Sunday 6 December 2009

ep 22

Teratak Bonda, Bukit Tunku.

“Mama ada something yang nak Mama cakap dengan korang semua ni.”

Abang Imran ketawa kecil. “Serious je ni Mama, Mama nak kawen ke?”

Mama Marissa diam.

“Mama, kenapa ni?” soal Ezra. Camelia berada di ribaannya.

“Imran betul, Mama nak kahwin.”

Aku hampir menjatuhkan kertas kerja yang diberi oleh Marina untuk aku teliti sebelum ianya diserahkan kepada pelanggan untuk dipersetujui. Mulut Abang Nazrin, Abang Imran dan Ezra melopong dibuatnya. Angah yang sedang meneguk air minuman hampir tersedak. Bakri sahaja yang kelihatan bersahaja seolah-olah dia tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Mama Marissa sebentar tadi.

“Owan nak kawen? What’s that?” sampuk Camelia, memecahkan keheningan suasana.

“Lia, shh.. Jangan menyampuk,” tegurku kepada Camelia yang lantas menyambung kembali membaca novel New Moon-nya. “Er, dengan sapa Mama?” soalku, memberanikan diri.

“Dengan Uncle Khalid,” balas Mama Marissa sambil tersenyum.

“Who’s that?” soal Camelia, mengangkat muka dari novel tebal itu.

“Liaaaaa..”

“Okay-okay. Lia senyap.”

“Ezy tak kenal siapa dia and Ezy tak akan setuju, Mama. Mama ada kiteorang semua, kenapa Mama nak kawen lagi?” bentak Ezra, menghempaskan surat khabar ke atas lantai. “Come on, Mama. Mama bukan muda lagi.”

“Ezy, jangan macam ni. Kita dengar dulu apa Mama nak cakap, okay?” tegur Abang Imran. “Siapa this Khalid guy, Mama? Im tak pernah dengar pun pasal dia? Yen, ko pernah dengar?”

Abang Nazrin menggelengkan kepalanya. “Tiba-tiba je ni Mama. Kan kiteorang semua dah balik ni. Mama dah ada cucu dah ni pun..” kata Abang Nazrin sambil merujuk ke arah Camelia yang aku tahu sedang memasang telinga akan perbincangan ini.

Mama Marissa menarik nafas panjang. “Dia salah seorang pekerja kita.”

Ezra mendengus. “Sah-sah nak kikis harta Mama. Tolong la Mama. Dia dah letak ubat guna-guna ke kat Mama ni?”

“Ezy, tolong jangan salah faham dengan Uncle Khalid. Mama kenal hati budi dia, sayang..”

“Mama kenal hati budi dia atau tak, pokok pangkalnya, Ezy tetap tak setuju dengan perkahwinan ni Mama. Jom naik Lia.” kata Ezra lalu berlalu ke tingkat atas sambil mendukung Camelia.

Aku menggelengkan kepala dengan sikap Ezra. Sikapnya memang sukar dijangka.

Mata Mama Marissa mula berkaca. “Mama pun nak hidup bahagia macam anak-anak Mama..”

Abang Nazrin yang duduk bersebelahan dengan Mama pantas memeluk bahu Mama-nya itu. “Yen faham, Mama. Yen setuju dengan perkahwinan ni, Mama. Yen sanggup buat apa saja asalkan Mama gembira.”

“Thanks sayang.” Ucap Mama Marissa sambil mengusap wajah Abang Nazrin.

“Im?” soal Abang Nazrin.

Abang Imran memandang tepat ke mata Angah dan Angah hanya mengangguk. “We’re with you, Mama.”

Abang Nazrin mengangguk. “Fir?”

“Er.. Fir tak tau la macam mana. Fir ikut je, as long as Mama happy.”

“That means you are agree, right?”

Aku mengangguk perlahan.

“Bakri, I tau you setuju punya.” Kata Abang Nazrin.

Bakri tersenyum nipis.

“Nampaknya kita kena interview Uncle Khalid, okay guys?”

Semua mengangguk setuju dan Mama Marissa nampaknya gembira dengan keputusan anak menantunya itu, namun di sebaliknya, aku tahu dia bersedih dengan sikap Ezra yang aku rasa terlalu mengikut perasaan.

* *

“If Mama insist nak kawen jugak, kita akan pindah balik ke Mont Kiara. Titik. Tolong jangan argue, sayang,” kata Ezra sebaik sahaja kami masuk ke kamar selepas bersama-sama mengucapkan selamat malam kepada Camelia di bilik sebelah. “I just don’t get it. Kenapa baru sekarang baru dia cakap nak kahwin after 10 years arwah Papa meninggal?”

Aku senyum lalu merebahkan tubuhku ke atas katil. “Kalau Mama cakap macam tu 10 tahun dulu, Abang rasa Abang akan setuju ke?”

“Well.. Of course not..” Dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kerjanya.

“Then, what’s the different? Sama je kan?”

Ezra mengeluh panjang. “Sayang, Abang bukan apa. Tapi Abang rasa mamat tu just nak kikis harta keluarga kita je. Kita tak tau niat sebenar dia.”

Aku ketawa sambil menggelengkan kepala. “Abang ni, banyak sangat tengok Cerekarama lah. Tu pasal jadi macam ni.” Tiba-tiba datang satu idea di dalam kepalaku. “Mama kata dia salah seorang pekerja kita. Apa kata, esok kita cari this Uncle Khalid, then kita kenal-kenal dengan dia. Nak?”

Ezra hanya diam. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi kerja yang didudukinya sebentar tadi sambil berpeluk tubuh.

“Kalau Abang tak nak, Fir buat sorang.”

“Sayang buatlah. Tak kuasa Abang nak jumpa mamat tu.”

Aku senyum mendengarkan kata-kata Ezra. Memang keras hati lelaki ini.

“Tak nak kiss Fir dulu? Fir ngantuk laaa.”

Ezra senyum memandangku. Senyuman pertamanya malam ini. Dia lalu mengangkat punggung dari kerusinya dan melangkah ke katil. “Good night, sayang.. Sweet dreams.” Dia mengucup dahiku lalu menyelimutkan aku dengan selimut tebal itu. “Abang nak buat kerja kejap, okay?”

Aku mengangguk, mataku terlalu berat untuk membalas kata-katanya itu.

* *

Hartamas.

Darren mengangkat panggilan dari Boss-nya itu. “’Sup?”

“Darren! Ko kenal tak any of our employees nama Khalid?” soal Ezra di hujung talian.

Darren menggaru-garu kepalanya. Otaknya ligat berfikir tentang nama yang baru sahaja disebut oleh Ezra tadi. Fazrina yang sedang mabuk disebelahnya sudah mula hilang kawalan, dia sudah mula mengucup bibir Darren. Darren yang tidak selesa dengan keadaan itu menolak tubuh genit Fazrina lalu bangun dari sofa yang didudukinya sejak 3 jam yang lalu. “Tak kot. Kenapa? Scandal ke?”

Ezra baran dengan soalan Darren itu, main-main pulak dia. “Scandal kapala hangguk ko.”

“Habis tu?”

“Nantilah aku cerita, sekarang ni aku nak ko cari siapa dia Khalid tu, then esok pagi-pagi ko bawak datang pejabat aku. Faham?”

“Er, ko boleh bayangkan tak?”

Ezra mendengus. “Bayangkan apa?”

“Eternal ada nearly 10,000 employees across the country, tak termasuk yang kat overseas, how on earth aku nak cari seorang lelaki yang namanya Khalid??”

“Ko kecikkan la skop carian ko tuh. Cari yang keje kat HQ jer. Kalau ada 5 Khalid, ko bawak la lima-lima tu datang pejabat aku. Senang kan?”

Darren sengih sendirian. “Kalau ada 20?”

“Ko bawak je la sengallll!”

“Hah. Roger Boss!”

Klik! Ezra telah menamatkan panggilannya. Darren menggelengkan kepalanya lalu berpaling kembali kepada Fazrina yang setia menantinya di sofa. “Sorry sayang, I kena pergi, I ada kerja. See you next time!” katanya kepada Fazrina, namun hakikatnya, dia tidak akan bertemu kembali dengan Fazrina. Dia akan mencari perempuan lain bagi memuaskan nafsunya. Adrianna ditinggalkannya seorang diri di rumah memandangkan isterinya itu sedang mengandung dan tidak dapat melayan dirinya seperti sebelum mereka berkahwin dulu. Dia melayangkan ciuman kepada Fazrina yang kelihatan kecewa.

* * *

TGI Friday’s, Damansara.

“Sayang, Abang tak dapat datang la, ada meeting dengan Dato’ Johan ni,” kata Ezra di telefon bimbitku. “Semua dah ada ke?”

Aku mengeluh. “Abang, Fir tau Abang tak datang sebab Uncle Khalid ada kan?”

“Er..”

“Abang, dah la tu, datang la. Fir takut Mama kecik hati je..”

Ezra diam di hujung talian.

“Abang, please? Datang, okay?”

“Tengok la macam mana.. Abang tak ada mood la sayang..”

“Adakan la mood tu.”

Ezra ketawa kecil. “Sayang, Abang betul-betul ni..”

“Fir pun betul-betul gak ni. Kalau Abang sayangkan Mama, Abang datang, okay?”

“Hah, jangan nak buat Abang serba-salah pulak.”

“Lia tanya Papa dia tak datang ke?”

“Lagi nak buat Abang serba-salah kan?”

“Dah tau serba-salah, datang laaa.”

“Ya Allah, sayang, Abang betul-betul ada meeting dengan Dato’ Johan la.”

“Fir dah suruh Fiona canceled kan semua appointments Abang untuk malam ni. So, Abang dah takda alasan nak mengelat. Sila datang ke TGI, sekarang.”

Aku dengar Ezra mengeluh. “Ye la, ye la. Abang datang.”

Aku tersenyum puas dengan jawapan Ezra itu. “Hati-hati drive ye Abang, kiteorang tunggu Abang.”

“Okay sayang. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Klik!

*

“You ni security kat pintu masuk ke Eternal, kan?”

Semua yang berada di meja makan terdiam dengan soalan yang dilontarkan oleh Ezra kepada Uncle Khalid.

“Abang..” aku meletakkan tanganku di atas tangan Ezra di bawah meja, kerana khuatir rahsia hubunganku dengan Ezra akan terbongkar kerana Mama dan Angah turut ada di majlis makan malam ini. Abang Rizal pula sudah sedia maklum dengan hubungan songsangku. “Apa ni?”

Ezra hanya mengerling ke arahku.

Uncle Khalid hanya tersenyum dengan soalan Ezra itu. Dia menganggukkan kepalanya, perlahan. “Ye saya. Saya yang selalu bukakan pintu untuk Encik Ezy.”

“It’s Ezra, please. Ezy tu untuk family and kawan-kawan rapat saja, thanks,” balas Ezra, dingin. “So, what do you expect from my mother? Money?”

Aku menggelengkan kepalaku dengan sikap Ezra. Dia tidak akan pernah menerima Uncle Khalid di dalam keluarga ini.

“Ezy, kan Uncle Khalid ni akan jadi part of our family jugak..” kata Abang Nazrin sambil meneguk 7-Up. “And it’s not nice to say something like that to our future-stepfather,” katanya lagi, berbaur amaran.

Ezra hanya buat tidak tahu dengan kata-kata Abang Nazrin, buat-buat leka melayan kerenah Camelia yang tidak habis-habis bercerita tentang sekolahnya.

Suasana hening seketika, hanya kedengaran bunyi muzik yang dimainkan oleh sekumpulan pemuzik dari restoran berhampiran.

“Em.. Guys, Im nak buat announcement ni.” Abang Imran berdiri di tempatnya. Dia mengenggam erat tangan isterinya. Angah hanya tersenyum manis memandang semua ahli keluarga kami. “8 bulan akan datang, family kita akan bertambah seorang lagi,” umumnya gembira. “D’s pregnant.”

“OMG.”

“Really?”

“Bertambah riuh la rumahhh!”

“Congratulations sis!”

“Lia dapat cousin! Yay!” sorak Camelia akhirnya.

Kedua-dua Mama-ku adalah yang paling gembira dengan berita itu. “What a perfect day!” ucap Mama Marissa. “Pagi tadi Khalid proposed me and now Diana pulak pregnant..” bisik Mama Marissa kepada Mama-ku.

“What?!” bentak Ezra, walaupun Mama-nya memperlahankan suaranya, tetapi dia masih dapat mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Mama-nya itu. “Orang tua ni dah proposed Mama?”

“Ezy, calm down..” Abang Nazrin mengusap-usap bahu Ezra. “Mama pun nak bahagia macam kita, kita kena terima pilihan yang Mama dah buat, okay?”

Ezra menggeleng-gelengkan kepalanya. “Ezy tak dapat terima, Abang Yen.. Zafir, Lia, jom balik!”

“Er..”

“BALIK!”

* * * * *

No comments: