Wednesday 14 January 2009

ep 8

Kuala Lumpur.

“Zafirul Zafir!”

Aku mengangkat muka. Ezra sedang berdiri di hadapanku.

“Ezy panggil, Fir buat tak tau je. Fir ada problem ke? Dua tiga hari ni, Fir asyik termenung je..” Ezra melabuhkan punggungnya di sebelahku. Bangunan Fakulti Pengajian Antarabangsa agak lengang sekarang. Lunch hour.

Aku senyum memandang Ezra yang menunjukkan riak wajah ingin tahu itu. “Takda apa-apa la Ezy. Fir okay je.”

Dia mencapai tanganku dan menggenggamnya erat. “Kalau ada apa-apa, share la dengan Ezy, okay? Jangan simpan sorang je..”

Aku menganggukkan kepalaku. “Dah lunch?”

Ezra menggeleng. “Ni nak ajak Fir lunch la nie. Penat Ezy cari Fir tadi.”

“Jom la. Fir lapar gak ni. Kita makan kat Lavender, nak?” Lavender adalah restoran kepunyaan kakak angkatku, Kak Mimi. Masih baru beroperasi di tingkat bawah bangunan Fakulti Pengajian Antarabangsa ini. Sudah 3 minggu aku berjanji padanya yang aku akan berkunjung ke restorannya itu, tapi dek kerana kesuntukan masa, aku terpaksa memungkiri janjiku.

“Alaa.. Ezy nak makan kat luar..”

Aku mula buat muka kesian.

“OK-OK. Kita makan kat Lavender.” Ezra akhirnya mengalah.

“Yay!”
* * *
Lavender.

“Lama tak nampak?” Zainal Arif yang kebetulan berada di Lavender bersama-sama dengan Nublee menegur Ezra. Ah. Mamat ini berada di pusat hiburan di mana Bakri bertindak gila malam itu.

“Aku busy sikit la. Banyak assignments.” Ezra membalas ringkas. Dia mengambil tempat di sebelahku. “Kau masih dengan Nub ek?”

Zainal Arif tersengih. “Aku sayang dia mehh.”

Aku tidak mahu campur di dalam perbualan mereka. Tapi aku bersyukur kalau Zainal Arif tidak membuka mulut mengenai apa yang terjadi di pusat hiburan itu.

“Zafir, sehat?”

Aku mengangguk sambil berusaha mengukir senyuman manis terhadap soalan Zainal Arif itu. “Mana Nub?”

“Dia pergi toilet.. Hah, tu pun dia. Panjang umur.. Zafir cari you nie.”

“Zainal, I pinjam Nub jap eh? Ezy, kejap tau. Nak sembang dengan Nub jap.”

Ezra senyum sambil mengangguk. Pantas aku menarik Nublee ke meja yang agak jauh dari pendengaran Ezra dan Zainal Arif.

“Eh Pak Cik! Ko ni kenapa?”

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. “Nub, ko dengan Zainal jangan cakap apa-apa pasal apa yang terjadi antara aku dengan Bakri pada Ezra, okay?”

“Laa.. Yang ko sembunyikan hal ni dari Ezra, kenapa? Ko sepatutnya bagitau dia sendiri. Lagi naya kalau dia dapat tau dari orang lain..”

Aku diam. Kata-kata Nublee itu ada betulnya. Ah. Tak sangka mamat ini sudah pandai berfikir sejauh itu. Kalau dulu, dia akan hanya bercakap tentang benda-benda yang merapu-rapu saja. “Aku memang nak bagitau dia. Tapi, macam keberatan. Aku tak tau penerimaan dia macam mana karang.”

“Zafir, dari ko simpan benda ni lama-lama, dari dia dapat tau dari orang lain yang mungkin akan menambah cerita, better ko bagitau dia sendiri, a.s.a.p.” Nublee bersuara.

“Hm.. Nanti aku fikir, okay?”

Nublee mengeluh. “Tak payah fikir, ko memang kena bagitau dia cepat-cepat.”

“Yelah-yelah.”
* * *
Mont Kiara

“Kenapa Fir tak cakap awal-awal dengan Ezy? Yang simpan sorang-sorang kenapa?”

Aku diam membatu.

“Ezy takkan marah orang yang Ezy sayang..”

Sangkaanku jauh meleset. Ezra langsung tidak marah, jauh sekali melenting tatkala aku menceritakan padanya tentang apa yang terjadi diantara aku dan Bakri pada malam itu. Ah. Secara logiknya, aku tidak membuat apa-apa yang boleh dikategorikan sebagai curang, jadi, dia tak perlu lah marah, kan? Hish. Hanya aku yang berfikiran songsang.

“Ezy sayang Fir, tau tak?”

Aku mengangguk, menundukkan muka. Tiba-tiba aku jadi malu-malu dengan pandangan Ezra padaku. Ezra yang berdiri di balkoni semenjak dari tadi, melangkah masuk ke dalam ruang tamu dan duduk di sebelahku. Tangannya dillingkarkan di bahuku.

“Baby, pandang Ezy..”

Aku mengangkat muka, bertentangan mata dengan Ezra. Aku merenung jauh ke dalam matanya. Lelaki ini benar-benar berjaya membuat hatiku yang keras seperti batu ini cair. Er, batu boleh cair ke? Abaikan.

“Walau apa pun yang terjadi, Ezy takkan tinggalkan Fir. Itu janji Ezy. Ezy akan cinta and sayang pada Fir untuk selama-lamanya. Till the last breath of mine,” ujar Ezra sambil tersenyum.

“Kalau Ezy kahwin, macam mana?”

“Jodoh pertemuan, tuhan yang tentukan. But for the time being, Ezy nak Fir sentiasa ada disamping Ezy. Boleh?”

Aku senyum. “Boleh.. Thanks Ezy..”

Ezra mendakapku erat. “I love you, Baby..”

“I love you too..”
*
La Queen, Setahun Yang Lepas.

“Nak lagi..” Aku melentokkan kepala ke bahu Ezra disebelah.

“Zafir, sudah la tu.. Dah banyak sangat kau minum ni..” Ezra memujukku. Rambutku diusap lembut. “Jack, jangan bagi. Dia dah mabuk tu.”

Jack, pelayan bar itu akur dengan arahan Ezra.

“Yang kau sibuk sangat, kenapa? Biarkan aku!” bentakku, aku mengangkat kepalaku dari bahu Ezra. Menyampah dengan tingkah lakunya yang seakan-akan ingin mengawal hidupku. Ah.

“Aku bukan nak campur urusan hidup kau, tapi sebab..”

“Sebab apa?” soalku, endah tak endah.

“Takda apa-apa lah.” Balas Ezra sebelum meneguk segelas Diet Coke di hadapannya. “Kau tak nak balik? Aku boleh hantarkan.”

“Aku boleh balik sendiri. Kau tak payah susah-susah.”

Ezra menggelengkan kepalanya. Mungkin kesal dengan sikapku yang keras kepala. “Kau keras kepala. Ego. No wonder lelaki tu tinggalkan kau!”

Aku tersentak dengan kata-kata Ezra. “Kau pedulik apa? Tu masalah aku!”

“Aku sayangkan kau, tau tak?!” Ezra mula meninggikan suaranya. Tak pernah selama kami berkawan, dia meninggikan suaranya terhadapku. “Kau tak pernah perasan, kan?”

Aku diam. Perasaanku bercampur-baur. Seriuskah dia dalam mengatakan soal hati dan perasaannya? Aku takut, aku takut apa yang Bakri buat padaku, akan terjadi lagi. 5 gelas besar Carlsberg tidak mampu melawan perasaanku itu.

Ezra mencapai tanganku. “Zafir, aku dah lama sayangkan kau. Dah lama sangat. Boleh kau bagi aku peluang di hati kau?”

Aku diam lagi. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Ezra memandang tepat ke dalam mataku. Aku membalasnya, tapi aku lemas dalam renungan matanya. Ah. Aku benci keadaan seperti ini.

“Zafir, please. Aku janji aku takkan sia-siakan kau.”

“Hantarkan aku balik, boleh?”

Ezra melepaskan keluhan berat. “Okay..”

Aku mengangkat punggung, tetapi..

“Zafir!”

- - - - -
“Good morning dear..”

“Ezra?”

“Iye, aku ni.. Semalam kau pengsan kat kelab. Siap muntah lagi dalam kereta aku,” kata Ezra sambil tersenyum.

Aku malu sendiri. “Sorry..”

Ezra senyum lagi. “It’s okay lah. Nanti aku bawakan breakfast untuk kau, ye? Breakfast atas katil, syok tau.” Ezra berlalu, meninggalkan aku keseorangan di dalam bilik yang begitu asing untukku ini.

“Aku kat mana ni?” soalku tatkala Ezra kembali sambil membawa dulang berisi semangkuk cornflakes dan segelas jus oren.

“Kat rumah sewa aku. Kat Bangsar. Kau kan pernah datang sini dulu. Nah, makan. Ke nak aku suap?” soal Ezra sambil mengeyitkan matanya. Gatal!

“Aku makan sendiri.”

“Tengok tu, sombong.” Ezra mencebik. Comel!

Aku sengih. “Er, Ezra, thanks pasal semalam.”

“It’s my pleasure.” Ezra mencapai remote control televisyen dan menghidupkan televisyen di hadapan kami.

Tiba-tiba, out of control, aku melentokkan kepala ke bahu Ezra. “Kalau kau takda semalam, mesti aku dah buat benda bodoh.”

“Kau memang bodoh, suka buat benda tak guna otak!”

Aku sengih lagi. Aku tahu yang Ezra tidak mempunyai maksud untuk berkata begitu. “Kau betul-betul sayangkan aku?”

Ezra berpaling dari menghadap televisyen kepadaku. “Kau rasa?”

“Macam sayang je?”

“Bukan macam lagi, aku memang sayangkan kau.”

“Kenapa tak pernah cakap?”

Ezra diam. Mengatur ayat yang sesuai untuk diucapkan barangkali. “Sebab kau dah terlalu asyik dengan cinta main-main si Bakri tu. Apa orang kata pasal Bakri, semua kau tak nak percaya. Sekali dah nampak dengan mata kepala kau sendiri, baru kau menyesal, menangis tak berlagu, kan?”

“Sentap..”

“Aku cakap apa yang betul, kan?”

Aku mengangguk. “Kau akan jaga aku elok-elok?”

“Sumpah demi Allah, aku akan jaga kau. Aku akan lindungi kau walau dengan nyawa aku sendiri.”

Aku senyum. “Thanks Ezra..”

“Kau terima aku?”

Aku senyum. Mengangguk.
*
Mont Kiara

“Ya Allah. Berangan rupanya!”

Lamunanku terhenti. Ezra sedang bercekak pinggang di hadapanku. Aku tersengih.

“Jom tido. Esok ada class pagi kan.. “ Dia menghulurkan tangannya.

Aku senyum, menyambut huluran tangannya. Kami beriringan menuju ke kamar.
* * * * * * * * *

No comments: