Tuesday 1 December 2009

ep 18

Hilton, Kuala Lumpur.

“Sapa yang decorate ni? Cantiklah..”

“Adik pengantin perempuan, Zafir namanya. I rasa I nak booking service dia untuk wedding Nana nanti lah.”

“Eh, I pun baru plan nak dapatkan dia untuk wedding anak teruna I tu.”

Aku tersenyum bangga mendengarkan kata-kata mereka yang duduk di meja di belakangku. Akhirnya, segala usahaku selama ini tidak sia-sia.

Bakri yang datang bersama Abang Nazrin melambaikan tangannya ke arahku. Aku hanya tersenyum memandangnya. Pasangan pengantin baru, Liz dan Red baru sahaja tiba. Dean dan Syed Rafar sedang rancak berbual dengan Ezra di meja makan. Adrianna tampak anggun dengan baju kebaya nyonyanya di samping Darren yang segak dengan baju melayu yang entah dari mana di pinjamnya. Aku mencari-cari kelibat Zara, Pojie, Sara dan Firdaus yang berjanji untuk hadir pada malam ini.

“Cari sapa?” tegur Uncle Norman, ayah saudaraku. Mikael yang sudah terlelap berada di dalam dukungannya.

Aku senyum. “Cari jantan,” kataku sambil mengenyitkan mata.

“Kamu nih..” Uncle Norman menggeleng. Dia adalah satu-satunya ahli keluargaku yang tahu tentang betapa songsangnya aku. “Fir dah lama kenal Ezra ke?”

“Dah 3 tahun lebih dah Uncle. Kenapa, Uncle tak berkenan ke?”

Uncle Norman senyum. “Tak lah, he seems to be a nice guy. Tak macam Fir punya yang lama-lama dulu. Macam hampeh.”

Aku tersengih mendengar kata-kata Uncle Norman itu. “Alah Uncle ni. Dulu masa Uncle dengan Khalid tu, Fir tak cakap apa-apa pun tau.” Kataku sambil mengingatkannya tentang zaman bujangnya. Walaupun dia kini sudah mendirikan rumahtangga dengan Aunty Surya, aku dapat merasakan yang dia sebenarnya belum dapat di-straight-kan sepenuhnya oleh isterinya lagi.

Dia buat-buat tidak dengar dengan kata-kataku tadi. Aku tau dia begitu sayangkan Khalid yang aku tidak suka tetapi terpaksa melepaskannya kerana Khalid tidak sanggup menerima hakikat yang Uncle Norman akan berkahwin. “How come Fir tak bawak dia jumpa Uncle ni? Selalunya kan Fir bawak Boyfriend baru Fir jumpa Uncle.. Ini tak pun?”

Aku ketawa kecil. “Uncle kan dah kahwin. Fir tak nak la nanti Aunty Surya kata apa pulak..”

“Laa. Kamu nih. Datang je lah rumah Uncle kat Taman Tun tu. Em, lagipun, Aunty kamu tak duduk dengan Uncle dah..”

Aku yang ketika itu sedang meneguk minuman hampir tersedak tatkala Uncle Norman mengungkapkan kata-katanya. “Why? What happened?”

“Takde apa-apa lah. Everything’s fine. Fir jangan bagitau Tok, okay? Dia tak tau pun pasal Uncle tak duduk serumah dengan Aunty Surya dah.”

Aku mengangguk faham. Macam-macam.. “Em, Uncle makan lah dulu, okay? Biar Fir yang jaga Mik.”

Mikael kelihatan comel tatkala dia sedang tidur. Pasti dia kepenatan kerana dia lah yang paling sibuk membuat itu dan ini dalam majlis ini. Segala benda nak ditolongnya. Aku menggeleng kepala mengenangkan yang dia hampir membuat semua orang menjerit tatkala dia membantu waiter mengangkat dulang berisi gelas-gelas minuman.

Dean menggamitku untuk datang kepadanya. “Babe, aku nak cakap sikit ni. You have time?”

Aku mengangguk. “Abang, boleh tolong jaga Mik?”

“Of course. Alala. Dah tidur rupanya.” Ezra memangku Mikael di ribaannya lalu menyambung bicara dengan Syed Rafar.

Dean membawaku ke suatu sudut, jauh dari pendengaran tetamu lain. “Have you seen Nublee?”

Aku mencebik lalu menggeleng.

“Okay-okay, aku tau apa yang dia dah buat pada kau. Tapi, aku rasa ada something wrong somewhere dengan kehilangan dia lah. Even Zainal pun tak tau dia kat mana sekarang.”

Aku buat tidak tahu dengan kata-kata Dean. “Aku malas la nak ambik tau pasal dia. Kawan yang sanggup mengkhianati kawan dia sendiri, kawan jenis apa macam tu?”

“It’s not about khianat or whatsoever here, Fir. Aku rasa, Nublee cuba nak ambik apa yang pernah jadi hak milik dia dulu.”

Aku keliru dengan kata-kata Dean tadi. “What are you trying to say?”

“Nublee was Ezra’s ex-lover.”

* * * * * * * *

“Kenapa Abang sembunyikan dari Fir? Apa niat Abang sebenarnya?” Soalku pada Ezra yang duduk disebelahku. Selama 2 tahun perhubungan kami, tidak pernah sekalipun dia membuka mulut tentang bekas kekasihnya di hadapan aku. Bekas kekasih yang begitu di bencinya.

Ezra memeluk bahuku. “Em. Bukan Abang nak sembunyikan dari Fir..”

“Habis?”

Dia menggaru-garu kepalanya.

“Mama yang tak bagi Ezy cakap pasal Nublee.”

Aku dan Ezra sama-sama menoleh ke belakang. Aunty Marissa berdiri di belakang kami.

“Mama pun tau?” soalku bagai orang bodoh.

Aunty Marissa mengangguk. “Mama tak nak hubungan Ezy dan Fir rosak disebabkan rahsia ni. Nublee kan kawan baik Fir-“

“Bekas kawan baik.” Aku mencebik sambil membetulkan kata-kata Aunty Marissa.

Aunty Marissa tersenyum mendengarkan kata-kataku. “Mama tau macam mana Fir akan react kalau dapat tau pasal ni.” Aunty Marissa memegang erat bahuku. “Fir tak kesahkan Mama buat macam ni? Ini semua untuk kebaikan kamu berdua jugak, sayang. Lagipun, Nublee masa tu kawan baik Fir, Mama tak nak Fir berperasangka buruk pada Nublee.”

Aku diam. Aunty Marissa memang bersikap protective terhadap kebahagiaan keluarganya. Aku senyum. “Fir faham apa yang Mama buat ni. Fir tak kesah pun sebenarnya pasal Nublee tu bekas kekasih Abang Ezy, cuma yang buat Fir kecik hati sebab Abang Ezy rahsiakan benda ni dari Fir..”

“Elehhh. Yang Bakri tu, ape citer pulakkk?? Ingat Abang tak kecik hati ke??” Ezra mencelah, tidak mahu kalah.

“Itu lain laaaa.” Aku mencebik.

“Sudah-sudah. Kamu berdua ni, asyik bergaduh jer,” kata Aunty Marissa sambil menekup mulutku dan Ezra. “And Fir?”

Aku memandang Mama.

“Video yang Nublee sengaja sebarkan tu, adalah video lama dieorang.”

Melopong mulutku dibuatnya. Mati-mati aku ingat selama ini Ezra telah curang terhadapku. Ternyata ianya meleset sama sekali. Aku pantas mencapai tangan Ezra dan mengucupnya. “Maafkan Fir, Abang. Fir dah salah sangka pada Abang selama ni. Fir ingat Abang curang pada Fir..” Laju air mataku mengalir membasahi pipi. Betapa berdosanya aku kerana tuduhanku itu.

Ezra senyum. “Abang maafkan Fir, dah, jangan nangis lagi.. Abang takut Fir tak percaya kalau Abang ceritakan hal yang sebenar pada Fir. That’s why Abang diam je..” Dia menggosok-gosok bahuku. “Dah, kita lupakan pasal ni, okay? Hari ni wedding Angah and Abang Im, jangan sedih-sedih. Nanti apa pulak guests kata..” Ezra memeluk erat bahuku.

“Jejak kasih ke apa ni?” tegur Abang Nazrin sambil tersengih, di sampingnya Bakri.

Ezra menjegilkan matanya ke arah abangnya itu.

“Oooohh. I get it. I get it, it’s some kinda pujuk-memujuk la ek?” Abang Nazrin mengenyitkan matanya. Aunty Marissa juga menjegilkan mata ke arah Abang Nazrin yang sedang tersengih lagi itu. “Sayang, jom!” Dia lantas menarik lengan Bakri pergi dari situ.

Ezra kembali memandang wajahku. “Baby sayang.. Whatever happens to us, just remember one thing.. I love you so much, with all my heart..” Dia menggenggam erat tanganku.

Air mataku kembali mengalir. “I love you too Abang..”

* * * * * * * * *

No comments: