kalau kita ada Baby, sapa yang nak jaga? Kita dua-dua kerja.”

“La.. Kita tinggal la kat Mama, takdelah Mama sunyi sangat kat rumah tu.”

“Hish. Abang ni. Kesian la Mama nak kena mengasuh cucu pulak.” Aku membelek-belek kad jemputan majlis yang aku pegang sedari tadi lagi. “Yang Abang tiba-tiba cakap pasal Baby ni, kenapa?”

Ezra senyum. “Er.. Actually, Abang dah survey budak-budak kat rumah anak yatim..”

Aku menepuk dahi.

“Ala.. Abang pergi survey je dulu. Tengok-tengok mana yang sesuai dijadikan anak angkat.” Ezra senyum lagi. “Fir tak suka ke?”

“Fir bukan tak suka. Tapi, Fir baru je start kerja, Abang..”

“Abang janji, kalau kita adopt anak angkat, dia takkan susahkan Fir.”

Aku mengeluh. “Bukan macam tu maksud Fir. Fir nak concentrate pada kerja, nak kukuhkan nama dalam bidang ni dulu. Abang faham kan?”

Ezra memeluk bahuku sambil menganggukkan kepalanya. Dia kelihatannya kecewa. Serba salah aku dibuatnya. Membela anak angkat bukannya mudah. Tetapi sudah acap kali Ezra berbicara mengenai anak denganku yang tidak boleh beranak ini. Dia nampaknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ayah. Tetapi aku?

“Abang nak anak lelaki ke perempuan?”

Serta merta kegembiraan jelas terpancar di wajah Ezra. “Are you serious, sayang?”

Aku mengangguk.

* * * * *