Sunday 10 January 2010

ep 26

Eternal Holdings, Kuala Lumpur.

Fiona geram. Dia isteri Ezra yang sah, kenapa Ezra perlu mengikut kehendak orang luar seperti Zafir yang langsung tidak ada kena mengena dengan keluarga Tengku Farith itu? Dia juga pelik kenapa Ezra benar-benar mengambil berat akan Zafir, dia yang teruk dimaki hamun tatkala Zafir menghilangkan diri, malah hampir-hampir penampar Ezra hinggap di pipi gebunya.

“Abang..”

“Hm..” Jawab Ezra endah tak endah. “Aku busy sekarang ni.”

“Fiona nak pergi lunch, Abang nak pergi sama?”

Ezra menggeleng. Dia berpura-pura memeriksa fail yang ada di hadapannya. “Aku ada lunch appointment dengan client kat tempat lain.”

Fiona pelik, seingatnya, Ezra tidak mempunyai temu janji hari ini. Tetapi dia tidak mahu bertanya lebih lanjut, takut akan menaikkan angin Ezra. “Kalau macam tu, Fiona pergi dululah.”

Dia baru hendak melangkah pergi dari pejabat suaminya sebelum Ezra bersuara lagi. “Ko nak makan kat mana? Sebelum aku pergi lunch dengan client, aku singgah kat ko dulu.” Fiona senyum mendengarkan kata-kata suaminya itu. “Aku tak nak la orang kata Tengku Ezra ni abaikan bini dia.”

Ezra masih tidak memandang wajahnya.

“Fiona makan kat KLCC, Secret Recipe,” balas Fiona.

Ezra diam, tidak membalas apa-apa. Melihatkan Ezra yang tidak memberikan sebarang reaksi, Fiona meneruskan langkahnya.

*

KLCC.

“Abang tak bahagia ke dengan Fi?”

Ezra menjungkitkan bahu. Tangannya ligat membalas pesanan ringkas dari Zafir. ‘Jap lagi Abang sampai, okay? Abang ambik sayang kat sana.’

“Abang dengar tak apa Fi cakap ni?”

Ezra mendengus. “Aku dengar. Kita baru je kawen, aku masih tak pasti tentang perasaan aku pada ko.” Dia memandang tepat ke mata Fiona. “Fiona, dengar sini.” Ezra mendekatkan wajahnya ke wajah Fiona. “Aku tak rasa kita ada masa depan. Terus terang aku cakap dengan ko, aku dah ada someone yang aku betul-betul cinta. And it’s not you, of course.”

Ia menjawab segala sikap dingin Ezra terhadapnya selama ini. “Siapa dia, Bang?”

“Ko tak perlu tahu. Dah la, aku dah lewat untuk lunch appointment aku.” Ezra bangun dari tempat duduknya. “Nah,” Ezra menghulurkan sekeping not RM100 kepadanya.

Fiona menyambutnya. “Terima kasih, Abang..” ucap Fiona perlahan.

“Hm.” Ezra meninggalkannya termangu-mangu di situ berseorangan.

Air mata Fiona menitik.

* * * *

Eternal Holdings, Kuala Lumpur.

“Who are you to enter his room sesuka hati ni?” Fiona pantas berdiri dihadapan pintu pejabat Ezra tatkala melihat langkahku laju ingin masuk ke bilik Ezra.

Aku mengangkat kening. “Eh, sebelum ni Fir bebas je keluar masuk bilik Ezra? Kenapa pulak tiba-tiba hari ni Akak nak halang? Buang tabiat?”

“Amboi amboi amboi..” Fiona bercekak pinggang. “Aku yang jadi bini dia ni pun takleh masuk sesuka hati. Kamu tu lagilah, takda ikatan apa-apa pun,” katanya sinis.

Kalaulah dihadapanku terdapat sebakul cili api, sudah pasti mulut perempuan ini aku sumbat dengan cili sehingga termuntah. “Itu kat rumah. Ini pejabat. Kalau kat pejabat, Akak tu secretary dia je. Faham?”

Terkedu Fiona dibuatnya. “Er..”

“Tepi sikit, Fir nak masuk lah. Fir nak discuss pasal projek.”

Fiona tetap tidak berganjak dari hadapan pintu pejabat Ezra. “Projek apa? Aku tak tau apa-apa pun pasal projek antara Operation Department dengan Eternal Events?”

Aku mendengus kasar. “Akak ni kenapa? Takkan semua benda nak kena bagitau Akak?”

“Pokok pangkalnya, kamu tak boleh masuk ke pejabat Ezra macam tu saja.”

Aku menepuk dahi. “Habis tu, takkan nak kena buat appointment jugak?”

“Itu mesti. Ezra sibuk, dia banyak benda lain yang lebih penting.”

Darahku semakin mendidih, para pekerja lain di Jabatan Operasi melihat ‘drama minggu ini’ secara percuma. “EZRA!!!!!!” jeritku di luar kamar pejabatnya.

Serta-merta pintu pejabat Ezra dibuka dari dalam. “Fir! Kenapa ni?” Merah padam muka Ezra menahan malu.

“Secretary you ni, buat hal pulak dengan I. Sejak bila ahli lembaga pengarah kena buat appointment untuk buat discussion dengan you?”

“Fiona, apa ni?!” bergetar suara Ezra menahan marah.

“Er.. Fi just buat kerja Fi, Bang..”

“Boss.” Ezra membetulkan kata-kata Fiona.

“Maaf Boss..” perlahan sekali suara Fiona.

“Fir, you masuk dulu.” Dia menolak lembut tubuhku masuk ke dalam bilik pejabatnya. “I nak ‘sembang’ sekejap dengan Fiona.”

“Tapi-!”

Ezra memberiku isyarat mata, menegaskan untuk aku masuk. Aku ingin dengar apa yang Ezra akan katakan kepada Fiona, tetapi hajatku tidak kesampaian. Aku mengeluh sebelum melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam pejabatnya, Ezra menarik pintu untuk tertutup rapat.

Aku merebahkan tubuh ke sofa empuk itu. Ah, kenapa lah aku berteriak di luar itu tadi? Sudah pasti ia akan menjadi buah mulut pekerja. ‘Zafir melalak kat luar bilik Tengku Ezra!’.

Ah, persetankan apa orang nak kata, bukan aku hidup atas hasil mereka selama ini, bukan mereka yang memberi aku makan.

Pintu kayu di sebelahku terkuak, Ezra melangkah masuk lalu terus menghenyakkan punggungnya di sebelahku. Dia melepaskan keluhan berat sambil melingkarkan tangannya di bahuku. “Sorry sayang..”

Aku melentokkan kepala ke dada Ezra. “Sorry untuk apa ni Abang?”

Ezra mengusap lembut rambutku. “Fiona anti betol dengan Fir. Abang tak dapat terima orang yang bencikan sayang Abang ni..” Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.

“Abang nak call sapa?”

“Mama,” balasnya ringkas. “Hello, Mama. Hm. No, takda apa-apa masalah pun. Ezy ingat nak promote Fiona ke jawatan Consultant kat Eternal Tech.” Ezra diam seketika, mungkin mendengar pendapat dari Mama Marissa. “Bukan pasal Zafir, Ma..”

Aku mengangkat muka, bertentang mata dengan Ezra. Ezra mengangkat tangan meminta aku bersabar.

“She hates Zafir, I don’t know why. Tak-tak, dia tak tau pasal kiteorang pun Ma..” Ezra diam lagi. “Hm.. Okay, thanks Ma. Love you,” sambung Ezra lalu menamatkan talian. Ezra menarik aku kedalam dakapannya. “From next week, Fir takkan bertengkar lagi dengan dia.” Ezra senyum.

“Maksud Abang?”

“Mama setuju dengan cadangan Abang. Abang nak pindahkan dia ke Eternal Tech.”

“Eternal Tech kan kat JB?”

Ezra mengangguk. “Habis tu?”

“Nak ke dia?”

Ezra sengih. “Dia nak ke, tak nak ke, Abang paksa jugak dia pergi.”

“Kan Andre dah kat sana untuk post Consultant tu?”

“Abang tarik Andre balik sini. Kesian tengok Farid dok bersedih je pas Andre kena pindah ke JB.”

Aku senyum, bersetuju dengan idea Ezra. Andre sengaja dijadikan alasan untuk memindahkan Fiona ke sana. “Mama tak kesah ke menantu dia tu ke JB?”

“Mula-mula dia bising gak. Tapi dia kata dari Fiona and Fir bermusuh, baik hantar salah seorang ke sana. Tapi takkan la Abang nak hantar sayang Abang ni ke sana kan? So, Mama bersetuju dengan cadangan Abang tu.” Ezra mengucup lembut pipiku.

“Boleh la Fir bebas keluar masuk office Abang kan lepas ni?”

“Of course, sayang.. Takda sapa yang akan halang sayang dah..”

Ezra mengucup bibirku, lama.

* * * * * *

Muar, Johor.

“Kamu ni biar betul, Fiona?”

Fiona hanya mengangguk perlahan. “Fiona tak tipu, Mak.. Fiona nampak dengan mata Fiona sendiri. Ezra berpelukan dengan budak Zafir tu.”

“La, Zafir tu kan adik ipar si Imran, lagipun dieorang tu lelaki, kalau peluk-peluk bahu pun apa salahnya?”

“Mak ni. Bukan peluk-peluk biasa, dah lain macam Fiona nampak..”

Gayah menggelengkan kepalanya, antara percaya dengan tidak percaya dengan kata-kata anak bongsunya itu.

“Mak tak percayakan Fiona?”

Gayah mengeluh. “Jangan buat tuduhan melulu, Fiona. Kamu tu baru je kahwin. Hutang kahwin kamu pun Mak dengan Abah tak habis bayar lagi tau.”

Fiona mencebik. “Nanti Fiona mintak Ezra bayarkan.”

Pantas Gayah menggeleng lagi. “Jangannnn. Malu la Mak dengan Abah, Fiona oi.. Dah la kami paksa dia kahwin dengan kamu. Kamu jangan buat benda bukan-bukan Fiona.”

“La.. Dia kan menantu Mak dengan Abah jugak, apa salahnya?”

“Sudah la, Mak dah kata tak payah,” kata Gayah tegas sebelum berlalu pergi meninggalkan anaknya itu.

Fiona kecewa, ibunya seolah-olah tidak mempercayai kata-katanya. Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri Ezra mesra memeluk Zafir yang melentokkan kepalanya ke bahu Ezra sedangkan Ezra langsung tidak pernah menyentuhnya.

Jijik sangatkah Ezra kepada dirinya? Jika dibandingkan hubungan mereka sebelum perkahwinan itu berlaku, Fiona dan Ezra sangat akrab hinggakan Fiona menyangkakan yang Ezra menyukai dirinya sehinggakan dia fikir Ezra dengan senang hati menerima pernikahan mereka. Tetapi ternyata, sangkaannya meleset sama sekali. Ezra sudah mempunyai seseorang yang istimewa di hatinya walaupun Fiona tidak tahu siapakah orang yang dimaksudkan Ezra itu.

“Fiona akan cari siapa orang yang menjadi pujaan hati Abang.. Fiona sumpah..” bisik Fiona di dalam hatinya.

* * * *

Teratak Bonda, Bukit Tunku.

“Aku nak ko pindah ke rumah sewa lama aku kat Bangsar. Nanti aku bagi alamat rumah tu,” ucap Ezra kepada Fiona yang sedang membetulkan anting-antingnya. “Kalau boleh, esok.”

Bulat mata Fiona memandang suaminya.

“Apa?”

“Rumah sewa lama Abang kat Bangsar?”

“You heard me,” balas Ezra, matanya kembali tertancap pada buku yang sedang dibacanya.

Fiona tidak puas hati. “Habis tu, Abang tinggal senang-lenang kat rumah ni?”

Ezra hanya mengangguk. “Ini rumah keluarga aku, suka hati aku lah.”

“Mana boleh!” bentak Fiona. Kenapa Ezra mengambil keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu?

Ezra mengangkat muka. “Ko tak puas hati?”

“Tak!”

Ezra senyum. “Satu lagi, start dari Isnin depan, ko akan dinaikkan pangkat sebagai Consultant di Eternal Technology.”

“Fiona takkan terima.”

Ezra bangun dari kerusi yang didudukinya sejak selesai menunaikan solat Maghrib tadi. Dia harus mengeluarkan Fiona segera dari banglo ini, kerana Zafir berkeras tidak mahu pulang ke rumah ini selagi Fiona masih berada di sini. “Andre diserapkan ke Eternal Events, so Consultant kat Eternal Tech kosong. Kalau ko tak nak terima, maka aku suggest ko resign. Eternal Holdings tak perlukan pekerja yang tak sanggup beri komitmen,” kata Ezra dingin.

Fiona diam.

“Macam mana?”

“Abang, kalau Abang nak tukarkan Fiona ke JB hanya kerana salah faham Fiona dengan Zafir tempoh hari, Fiona minta maaf, Abang..”

Ezra mengangkat kening. “Ini bukan pasal benda tu la Cik Fiona sayang oi. Ini pasal nama baik keluarga ni. Ko nak Mama aku malu ke bila orang kata dia abaikan menantu sendiri sebab menantu dia just jadi setiausaha je?”

“Tapi kenapa Fiona kena pindah ke Bangsar? Apa kaitannya dengan kenaikan pangkat Fiona?”

Ezra senyum lagi, dia sudah menjangka Fiona akan menimbulkan masalah dengan perkara perpindahannya ke rumah lama Ezra di Bangsar itu. “Oh. Kita kawen ni, atas dasar suka sama suka atau pasal mak bapak ko yang ugut nak saman keluarga aku? Aku dah kawen dengan ko ni pun sepatutnya ko dah bersyukur tau tak? Jadi aku nak ko pindah ke Bangsar esok, sebab aku rasa aku perlukan privacy dalam bilik aku sendiri.”

“Atau Abang nak bawak balik Zafir ke sini?” soal Fiona sinis.

“Kalau ya pun, ada masalah ke dengan ko? Dia ahli keluarga ni jugak.”

“Dia cuma adik Diana! Dia bukan apa-apa pun dalam hidup Abang!”

Ezra geram. Dia menghampiri Fiona yang sedang memandang tepat kepadanya. “Yang ko tiba-tiba tarik Zafir masuk dalam hal ni, kenapa? Eh, aku tak faham la dengan ko ni. Kita ni dah la kahwin paksa. Kan aku dah pernah kata sebelum akad nikah dulu, kita cuma suami isteri atas kertas. Yang lain-lain kita buat hal masing-masing je. Tolonglah faham!”

“Tapi Fiona cintakan Abang!”

Wajah tegang Ezra menjadi kendur. “Fiona, aku dah pernah cakap –“

“Ya, Abang dah ada seseorang yang Abang cinta. Tapi kita boleh cuba, Abang..” pujuk Fiona. Dia yakin Ezra akan jatuh ke tangannya perlahan-lahan.

Ezra menjarakkan dirinya dari Fiona yang cuba untuk memegang tangannya. “Tak Fiona. Aku cuma cintakan dia seorang je, takkan ada orang lain yang boleh rampas tempat dia.”

“Tapi siapa dia Abang?” desak Fiona.

“Zafir!”

* * * * *

Eternal Holdings, Kuala Lumpur.

‘PERKAHWINAN PEWARIS ETERNAL HOLDINGS RETAK?’

Pantas Ezra menyelak halaman yang menyiarkan berita tersebut.

‘Perkahwinan diantara pewaris ketiga empayar perniagaan terkenal tanah air, Eternal Holdings, Tengku Kamarul Ezra Tengku Dato’ Farith dengan isterinya, Farisya Fiona Yusof dilaporkan retak menanti belah berikutan terdapat khabar angin yang mengatakan hadirnya orang ketiga diantara mereka. Ini merujuk kepada laporan dari sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan pasangan tersebut tidak lagi tinggal sebumbung..’

Ezra menghempaskan majalah gosip tersebut di atas meja kerjanya. “Julia, panggil Teekay masuk, sekarang!” arah Ezra menerusi interkom kepada pembantu barunya itu lalu meraup wajahnya dengan telapak tangan. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi empuk yang didudukinya.

Dia masih ingat lagi air mata Fiona gugur tatkala Ezra mengakui hubungan cintanya dengan Zafir. Kejamkah dia pada Fiona?

Teekay masuk secara tergesa-gesa. “Kenapa Boss?”

“Ko dah baca magazine bodoh tu?” soal Ezra merujuk kepada majalah yang terdedah di atas mejanya.

Teekay memandang majalah itu sambil menganggukkan kepalanya. “I nak bagitau Boss, tapi takut Boss marah. So I senyap je la..”

“Ko ni punnn.”

“Sorry Boss!”

Ezra diam. Kepalanya pening memikirkan hal ini. Tak habis-habis masalah menimpanya.

“Boss nak I buat press conference?”

Ezra mengangguk. “And panggil Fiona balik KL, a.s.a.p. Aku nak dia hadir ke press conference tu sekali.”

Teekay mengangguk faham. “Is that all, Boss?”

“Yeah. Keluar la..”

*

Mont Kiara, Kuala Lumpur.

“Abang jangan fikir sangat pasal hal ni, okay?” ucapku. Bimbang melihat keadaan Ezra yang terbeban dengan pelbagai masalah itu.

Ezra mengangguk perlahan. “Thanks sayang..” Ezra menggenggam erat tanganku.

Aku senyum. “Kita dah janji, akan hadapi semua masalah bersama-sama, kan?”

“Abang yang cari masalah ni. Sayang tak sepatutnya terlibat dalam hal ni..”

“Dah la Abang. Kita hold dulu masalah ni, okay? Teekay tengah arrange-kan press conference tu, things will get better after that. Now, Abang kena makan. Fir dah masak lauk kegemaran Abang ni.”

Ezra senyum kecil. “Fir masak asam pedas?”

Aku mengangguk pantas.

“Yang macam Mama Fir masak?”

Sekali lagi aku mengangguk. “Abang pergi mandi and solat dulu, okay? Nanti kita makan sama-sama. Fir nak jenguk Camelia dulu.”

Ezra mengucup lembut dahiku sebelum berlalu ke bilik tidur.

*

“Mama jangan risau. Abang Ezy okay, dia baru je tidur..”

Mama Marissa melepaskan keluhan berat di hujung talian. “Mama tak sangka begini jadinya. Mama takut dia tak tahan dengan masalah, dia akan buat benda bodoh.”

Aku ketawa kecil dengan kata-kata Mama Marissa itu. “Mama, takkan la Mama tak yakin dengan anak Mama sendiri? Abang Ezy tu kuat, dia pasti ada jalan macam mana nak selesaikan masalah ni. Lagipun Fir pun dah ambil keputusan, biarlah Fiona kembali ke Eternal HQ and kembali ke rumah Mama..”

“Fir betul-betul ni?”

Aku mengangguk perlahan. “Demi menjaga nama baik keluarga kita, Mama, Fir sanggup..”

“Tapi Mama tak sanggup tengok Fir menderita nanti..”

Aku ketawa lagi, kali ini plastik. “Mama ni.. Ke situ pulak. Takdelah sampai macam tu sekali. At least, Fir masih ada Camelia..”

“Sayang, walau apa pun terjadi antara Ezra dengan Fir, Fir tetap Mama anggap sebagai menantu Mama..”

“Mama ni, jangan la nak emo-emo dengan Fir, nanti Fir nangis karang..”

Giliran Mama Marissa pula ketawa. “Yelah, Mama pun dah sedih dah ni. Tengahari esok Fir ajak Ezy balik lunch kat rumah Mama, ye? Bawak Camelia sekali.”

“Insya-Allah, Mama.”

Klik!

* *