Monday 26 January 2009

ep 9

Teratak Bonda, Bukit Tunku

“Zafir! Datang pun! Masuk lah!”

Aku senyum tatkala pipiku dikucup oleh Aunty Marissa. “Aunty sehat?”

“Alhamdulillah. Macam ni lah. Dah tua.” Aunty Marissa melabuhkan punggung di sebelahku. “Mana Ezy?”

Aku menjungkitkan bahu. “Fir datang sorang je. Awal-awal pagi tadi Ezy dah keluar. Tergesa-gesa, ada hal katanya. Fir malas nak tanya banyak-banyak,” terangku. “Lepas tu, dapat pulak call dari Aunty, terus datang sini.”

“Laa.. Ni dia tau tak Fir datang sini?”

“Fir dah called dia, tapi dia off handphone. So, Fir just texted dia je.”

Aunty Marissa menggelengkan kepalanya.

“Kenapa ni Aunty?”

Aunty Marissa tersenyum, saling tak tumpah seperti Ezra. “Takda apa-apa, Fir.. Fir lunch kat sini, ye? Kita tunggu Abang Nazrin and Abang Imran balik dari office, lepas tu kita lunch sama-sama, ok.”

Aku mengangguk tanda setuju. Aku sendiri sedang kelaparan sekarang. “Aunty masak apa je hari ni? Bau sedap ni..” soalku. Mataku tertancap pada foto keluarga Ezra. Aku masih belum berkesempatan untuk menemui kedua-dua abang kepada Ezra.

“Masak biasa-biasa je Fir. Ayam masak kacang, kari ikan, kailan ikan masin. Aunty masak sorang je, Kak Rosnah balik Taiping, ada hal keluarga..” ujar Aunty Marissa. Dia kelihatan penat. “Fir free tak petang ni?”

Aku pantas mengangguk. “Kenapa Aunty?”. Semua kuliahku pada hari ini dibatalkan. Disebabkan kebosanan ditinggalkan Ezra di kondonya itu, aku memanjangkan langkah ke rumah keluarganya ini.

“Fir teman Aunty shopping, nak? Selalunya Ezy teman, tapi dah dia busy dengan halnya tu, Fir je lah temankan Aunty, boleh?”

Aku senyum. “Fir tak kesah.”
*
Abang Nazrin membantuku di dapur tatkala aku membasuh pinggan sementara Aunty Marissa naik ke tingkat atas untuk solat dan bersiap.

“Er, takpelah Abang, Fir boleh basuh.”

“Hish. Zafir kan tetamu kat rumah ni. Mana boleh. Meh sini pinggan tu. Abang basuhkan.”

Aku akur dengan kata-kata lelaki itu. Perwatakan antara Abang Nazrin dan Abang Imran memang jauh berbeza. Abang Nazrin petah berkata-kata, sama seperti Ezra manakala Abang Imran lebih pendiam. Bukitinya, di meja makan tadi, Abang Imran lebih banyak mendiamkan diri.

“So, Zafir dah lama kenal dengan Ezy?” soal Abang Nazrin sambil tangannya ligat membasuh pinggan-pinggan di dalam siniki.

“Dah dekat dua tahun. Satu course kat Sunway tu,” balasku ringkas. Aku melemparkan pandanganku ke luar jendela dapur banglo. “Dah lewat ni, Abang tak ke office lagi?” soalku sambil mengerling ke arah jam tangan pemberian Ezra di tanganku.

“Sikit lagi ni, kejap lagi Abang pergi lah. Abang tengok, semenjak setahun kebelakangan ni, Ezy semakin happy. Zafir perasan tak? Dia dah ada girlfriend ke?”

Aku diam. Takkan nak bagitahu dia yang aku adalah ‘girlfriend’ Ezra selama ini?

Abang Nazrin senyum. “Abang tau..”

Aku tersentak. Okay, adakah seisi keluarga Ezra tahu tentang kami? Adoi. “Abang tau apa?”

Abang Nazrin menghabiskan basuhannya yang terakhir. Dia tersenyum simpul dan berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga di dapur keseorangan.

Geram!
*
Bukit Bintang

Aunty Marissa leka membelek aksesori di butik Louis Vuittion ini, sesekali bertanyakan pendapat aku tentang pilihannya. Ah, sama seperti perangai Ezra. Cerewet tentang penampilan.

‘Ezy kat mana?’

Entah buat kali ke berapa aku menghantar pesanan ringkas buat Ezra. Malangnya satu pun tidak dibalasnya. Kerisauan maha hebat mula melanda diriku. Dari pagi tadi dia menghilangkan diri.

“Zafir? Zafir OK ke?”

Aku senyum dengan pertanyaan Aunty Marissa itu. Aku mengangguk lemah. Aku tidak rasa aku ada membuat apa-apa kesalahan pada Ezra, tapi kenapa ini yang dilakukannya pada aku? Ah. Aku keliru.

“Kita nak ke mana lepas ni?” soalku pada Aunty Marissa tatkala dia selesai membayar harga barang-barang yang dibelinya.

“Zafir lapar?”

Aku pantas mengangguk.

Aunty Marissa tersenyum. “Zafir selalu je lapar,kan?”

Aku tergelak kecil mendengar kata-kata Aunty Marissa.

“Kita ke Planet Hollywood, OK?”

Aku mengangguk lagi. Tak pernah aku menjejakkan kaki ke sana.
*
Planet Hollywood

“Suprise!”

Aku hampir rebah tatkala mendengar laungan itu. Suprise? Untuk aku atau Aunty Marissa?

“Baby..” Entah dari mana, Ezra tiba-tiba muncul di hadapanku. “Happy 19th birthday..”

Aku masih terlalu terkejut. Tiada perasaan. “Birthday?”

Ezra tersenyum. Manusia-manusia lain yang turut berada di sekelilingku juga tersenyum memandangku. “Baby, it’s your birthday today. Takkan lupa?” Pantas dia mendakapku, erat sekali.

Hari ini, birthday aku? Aduh. Aku sendiri lupa! Ezra melepaskan dakapannya. “Specially imported from Terengganu.”

Mama muncul dihadapanku. “Happy birthday, anak Mama..” Mama mengucup dahiku. “Anak Mama dah besar, dah mature.” Mama tersenyum memandangku. Ah.

“Thanks Mama.” Lidahku seakan-akan kelu untuk berkata-kata. Aduh. Mati la aku macam ni. “Bila Mama sampai?”

“Pagi tadi. Ezra pesan, jangan bagitau kat Fir yang Mama datang. Dia nak suprise-kan Fir.”

Ezra tersengih di sebelahku. “Amacam?”

“Amacam ape?”

Ezra masih lagi tersengih. “Penat Ezy suruh semua orang rahsiakan party ni dari Fir.”

Aku ketawa kecil. Perasaanku sudah kembali normal. “Well, it works. By the way, thanks Ezy..” Ingin saja aku memeluk, mencium lelaki comel di hadapanku ini, tetapi mengenangkan Mama dan Aunty Marissa yang turut berada di sini, aku tangguhkan dulu hasratku itu.

“No hal, semua yang Ezy buat ni, untuk Fir jugak.”
*
“Happy birthday babe.” Dean memeluk tubuhku. Syed Rafar disebelahnya. Aku membalas senyuman yang terukir di bibirnya sejak tadi. “I have to go now. Afa ada emergency.”

“Alah, dia yang emergency, apasal kau pulak yang kena balik sekali? Sejak bila kau jadi assistant dia?” Ezra bersuara disebelahku, menyindir.

Dean tersengih. “Er..”

“Sayang, it’s okay. I pegi dulu. Nanti bila kerja I dah settle, I datang fetch you, okay?” kata Syed Rafar. “I pegi dulu. Take care, don’t be naughty.” Dia melayangkan flying kiss-nya pada Dean lalu melangkah meninggalkan Planet Hollywood.

“Wah wah wah.. Sejak bila kau declared dengan abang Doctor tu? Tak cakap kat aku pun.” Aku memberi ruang kepada Dean untuk duduk di sebelahku.

Dean tersengih lagi. “Last weekend. Masa kiteorang pegi trip kat Phuket.”

“Hey, Phuket okay tak? Aku nak pegi lah. Dear, kita pegi Phuket, nak?” soalku pada Dean, kemudiannya pada Ezra.

“Ni sapa nak jawab dulu?” soal Ezra kembali, sambil mengenyitkan mata. Dean ketawa.

“Biar aku lah jawab dulu sebab aku dah penah pegi sana kan.” Dean ketawa lagi. “Phuket okay lah. Pantainya cantik. Ramai PLU yang aku kenal, pegi trip kat sana. Krabi pun okay jugak. Hah, Ezra, turn kau jawab soalan ‘bini tak diiktiraf’ kau ni.”

Aku ketawa mendengar perkataan ‘bini tak diiktiraf’ itu.

“Baby, Ezy memang ada plan nak ke sana. Tapi at the same time, Bali pun interersting jugak.”

“Bali?”

“Yes baby. Phuket or Bali, tapi kita kena plan betul-betul, okay?”

Aku mengangguk, tanda setuju. Dean juga begitu. “Yang kau angguk, kenapa? Kau nak join?”

“Ehhhh. Takde lah! Saja je angguk.” Dean membalas, sambil tersengih. “Eh, aku pegi melahap kejap lah.”

Selepas Dean berlalu, Ezra mencapai tanganku.

“Ezy, Mama..”

Ezra tersengih sebelum melepaskan pegangannya. “Rindu, hari ni tak cium lagi Fir.”

“Sapa suruh kuar rumah awal sangat. Fir pun belum bangun lagi time tu.” Aku mencebik.

Ezra sengih lagi.

“Macam kerang busuk.”

Dia memeluk bahuku. “Kalau Ezy tak keluar awal-awal, sapa nak buat preparation untuk suprise birthday party ni? Lagipun, tadi Ezy pegi KLIA, jemput Mama Fir kat sana.”

Hatiku tersentuh dengan apa yang Ezra telah lakukan untukku hari ini. “Em. Thanks Ezy, untuk semua ni. I really appreciated it.”

“Bukan Ezy sorang je. Ramai yang involve,” kata Ezra sambil tersenyum. Dia mencapai gelas di hadapannya dan menghirup Coke dari dalam gelas itu.

“Sapa lagi?”

Dia menggaru-garu kepalanya. “Erm.. Siapa eh?” Dia memejamkan matanya. Tabiatnya kalau cuba untuk mengingati sesuatu perkara. “Family kita, kawan-kawan.”

“Oh, maknyanya Aunty Marissa pun tau la ek?”

Ezra mengangguk sambil tersengih lagi. “Ezy yang mintak dia called Fir, ajak datang rumah, lunch sama-sama, teman pergi shopping. Tapi, Ezy buat semua tu pun, ada kebaikan jugak. Takda la Fir sunyi sorang-sorang kat rumah, kan?”

Giliran aku mengangguk. Abang Nazrin melintas di hadapan kami sambil tersenyum manis. Sama seperti Ezra. “Er, Ezy, Abang Nazrin tau ke pasal kita?”

“Ezy tak pernah berahsia dengan dia..”

Patutlah..

“Hey Bro, Happy Birthday!” Abang Nazrin menepuk bahuku. “Sorry lah, Abang lambat sampai. Ada meeting tadi. Nah, I bought you something.” Di tangannya, terdapat sebuah kotak yang berbalut indah. Aku menyambutnya sambil tersenyum. “Untuk my brother-in-law.”

Aduh!

“Abanggg..” Ezra memandang Abang Nazrin dengan pandangan yang hanya mereka berdua yang faham maksudnya.

Abang Nazrin tersengih. “Ok-Ok. Enjoy your party ye bro. Abang pergi makan jap.”
* * * * * *



Wednesday 14 January 2009

ep 8

Kuala Lumpur.

“Zafirul Zafir!”

Aku mengangkat muka. Ezra sedang berdiri di hadapanku.

“Ezy panggil, Fir buat tak tau je. Fir ada problem ke? Dua tiga hari ni, Fir asyik termenung je..” Ezra melabuhkan punggungnya di sebelahku. Bangunan Fakulti Pengajian Antarabangsa agak lengang sekarang. Lunch hour.

Aku senyum memandang Ezra yang menunjukkan riak wajah ingin tahu itu. “Takda apa-apa la Ezy. Fir okay je.”

Dia mencapai tanganku dan menggenggamnya erat. “Kalau ada apa-apa, share la dengan Ezy, okay? Jangan simpan sorang je..”

Aku menganggukkan kepalaku. “Dah lunch?”

Ezra menggeleng. “Ni nak ajak Fir lunch la nie. Penat Ezy cari Fir tadi.”

“Jom la. Fir lapar gak ni. Kita makan kat Lavender, nak?” Lavender adalah restoran kepunyaan kakak angkatku, Kak Mimi. Masih baru beroperasi di tingkat bawah bangunan Fakulti Pengajian Antarabangsa ini. Sudah 3 minggu aku berjanji padanya yang aku akan berkunjung ke restorannya itu, tapi dek kerana kesuntukan masa, aku terpaksa memungkiri janjiku.

“Alaa.. Ezy nak makan kat luar..”

Aku mula buat muka kesian.

“OK-OK. Kita makan kat Lavender.” Ezra akhirnya mengalah.

“Yay!”
* * *
Lavender.

“Lama tak nampak?” Zainal Arif yang kebetulan berada di Lavender bersama-sama dengan Nublee menegur Ezra. Ah. Mamat ini berada di pusat hiburan di mana Bakri bertindak gila malam itu.

“Aku busy sikit la. Banyak assignments.” Ezra membalas ringkas. Dia mengambil tempat di sebelahku. “Kau masih dengan Nub ek?”

Zainal Arif tersengih. “Aku sayang dia mehh.”

Aku tidak mahu campur di dalam perbualan mereka. Tapi aku bersyukur kalau Zainal Arif tidak membuka mulut mengenai apa yang terjadi di pusat hiburan itu.

“Zafir, sehat?”

Aku mengangguk sambil berusaha mengukir senyuman manis terhadap soalan Zainal Arif itu. “Mana Nub?”

“Dia pergi toilet.. Hah, tu pun dia. Panjang umur.. Zafir cari you nie.”

“Zainal, I pinjam Nub jap eh? Ezy, kejap tau. Nak sembang dengan Nub jap.”

Ezra senyum sambil mengangguk. Pantas aku menarik Nublee ke meja yang agak jauh dari pendengaran Ezra dan Zainal Arif.

“Eh Pak Cik! Ko ni kenapa?”

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. “Nub, ko dengan Zainal jangan cakap apa-apa pasal apa yang terjadi antara aku dengan Bakri pada Ezra, okay?”

“Laa.. Yang ko sembunyikan hal ni dari Ezra, kenapa? Ko sepatutnya bagitau dia sendiri. Lagi naya kalau dia dapat tau dari orang lain..”

Aku diam. Kata-kata Nublee itu ada betulnya. Ah. Tak sangka mamat ini sudah pandai berfikir sejauh itu. Kalau dulu, dia akan hanya bercakap tentang benda-benda yang merapu-rapu saja. “Aku memang nak bagitau dia. Tapi, macam keberatan. Aku tak tau penerimaan dia macam mana karang.”

“Zafir, dari ko simpan benda ni lama-lama, dari dia dapat tau dari orang lain yang mungkin akan menambah cerita, better ko bagitau dia sendiri, a.s.a.p.” Nublee bersuara.

“Hm.. Nanti aku fikir, okay?”

Nublee mengeluh. “Tak payah fikir, ko memang kena bagitau dia cepat-cepat.”

“Yelah-yelah.”
* * *
Mont Kiara

“Kenapa Fir tak cakap awal-awal dengan Ezy? Yang simpan sorang-sorang kenapa?”

Aku diam membatu.

“Ezy takkan marah orang yang Ezy sayang..”

Sangkaanku jauh meleset. Ezra langsung tidak marah, jauh sekali melenting tatkala aku menceritakan padanya tentang apa yang terjadi diantara aku dan Bakri pada malam itu. Ah. Secara logiknya, aku tidak membuat apa-apa yang boleh dikategorikan sebagai curang, jadi, dia tak perlu lah marah, kan? Hish. Hanya aku yang berfikiran songsang.

“Ezy sayang Fir, tau tak?”

Aku mengangguk, menundukkan muka. Tiba-tiba aku jadi malu-malu dengan pandangan Ezra padaku. Ezra yang berdiri di balkoni semenjak dari tadi, melangkah masuk ke dalam ruang tamu dan duduk di sebelahku. Tangannya dillingkarkan di bahuku.

“Baby, pandang Ezy..”

Aku mengangkat muka, bertentangan mata dengan Ezra. Aku merenung jauh ke dalam matanya. Lelaki ini benar-benar berjaya membuat hatiku yang keras seperti batu ini cair. Er, batu boleh cair ke? Abaikan.

“Walau apa pun yang terjadi, Ezy takkan tinggalkan Fir. Itu janji Ezy. Ezy akan cinta and sayang pada Fir untuk selama-lamanya. Till the last breath of mine,” ujar Ezra sambil tersenyum.

“Kalau Ezy kahwin, macam mana?”

“Jodoh pertemuan, tuhan yang tentukan. But for the time being, Ezy nak Fir sentiasa ada disamping Ezy. Boleh?”

Aku senyum. “Boleh.. Thanks Ezy..”

Ezra mendakapku erat. “I love you, Baby..”

“I love you too..”
*
La Queen, Setahun Yang Lepas.

“Nak lagi..” Aku melentokkan kepala ke bahu Ezra disebelah.

“Zafir, sudah la tu.. Dah banyak sangat kau minum ni..” Ezra memujukku. Rambutku diusap lembut. “Jack, jangan bagi. Dia dah mabuk tu.”

Jack, pelayan bar itu akur dengan arahan Ezra.

“Yang kau sibuk sangat, kenapa? Biarkan aku!” bentakku, aku mengangkat kepalaku dari bahu Ezra. Menyampah dengan tingkah lakunya yang seakan-akan ingin mengawal hidupku. Ah.

“Aku bukan nak campur urusan hidup kau, tapi sebab..”

“Sebab apa?” soalku, endah tak endah.

“Takda apa-apa lah.” Balas Ezra sebelum meneguk segelas Diet Coke di hadapannya. “Kau tak nak balik? Aku boleh hantarkan.”

“Aku boleh balik sendiri. Kau tak payah susah-susah.”

Ezra menggelengkan kepalanya. Mungkin kesal dengan sikapku yang keras kepala. “Kau keras kepala. Ego. No wonder lelaki tu tinggalkan kau!”

Aku tersentak dengan kata-kata Ezra. “Kau pedulik apa? Tu masalah aku!”

“Aku sayangkan kau, tau tak?!” Ezra mula meninggikan suaranya. Tak pernah selama kami berkawan, dia meninggikan suaranya terhadapku. “Kau tak pernah perasan, kan?”

Aku diam. Perasaanku bercampur-baur. Seriuskah dia dalam mengatakan soal hati dan perasaannya? Aku takut, aku takut apa yang Bakri buat padaku, akan terjadi lagi. 5 gelas besar Carlsberg tidak mampu melawan perasaanku itu.

Ezra mencapai tanganku. “Zafir, aku dah lama sayangkan kau. Dah lama sangat. Boleh kau bagi aku peluang di hati kau?”

Aku diam lagi. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Ezra memandang tepat ke dalam mataku. Aku membalasnya, tapi aku lemas dalam renungan matanya. Ah. Aku benci keadaan seperti ini.

“Zafir, please. Aku janji aku takkan sia-siakan kau.”

“Hantarkan aku balik, boleh?”

Ezra melepaskan keluhan berat. “Okay..”

Aku mengangkat punggung, tetapi..

“Zafir!”

- - - - -
“Good morning dear..”

“Ezra?”

“Iye, aku ni.. Semalam kau pengsan kat kelab. Siap muntah lagi dalam kereta aku,” kata Ezra sambil tersenyum.

Aku malu sendiri. “Sorry..”

Ezra senyum lagi. “It’s okay lah. Nanti aku bawakan breakfast untuk kau, ye? Breakfast atas katil, syok tau.” Ezra berlalu, meninggalkan aku keseorangan di dalam bilik yang begitu asing untukku ini.

“Aku kat mana ni?” soalku tatkala Ezra kembali sambil membawa dulang berisi semangkuk cornflakes dan segelas jus oren.

“Kat rumah sewa aku. Kat Bangsar. Kau kan pernah datang sini dulu. Nah, makan. Ke nak aku suap?” soal Ezra sambil mengeyitkan matanya. Gatal!

“Aku makan sendiri.”

“Tengok tu, sombong.” Ezra mencebik. Comel!

Aku sengih. “Er, Ezra, thanks pasal semalam.”

“It’s my pleasure.” Ezra mencapai remote control televisyen dan menghidupkan televisyen di hadapan kami.

Tiba-tiba, out of control, aku melentokkan kepala ke bahu Ezra. “Kalau kau takda semalam, mesti aku dah buat benda bodoh.”

“Kau memang bodoh, suka buat benda tak guna otak!”

Aku sengih lagi. Aku tahu yang Ezra tidak mempunyai maksud untuk berkata begitu. “Kau betul-betul sayangkan aku?”

Ezra berpaling dari menghadap televisyen kepadaku. “Kau rasa?”

“Macam sayang je?”

“Bukan macam lagi, aku memang sayangkan kau.”

“Kenapa tak pernah cakap?”

Ezra diam. Mengatur ayat yang sesuai untuk diucapkan barangkali. “Sebab kau dah terlalu asyik dengan cinta main-main si Bakri tu. Apa orang kata pasal Bakri, semua kau tak nak percaya. Sekali dah nampak dengan mata kepala kau sendiri, baru kau menyesal, menangis tak berlagu, kan?”

“Sentap..”

“Aku cakap apa yang betul, kan?”

Aku mengangguk. “Kau akan jaga aku elok-elok?”

“Sumpah demi Allah, aku akan jaga kau. Aku akan lindungi kau walau dengan nyawa aku sendiri.”

Aku senyum. “Thanks Ezra..”

“Kau terima aku?”

Aku senyum. Mengangguk.
*
Mont Kiara

“Ya Allah. Berangan rupanya!”

Lamunanku terhenti. Ezra sedang bercekak pinggang di hadapanku. Aku tersengih.

“Jom tido. Esok ada class pagi kan.. “ Dia menghulurkan tangannya.

Aku senyum, menyambut huluran tangannya. Kami beriringan menuju ke kamar.
* * * * * * * * *

ep 7

Kuala Lumpur.

“Nak?” soal Ezra sambil menyuakan sebotol Vanilla Coke padaku. Aku hanya menggelengkan kepala, menolak perlawaannya.

Ezra senyum. Dia meneguk sisa-sisa terakhir minuman itu. “Selalu nak air ni, napa hari ni tak nak pulak?”

Aku menjungkit bahu. Ezra senyum, seperti biasa. Ah. Kalau lah dia tau gelora yang sedang melanda diriku ini, sudah tentu dia tidak akan tersenyum semanis ini.
*
“Dance?” soal Nublee, pinggangnya dipeluk erat oleh Zainal Arif yang sedang tersenyum memandangku. Pelik senyumannya itu. Macam, er, gatal.

Aku menggeleng. “Aku tunggu Ezra. Tadi kata dah nak sampai..”

Nublee tersengih. “Okay then. Jom sayang..” Tangannya menarik manja Zainal Arif ke dalam dance floor, meninggalkan aku seorang diri di bar.

“Gon, satu lagi..” lelaki di sebelahku bersuara. Aku mengerling ke arahnya. Ah. Kenapa aku asyik bertembung dengan lelaki ini? Kenapa la KL ni terlalu kecil? “Haa.. Zafir.. Apa you buat kat sini?”

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Apa aku buat kat sini kalau bukan clubbing? “Er.. Tengah main bola sepak nih hah..”

“Very funny..”

Aku sengih. “You minum eh?” Mataku terarah pada segelas besar vodka di hadapannya. “Sejak bila?”

Muka Bakri yang sedang kemerah-merahan itu tambah merah pabila aku mengajukan soalan tadi. “Er, since you tinggalkan I?”

Aku tergelak. “Hello? Correction here, YOU yang tinggalkan I, OK?”

Bakri tunduk, malu barangkali.

“Now, let me guess why you are here..” Aku diam sejenak. Memikirkan alasan terbaik kenapa lelaki ini berada di sini malam ini. “You broke up dengan Faris, kan?”

Bakri mengangguk perlahan.

Bingo! Tepat seperti apa yang Dean dan Nublee kata pada aku tatkala aku sedang dilanda kesedihan semasa Bakri dengan egonya meninggalkan aku.

‘Dalam masa 3 bulan, Faris akan tinggalkan Bakri.’

Aku senyum sendirian mengenangkan kata-kata Dean dan Nublee itu.

“You happy?”

Aku tersentak mendengar kata-kata yang lahir dari bibir Bakri. “Kenapa pulak I perlu happy?”

Bakri mengeluh. “Nampak you senyum je dari tadi?”

Aku sengih. “You nak tau kenapa I senyum?”

Bakri mengangguk.

“I dengan kawan-kawan I memang dah jangka you and Faris takkan kekal lama. Kiteorang lagi kenal Faris tu dari you.”

“Kenapa you tak pernah nasihatkan I pasal dia?”

Aku sengih lagi. “You tak pernah tanya?”

Bakri melepaskan keluhan berat. Mataku meliar memandang sekeliling pusat hiburan ini, mencari kelibat Ezra yang tidak kunjung tiba. Sudah puas aku mendail telefon bimbitnya, tapi dia mematikan taliannya. Argh!

“You tunggu somebody?”

Aku mengangguk pantas.

“Boyfriend?”

Aku mengangguk lagi.

“Siapa?”

Aku diam.

“Kenapa diam?”

“Saja, tak boleh ke?” Aku melemparkan tenungan tajam ke arahnya. Kenapa mamat ni jadi busybody semacam je malam ni?

Bakri mengeluh buat kali ke berapa entah malam ni. Tiba-tiba tangannya mencapai tanganku dan menggenggamnya erat.

“Ehhh.. Apa ni??”

“Zafir, I tau I dah buat kesilapan besar. Boleh you maafkan I?”

Aku berusaha keras menarik tanganku dari genggamannya, tapi gagal. Isk. Aku risau kalau Ezra tiba-tiba muncul dan menyalah anggap situasi ini. “Er.. I maafkan, okay?”

Bakri senyum, senyuman yang pernah mencairkan aku dulu.

“Boleh lepaskan tangan I, tak?”

Bakri menggeleng. “Ada satu lagi permintaan I.”

Ah sudah.

“Kita balik macam dulu?”

Aku gelak besar mendengar kata-katanya. “You ni mabuk la Bakri.”

“I’m serious, Zafir,” ucap Bakri bersungguh-sungguh.

Permintaan yang membunuh. Aku dah serik untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki bernama Megat Bakri ini. Lelaki yang suka bertindak mengikut hawa nafsu.

Aku berusaha melepaskan tanganku dari genggaman eratnya. “I’m sorry Bakri, tapi I takkan kembali pada you. Relationship kita dulu adalah big mistake yang I lakukan dalam hidup I.”

“Zafir..”

“Please Bakri. Ramai orang ni, I tak nak dieorang salah anggap pada kita. Boleh lepaskan tangan I?”

Perlahan-lahan, Bakri melonggarkan genggaman tangannya. Pantas aku menarik tanganku. “I harap ini adalah pertemuan kita yang terakhir, Bakri,” ucapku perlahan.
*
“Baby?”

Lamunanku terhenti. “Er.. Yeah?”

Ezra tersenyum memandangku. “Kenapa ni?” Tangannya dilingkarkan dibahuku. “Fir ada masalah ke?”

Aku pantas menggeleng. “Fir okay.. Em.. Lapar lah..”

“Fir nak makan apa? Ezy pergi belikan.” Ezra pantas mengangkat punggung dari sofa yang kami duduki. Ah. Lelaki ini, pantang dengar aku lapar, pantas sahaja dia akan pergi belikan makanan untukku.

“Ehhh. Tak payah la keluar. Biar Fir masak. Ek?”

Ezra sengih. “Ezy nak buat request, boleh?”

Aku mengangguk.

“Nak spaghetti..”

Aku menguntumkan senyuman di bibir. “Fir masak sekarang jugak, okay?”

“Yay!”
* * * * * * * *