Tuesday 1 December 2009

ep 19

Ku Hanya Milikmu

Rumah Anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah, Pahang.

Rumah Anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan

“OMG, she’s so cute!” jeritku tatkala Ezra masuk kedalam bilik Pengarah ini bersama-sama dengan seorang anak kecil di dalam dakapannya. “This is Camelia?”

Ezra mengangguk sambil tersenyum lalu melabuhkan punggung di sebelahku. “See, Abang dah lama berkenan dengan dia tau. Geram Abang tengok pipi dia yang gebu ni.” Ezra mengusap lembut pipi gebu Nur Camelia Qistina yang berada di pangkuannya. Si kecil berusia 8 tahun itu masih lagi malu-malu dengan kami yang bakal menjadi keluarga angkatnya. “So, when can we bring her to KL eh?” soal Ezra kepada Puan Hasnah, Pengarah di rumah anak yatim ini.

Puan Hasnah tersenyum memandang kami. “Kalau Encik Ezra dan Encik Zafir-“

“Just call me Ezra.”

“And Zafir je.”

Puan Hasnah mengangguk sambil tersenyum lagi. “Kalau Ezra dan Zafir nak bawak balik Camelia sekarang pun takpa. Kami akan selesaikan segala perkara lain di sini. Surat beranak dan segala dokumen penting, ada dalam sampul ni.” Dia menghulurkan sampul surat besar berwarna putih itu kepadaku. “Ibu bapa dia meninggal dunia kerana kemalangan pesawat di Australia lebih kurang 5 tahun lepas and Camelia was the only one who survived but she seems to have lost her memory. Pihak berkuasa Australia menjaganya selama 2 tahun dan baru tahun lepas dia dihantar pulang ke Malaysia. So both of you have to teach her to speak in Malay more frequently after this. Lidah dia agak keras untuk berbicara dalam Bahasa Melayu,” jelasnya panjang lebar.

“I see. That’d be no problem with us, kan sayang?” Ezra memandangku. Dia menggenggam erat tanganku. Ini adalah impiannya. Mempunyai keluarga yang lengkap.

Aku mengangguk pantas. “Absolutely. Our family’d be delighted to do that. Seems like Abang kena lupakan Alice Smith lah kan?” Aku mengenyitkan mataku kearah Ezra. Ezra sudah bercita-cita untuk menghantar anak angkat kami ke Sekolah Alice Smith di Seri Kembangan, sebuah sekolah swasta yang elit di kalangan golongan berada di Malaysia.

“Yeah, you’re right, sayang..”

Puan Hasnah ketawa kecil. “Tak salah kalau kita nak hantar anak-anak kita ke sekolah swasta ni, cuma kita kena biasakan dia dengan budaya kitalah, baru dia tak tenggelam dalam dunia sekarang yang penuh cabaran ni.”

Aku dan Ezra sama-sama mengangguk. Well, nasihat yang agak bernas jugak. Mungkin Ezra akan menimbangkan untuk menghantar Camelia ke sekolah biasa instead of sekolah antarabangsa itu.

“Puan, thanks ya sebab sudi membantu kami dalam menguruskan proses mengambil Camelia sebagai anak angkat kami ni. We really appreciated it,” ucap Ezra sambil berdiri, dia sudah bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Papa kepada Camelia. Dan aku? Daddy. Aku senyum sendirian memikirkan gelaran itu sebelum lamunanku mati dek teguran Ezra. “Sayang, let’s go.”

Puan Hasnah menghantar kami sehingga ke pintu utama dan kami tidak mempunyai masalah untuk membawa Camelia pergi dari rumah anak yatim ini kerana dia masih lagi baru di sini.

* * * * *

Teratak Bonda, Bukit Tunku.

Langkah pertama sebaik tiba di Kuala Lumpur adalah menukarkan nama Camelia. Proses yang agak sukar dan sulit untuk diperjelaskan, tapi dengan bantuan Dato’ Farid, kenalan kepada Mama Marissa yang membantu dari awal sehinggalah ke akhir proses, ianya berjaya dilaksanakan.

So, meet, Tengku Sarah Camelia Bt. Tengku Kamarul Ezra.

Bila ku persoalkan kepada Ezra mengenai keperluan menukarkan nama Camelia, jawapannya mudah.

“It’s for her own good.”

Aku sendiri masih keliru di mana keperluannya menukarkan nama Nur Camelia Qistina Bt Harris kepada nama barunya itu. Nampaknya bukan mudah untuk Camelia menerima nama barunya itu.

“Who’s Tengku Sarah Camelia?” soalnya dalam pelat English-Australian-nya itu tatkala dia melihat nama tersebut yang aku tulis pada buku latihan sekolahnya yang baru.

Ezra tersenyum memandang buah hati barunya itu. “It’s your real name, Honey.. The one before you get involved in the plane crash.”

“Oh.. So, you are my parents?”

Aku dan Ezra serentak mengangguk.

“Which one is Mummy and which one is Daddy? Sorry but both of you seems similar to me,” soal Camelia lagi.

Ezra ketawa. “Well Camelia Darling, you can call me Papa and this guy beside me,” dia menepuk bahuku, “you can call him Daddy.”

“Papa..” Camelia memandang Ezra. “Daddy..” Kemudian dipandangnya aku yang menganggukkan kepala.

“Perfect!” Ezra menepuk tangannya.

Aku tersenyum memandang Ezra dan Camelia. “Now, you really have to go to bed because it’s been a very long day for us. See you tomorrow.” Ezra mengangguk mendengarkan kata-kataku. “Good night, Darling.” Aku mengucup lembut dahi Camelia dan Ezra kemudiannya.

“You all right to sleep alone in here?” soal Ezra. Kami membuat keputusan untuk menempatkan Camelia di bilik kosong bersebelahan dengan kamar kami yang telah diubahsuai sebelum kedatangan Camelia lagi. Ezra yang bersungguh-sungguh mengubahsuai bilik ini dengan bantuan Adrianna yang kini bertugas sebagai pereka hiasan dalaman di Eternal Deco Holdings.

Camelia senyum. Senyuman pertamanya semenjak tiba di banglo ini petang tadi. “I’m okay, Papa, Daddy. Don’t worry.”

“She’s so adorable!” ucapku pada Ezra tatkala kami melangkah menuju ke kamar tidur kami.

Ezra tersenyum memandangku. “Suka?”

Aku mengangguk. “Tapi masih rasa awkward nak bahasakan diri sebagai Daddy. Fir rasa Abang pun sama, kan?”

Ezra senyum lagi. Dia mengucup bibirku. “Lama-lama, kita akan biasa, okay Baby Zafir?” Pantas aku berada dalam dukungannya. “God, Fir dah berat lahhh.” Ezra mengenyitkan matanya.

Aku menumbuk manja dada bidangnya. “Jahat tau Abang.”

Ezra meletakkan aku di atas katil. “Hey sexy, I miss you so darned much..” Dia mengucup leherku penuh ghairah.

“Abang.. Slow sikit. Nanti Camelia dengar..”

*

“Hey Darling..” Ezra bersuara di sebelahku.

“Can I sleep with you? I’m scared and I can’t sleep at all.” Camelia pula bersuara di hujung katil.

“Yeah, sure. Get in the middle so that nothing can harm you, Darling,” balas Ezra.

* * * * * * * * *

Eternal Holdings.

Ezra menjengahkan kepalanya ke dalam pejabatku lalu melangkah masuk.

“How’s my Baby today?”

Aku sengaja memuncungkan mulut.

“Uiks. Panjang muncung, what’s up?” soal Ezra sambil tersengih. “Abang ada lupa something ke?”

Aku mengangguk.

Ezra menggaru-garu kepalanya. “Apa dia?”

Aku lantas memusingkan kerusiku membelakangi Ezra.

“Abang lupa ni?” Ezra muncul di sebelahku sambil menghulurkan segugus kunci.

Aku hairan. “Kunci apa ni?”

“Let’s see.” Dia menggosok-gosok janggut nipisnya. “Maybe your brand new Nissan Murano?”

Aku menjerit kegirangan di dalam kamar kerjaku itu lalu memeluk erat Ezra. “ABANGGGGGGG!! Thank you sooooooooooooooooooooooo much!!!”

“Happy 5th Anniversary, Sayang..” Dia mengucup bibirku, lama, sambil memelukku erat. “I’ve reserved the whole Scarlett for our celebration tonight. Is it okay with you, Baby?”

Sekali lagi aku menjerit kegirangan. Scarlett adalah pusat hiburan kegemaranku. “Thanks again, Abang!”

“I love you, Sayang..” Ezra memeluk pinggangku.

Aku senyum memandang ke dalam mata lelaki yang aku cintai ini. “You know what I’m going to answer, right?”

Ezra ketawa. Dia menggeleng, pura-pura tidak tahu.

Aku pantas menarik tangan Ezra ke tingkap pejabatku. “Look outside, dekat iklan billboard depan McD’s tu.”

‘I LOVE YOU KAMARUL EZRA, HAPPY 5th ANNIVERSARY! Love, YOUR BABY.’

“OMG. Fir buat?”

“Technically, the guys from Firdaus Ads yang buat, Fir just bayar dieorang untuk buat benda tu je.” Aku sengih. Mujur Firdaus bersetuju untuk membantuku membuat kejutan kepada Ezra sempena ulang tahun kelima kami walaupun dia meminta bayaran yang tinggi.

Ezra menarik aku ke dalam dakapannya dan merebahkan kami ke atas sofa. Pantas tangannya menanggalkan satu-persatu butang kemejaku....

* * * * * * *

“Kak, macam mana dengan Lia? Dia dah lunch?” soalku pada Kak Rosnah, pembantu rumah kami. Di Teratak Bonda, aku dan Ezra terpaksa meninggalkan Camelia bersama-sama dengan Kak Rosnah. Mama masih belum pulang dari London kerana melawat Abang Nazrin, Abang Imran, Angah dan Bakri di sana, jadi dia belum berkesempatan untuk menatap wajah cucu sulungnya itu.

“Dah Fir. Berselera dia makan. Katanya dah lama dia tak makan lauk sesedap tu.”

“Dia cakap Melayu dengan Akak ke?”

“Yelah. Tapi bunyik macam orang putih la.”

Aku menepuk dahi. Mati-mati aku ingat Camelia tidak fasih berbahasa Melayu. Ezra yang sedang membetulkan tali lehernya melemparkan pandangannya ke arahku. “Anak kita boleh cakap Melayu la Abang!”

Ezra ketawa. “Laaaa. Abang ingat dia pandai cakap English jer.”

“Hah. Takpelah Akak. Akak layan dia dulu. Kejap lagi Fir dengan Abang Ezy balik. Rindu pulak nak jumpa dia.”

Aku meletakkan gagang telefon. Aku ketawa kecil mengingatkan perbualanku dengan Kak Rosnah tadi. “Takde pulak dia keluarkan perkataan Melayu dia ye Bang..”

Ezra memelukku dari belakang. “Dia belajar masa dia tinggal kat Kuantan hari tu kot..”

“Mungkin la kot.. Abang nak balik rumah tak? Fir ingat nak bawak dia pergi shopping sikit. Beli baju baru ke.. Kita pergi sekali lah..”

Ezra melihat jam di tangannya. “Abang ada meeting dengan Tan Sri Naufal kejap lagi. Fir pergi dulu, nanti kita jumpa kat Mall. Fir nak pergi mana?”

“Pavilion. Kalau macam tu, Fir balik dulu ek.”

Ezra mengucup bibirku sebelum aku mencium tangannya.

* * * * * * *

No comments: