Thursday 3 December 2009

ep 21

Royale Bintang, Damansara.

Bunyi ketukan di pintu membuatkan aku terjaga dari lenaku. “Uh..”

“Biar Abang bukak. Maybe breakfast yang Abang order tadi kot,” Ezra menuruni katil dan bergerak ke pintu kamar dengan hanya memakai boxer. Ah, di manakah kami tika ini? Seingat aku, tempat terakhir kami berada adalah di Sanctuary, menari sakan di lantai tari. “Thanks ya. Nah, tips.” Kedengaran Ezra berkata-kata kepada seseorang di depan pintu kamar sebelum menutup rapat pintu tersebut. Ezra kembali ke katil dengan dulang di tangannya. “Sayang, breakfast!”

Aku menggosok-gosok mataku, masih mamai sebenarnya. “Kenapa kita ada kat hotel ni Bang..?”

Ezra duduk di sebelahku lantas memeluk bahuku. Aku merebahkan kepala ke bahunya. “Fir mabuk semalam.. Abang tak nak Camelia or Mama nampak, tu yang Abang check in kat sini. Abang dah called Mama, cakap kita ada hal sikit, tak dapat balik. Tengahari karang kita balik la, okay? Abang dah janji nak lunch kat rumah dengan Mama sebab dah lama tak lunch dengan dia.”

Aku memainkan jariku di dada sasa Ezra.

“Fir naughty kalau mabuk, eh?” Dia menggenggam erat jari jemariku lalu mengucup lembut tanganku.

Aku tersenyum manja dengan kata-kata Ezra itu. Kami berdua agak sibuk kebelakangan ini sehingga tidak mempunyai masa untuk satu sama lain. “Abang suka ke kalau Fir macam tu?”

“Of course la Abang suka. Tapi naughty dengan Abang je tau.” Ezra mengucup bibirku lagi, lama kali ini. “Jom la makan.. Abang lapar ni. Semalam ‘kerja keras’ dengan Fir kan,” kata Ezra sambil tersenyum nakal.

“Meh, biar Fir yang suapkan untuk Abang.” Aku membetulkan dudukku di atas katil, duduk menghadap Ezra. Aku menyuapkan roti bakar berisi butter ke dalam mulut Ezra. “Abang, what do you think of Marina?”

“Em.. She’s a nice girl and pretty, why? I like her so much.” Dia mengunyah roti bakar itu didalam mulutnya. “Nak pinangkan dia untuk Abang ke?” kata Ezra lagi sambil mengenyitkan matanya.

“Gatal. Memang nak pinang, tapi bukan untuk Abang.” Aku menjeling manja ke arah Ezra. “Tapi untuk Abang Rizal, okay tak?”

Ezra ketawa. “Laaa. Sejak bila pulak Eternal bukak agensi mencari jodoh ni?” Dia menyuap pula kepingan roti bakar ke dalam mulutku. Aku mencebik mendengarkan kata-katanya itu, dan dia tersenyum pula sebelum berkata, “Abang gurau je la tadi. Er, masalahnya, Abang Rizal nak ke? Dulu masa Abang kenenkan dia dengan Fiona, dia tolak mentah-mentah. Tapi tak tau la kot si Fiona tu bukan taste dia. Kita boleh cuba kenalkan Abang Rizal dengan Marina kalau sayang nak. Maybe kita buat dinner ke?”

Semenjak berpisah dengan Kak Iza lebih setahun yang lalu, keadaan Abang Rizal seakan-akan tidak terurus sehinggakan Mama terpaksa berpindah ke rumah Abang Rizal di Taman Seputeh bagi memerhatikan keadaannya. Banyak masalah rumah tangganya yang kami tidak tahu kerana dia banyak berahsia. Malah, kami langsung tidak tahu apakah punca perpisahan Abang Rizal dan Kak Iza. Maka aku berharap, dengan adanya Marina, ia sedikit sebanyak dapat mengubat luka di hati Abang Rizal. “Oh, dinner.. Betol jugak tu Abang. Nanti Fir discuss dengan Mama and Mama Marissa, okay?”

Ezra mengangguk setuju. “Kalau boleh tunggu la orang-orang kat London balik dulu. Abang rasa dieorang balik next weekend.” Ezra menghabiskan kepingan terakhir roti bakarnya. “Abang pergi basuh tangan jap sayang..”

Fikiranku sudah mula mencongak untuk mengadakan majlis makan malam tersebut. Nampaknya aku harus mengadakan majlis tersebut di luar kerana ramai yang akan menghadiri majlis tersebut. “Abang, kita nak invite orang lain apart of our family tak?”

“Like?” balas Ezra dari dalam kamar mandi.

Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. “Er.. Ntah?”

Ezra senyum kepadaku tatkala keluar dari kamar mandi. “Then, tak perlulah kot. Kita ajak family and Marina je, lagipun dah lama tak buat family gathering kan?”

“Yeah, and it’s time jugak untuk introduce Camelia kat family Fir.” Aku meneguk jus oren sambil mencatatkan senarai ahli keluarga kami di dalam kepingan kertas. “Kita buat kat TGI, nak tak? Fir boleh mabuk lagi..” Aku senyum nakal.

Ezra ketawa dengan cadanganku itu. “Depan semua family members kita? Hell no, sayang.” Ezra memeluk pinggangku dari belakang. “I’m fine with TGI, tapi tak nak mabuk-mabuk, okay?”

“I’m just kidding la Abang. Kalau Fir rasa Fir dah lama hidup, Fir mabuk la depan Mama and Along, confirm kena cincang.” Aku menggeliat kegelian tatkala Ezra mula mencumbui leherku. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. “Hari ni Sabtu, kan?”

“Uhuh, why?” Ezra menjawab sambil terus mengucup leherku dari belakang.

“OMG.”

Ezra berhenti dari mengucupku. “Kenapa ni sayang?”

“Fir janji dengan Camelia, kita nak bawak dia keluar jalan-jalan. Gosh, macam mana Fir boleh lupa ni..”

“La.. Kenapa Fir plan, tak cakap dengan Abang?”

“Masa tu Abang tak ada la. Abang pergi Kuching.”

“Dah-dah, jom pergi mandi, karang muncung panjang sedepa macam Daddy dia. Like father, like daughter.”

Aku mencebik dengan kata-kata Ezra itu.

* * * * * *

Starbucks, KLCC.

Nazrin meneguk Cafe Latte kegemarannya. “I miss you so much sweetheart,” ucapnya sambil menggenggam erat tangan kekasih hatinya yang duduk bertentangan dengannya. Walaupun sudah lebih setahun tidak bertemu, tetapi mereka masih berhubungan namun secara sulit.

Lelaki dihadapannya itu tersenyum, menampakkan lesung pipitnya. “Bila Abang balik dari London?”

“Baru je sampai, terus datang ke sini lepas Syed Faisal kata sayang kerja kat sini. Kenapa sayang tak pernah cakap sayang kerja kat sini?” balas Nazrin. Dia tidak perlu risau akan Bakri kerana lelaki itu masih berada di London kerana terpaksa menduduki peperiksaan akhir semesternya. Jadi ini adalah peluang terbaiknya untuk bertemu dengan kekasih gelapnya ini. “Kenapa resign dari MAS?”

“Laa.. 13 hours kan flight, kenapa tak balik rehat dulu? Mesti Abang penat, kan?” Dia senyum lagi. Dia tahu Nazrin sudah berpunya, tetapi dia sendiri keliru mengapa dia masih tetap melayan perasaan Nazrin. Malahan, dia tidak menjangka akan kedatangan Nazrin ke tempat kerjanya di Starbucks hari ini. “Boyfriend Abang takde ke?”

Nazrin senyum. “Abang tak kesah penat, asalkan dapat jumpa dengan sayang Abang ni.. Kan Abang tanya tadi, kenapa sayang resign dari MAS?”

Lelaki itu diam.

“Sayang, napa ni?”

“MAS bagi dua pilihan, ambil cuti tanpa gaji selama sebulan and dieorang boleh buat apa saja dieorang nak termasuk terminate selepas cuti atau berhenti secara sukarela and dieorang akan bagi 2 bulan gaji.”

“And sayang pilih untuk berhenti?” duga Nazrin.

Lelaki itu mengangguk. “What other choice do I have?”

“Kenapa tak cakap dengan Abang?”

“Abang kan dah ada boyfriend, nanti apa pulak dia kata..” Dia melemparkan senyuman sinis kearah Nazrin. “Lagipun, lepas bercerai dengan Iza, I rasa I dah hilang segalanya.”

“Tapi sayang kan ada Abang, what’s the problem? In fact, Iza curang kan.”

Lelaki itu senyum sinis lagi. “Habis tu, Abang tak curang?”

Nazrin sengih. “Kes Abang lain..”

Dia mencebik. “Apa yang lainnya? I rasa sama je. Iza dah ada suami, tapi curang dengan laki lain. Abang dah ada boyfriend, tapi masih jalinkan hubungan dengan I, what’s the different?”

Nazrin menggaru-garu kepalanya. Ternyata dia tidak dapat menahan dirinya dari menyukai lelaki di hadapannya walaupun dia memang menyayangi Bakri sepenuh hatinya. “Sayang, dari mula-mula kita kenal, Abang dah sukakan sayang. Kenapa, sayang tak suka Abang?”

“Bukan macam tu. Tapi, entah la Abang. I tak ready lagi.. Kalau family Abang dapat tau, macam mana? Dengan my sister dah jadi adik ipar you. Zafir dengan Ezra. Macam mana?”

Nazrin senyum. “Sayang jangan risau pasal tu, okay? Abang jamin, takkan ada orang tahu pasal kita.”

Lelaki itu melepaskan keluhan berat.

“I love you Rizal.” Ucap Nazrin.

* * *

“Er, Fir bawak Lia pergi tengok toys dulu, okay? Nanti Abang datang. Abang ada hal kejap,” kata Ezra sambil menghulurkan kad kredit MasterCard Platinum-nya kepada Zafir. “Jangan boros, okay? Abang tau kad kredit sayang dah exceeded the limit, kan?”

Zafir sengih lalu menyambut kad kredit itu. “Alaa.. Belanja pun, untuk kita dan anak kita jugak Abang..” balas Zafir. “Abang ada hal apa ni?”

“Pandai dia bagi excuse tau.” Ezra mencuit hidung Zafir. “Hal company, kejap je. Abang pergi jumpa client kat Coffee Bean, sekejap je. Lia, dengar cakap Daddy, okay? Jangan nakal-nakal. Nanti Papa babap karang.” Ezra mengucup dahi anaknya yang mengangguk manja.

“Love you Papa,” ucap Camelia yang berada di dalam dakapan Zafir.

Ezra senyum. “Love you too Honey.”

Selepas Zafir dan Camelia hilang dari pandangannya, dia bergegas ke Starbucks bagi memastikan apa yang dilihatnya sebentar tadi adalah benar. Mujurlah Zafir tidak nampak apa yang dia nampak. Dadanya berdegup kencang tatkala kakinya menghampiri Starbucks. “Takkanlah Abang aku?” soalnya didalam hati. Dihadapannya, dua lelaki yang amat dikenalinya. Dua lelaki inilah yang dilihatnya sedang berpegangan tangan walaupun mereka berdua berada di tempat terbuka, seolah-olah tidak menghiraukan pandangan orang lain. “Abang Yen? Abang Rizal?”

Nazrin dan Rizal serentak memandang Ezra yang berdiri di sebelah meja mereka. Riak terkejut jelas terukir di wajah ketiga-tiga mereka. “Ezy.. Ezy buat apa kat sini?” soal Nazrin.

“I need to talk to you, Abang Yen. Alone, please,” ucap Ezra sambil melemparkan pandangannya ke arah Rizal.

“Er, I pergi sambung kerja dulu,” kata Rizal lalu bangun dan terus berlalu.

Ezra mengambil tempat yang ditinggalkan oleh Rizal. “What were you thinking, Abang?”

Nazrin cemas. “What do you mean by that?”

“Abang, Ezy nampak Abang holding hands dengan Abang Rizal, apa cer ni?”

Nazrin ketawa. “Mana ada pegang tangan la, Ezy silap nampak kot. Mungkin orang lain. Abang just datang singgah sini je, borak-borak kosong dengan Rizal, salah ke?”

“Abang, please lah. Takkan la Ezy tak kenal abang sendiri? Baik Abang mengaku dulu, sebelum Ezy tanya sendiri dengan Abang Rizal,” ugut Ezra. “Abang scandal dengan dia ke? That’s why dia bercerai dengan Kak Iza?”

Nazrin diam.

“Jawab la Abang.”

“Well, I don’t think Abang yang menyebabkan rumahtangga diaorang runtuh. But I admit, memang Abang sukakan dia. Cuma dia yang masih tak pasti dengan perasaan dia.”

“Ya Allah..” Ezra meraup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. “So, it’s true la dia scandal Abang? Nasib baik tadi Zafir tak nampak korang, tau tak?”

“Zafir’s here?”

“Of course he’s here. Ezy bawak dia dengan Camelia shopping. Now, macam mana?”

Nazrin keliru dengan pertanyaan adiknya itu. “Macam mana apa?”

“Abang Bakri macam mana? Dia masih lover Abang, kan?”

“Harus lah. Dia tak tau pun Abang dengan Rizal, kalau dia tau, mau mati Abang dikerjakannya.”

Ezra menggelengkan kepalanya. Nampaknya sikap buaya abangnya ini masih belum hilang. Nazrin cepat bosan dengan apa yang dimilikinya. “Abang jangan main-mainkan Abang Rizal, dia dah la bercerai dengan bini dia, karang kalau Abang pulak buat hal, meroyan dia karang.”

Nazrin senyum. “Abang betul-betul sukakan Rizal, Ezy.. Dah lama. Dulu dia selalu cerita dengan Abang pasal masalah dia dengan Iza. Abang dengar je la, mula-mula tu kesian, tapi last-last, Abang jadi suka pulak kat dia.”

“Itu ambik kesempatan namanya,” balas Ezra sambil menjeling ke arah Rizal yang sedang bertugas di kaunter Starbucks. “What on earth is he doing behind that counter?”

“Kerja la, apa lagi?”

“Here, in Starbucks? Since when?”

Nazrin menjungkitkan bahunya, tanda tidak tahu. “Syed Faisal yang kata dia nampak Rizal kerja kat sini, then dia bagitau Abang. That’s why Abang ada kat sini sekarang.”

“You fly from London to KL just because Syed Faisal told you Rizal kerja kat sini?”

Nazrin mengangguk. “Is there any problem, bro?”

“Mental.”

Nazrin sengih.

Ezra menggelengkan kepalanya. Dia langsung tidak mengerti dengan sikap abangnya ini. Perangainya jauh berbeza dengan anak-anak Allahyarham Tengku Farith yang lain. “Memang complete, Bang.”

“Apa yang complete?”

Ezra senyum memandang Nazrin. “Yelah, Abang telah berjaya menyatukan keluarga Tengku Farith and keluarga Al-Jeffrey. Abang dengan Abang Rizal. Abang Im dengan Kak Diana and Ezy pulak dengan Zafir. Nasib baik la Kak Lynd tu dah kawen sebelum dia jumpa anak-anak Tengku Farith and nasib baik la kita ni ada 3 beradik je Bang..”

Nazrin ketawa dengan kata-kata adiknya itu.

* * * * * *

No comments: