Sunday 12 April 2009

ep 12

Teratak Bonda, Bukit Tunku.

 

Ezra memandang tepat ke arahku. Abang Nazrin juga begitu. Bakri sudah hilang entah kemana. Aunty Marissa yang kini aku panggil Mama pula tidak ambil pusing terhadap apa yang terjadi siang tadi, membela tidak, marah pun tidak. Entah mana satu. Abang Rizal pula sudah pulang ke rumahnya selepas menghantar aku pulang.

 

Air muka Ezra keruh. Marah benar dia hari ni padaku. Aku tidak menyangka tindakanku melarikan diri dari Bakri tadi bakal mengundang kemarahan lelaki ini.

 

“Lain kali, jangan nak ke mana-mana selagi Ezy tak datang ambik. Faham?”

 

Perlahan-lahan aku menganggukkan kepalaku.

 

Ezra kemudiaannya berlalu meninggalkan ruang tamu, memanjat tangga ke tingkat atas. Aduh! Aku tidak suka keadaan tegang seperti ini.

 

“Abang Yen.. Fir mintak maaf..”

 

“Hm..” Abang Nazrin langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. “Fir pergi lah pujuk Ezra tu. Abang nak packing barang.” Dia juga bangun dari sofa, dan berlalu ke kamarnya. Kini tinggal aku dan Aunty Marissa sahaja di ruang tamu.

 

“Mama, Mama pun marah Fir?”

 

Aunty Marissa tersenyum. “Taklah.. Kalau Mama di tempat Fir pun, Mama akan buat benda yang sama. Mama faham keadaan Fir. Bakri tu bekas kekasih Fir, Mama tahu..”

 

Aku tersenyum nipis. Langsung tidak terperanjat dengan kenyataan Aunty Marissa tentang Bakri kerana wanita itu tahu tentang semua benda mengenai anak-anak dan ‘menantu’nya yang seorang ini. “Thanks Mama. Mama je yang bela Fir dalam hal ni.”

 

“Sudah.. Pergi pujuk Ezy. Tak lama marahnya tu. Esok-esok dia okay la tu. Fir jangan risau okay?”

 

Aku mengangguk lemah. “Fir naik dulu ye Mama.”

 

*

 

“Ezy, marah Fir lagi?”

 

Ezra hanya membatu di atas katil. Tangannya disilangkan di atas dahinya. Tabiatnya ketika marah.

 

“Ezy, jangan la macam ni. Fir mintak maaf, okay? Ezy tau kan betapa bencinya Fir pada Bakri tu.. Please, maafkan Fir..”

 

“Hm..”

 

“Cakap la something Ezy..” Aku melabuhkan punggung di atas katil, bersebelahan dengan Ezra. “Fir tak suka la kalau macam ni.”

 

“Kalau tak suka, jangan buat benda bukan-bukan. Buat something tu, guna sikit kepala otak tu. I ni dah la penat kerja, you pulak buat benda macam tu. You tak fikir ke? Hah?” Ezra bangun dari pembaringannya. Aku sedikit tersentak dengan kata-kata yang diucapkannya sebentar tadi. “I penat tau tak mencari you, dari Sunway sampai ke Ampang. Handphone pulak you off. You ni sengaja nak cari gaduh dengan I kan?”

 

Aku menundukkan kepala, sungguh tidak menyangka yang Ezra akan menengking aku malam ini. Aku cuba untuk memahami yang dia kepenatan kerana urusan kerja di pejabat tapi kalau sampai dia melakukan perkara-perkara yang dia tidak pernah lakukan selama ini seperti menengking ini, aku juga boleh hilang sabar.

 

“Hey, I cakap dengan you ni, you dengar tak?”

 

Entah ke mana perginya kelembutan dalam nada suaranya terhadapku selama ini.

 

“Fir tak pekak lagi.”

 

“Then? Yang you senyap je, kenapa?”

 

“Fir malas nak bertekak dengan Ezy. Fir tau Ezy penat, Ezy rehat la dulu. Fir nak mandi sekejap.”

 

“Zafir!”

 

Aku memekakkan telinga sambil melangkah masuk ke kamar mandi. Tak kuasa nak bertekak dengan lelaki itu malam ini. Sudah kerap kali kami berselisih faham semenjak dia memulakan tugas di Eternal Holdings itu. Aku tahu, mungkin dia kepenatan setelah seharian di pejabat, tetapi suara-suara jahat di dalam fikiranku sudah mula membisikkan kalimah-kalimah menghasutku.

 

‘Ezra sudah mulai curang, you better watch out.’

 

“Takkanlah.. Ezy bukan macam tu..”

 

‘Dia dah mempunyai duit sendiri sekarang, lelaki, jangan dipercayai sangat. Bila-bila masa dia boleh mempunyai pasangan lain.’

 

Aduh! Benarkah? Atau aku terlalu terpengaruh dengan drama-drama tempatan di televisyen? Aku buntu.

 

*

 

‘Fir keluar. Jangan cari Fir, nanti Fir balik sendiri. Kita kena fikirkan hala tuju hubungan kita ni. Take care Ezra. Hugs and kisses, Zafirul Zafir.’

 

Aku meletakkan nota itu di bawah beg duit Ezra di meja sisi katil kami tatkala dia sedang lena diulit mimpi. Aku nekad, aku akan keluar dari rumah ini malam ini jugak. Aku rasa kami perlu memikirkan samada kami masih lagi serasi, dan dia juga harus memikirkan perkara yang sama.

 

Suasana di dalam rumah sunyi sekali, mungkin semua penghuninya sudah tidur. Ah, Abang Nazrin akan berangkat ke London esok bersama-sama dengan Abang Imran. Maafkan Fir, Abang, sebab tak dapat temankan sampai ke lapangan terbang.

 

Teksi yang aku minta datang untuk menjemputku sudah tiba di hadapan rumah. Entah bila aku akan kembali ke banglo mewah ini lagi, biarlah masa yang menentukannnya. Aku sudah tidak larat untuk memikirkan segala benda.

 

“Ada ke bas lewat-lewat malam macam ni Encik?”

 

“Er.. Ada rasanya..” Aku sendiri tidak pasti samada bas untuk ke Terengganu masih ada atau tidak selewat ini. Ah, kalau tak ada pun, aku akan bermalam di sana dan pagi-pagi esok, aku akan pulang ke Terengganu. Lagipun, sekarang ini cuti semester, jadi aku tidak perlu risau tentang class.

 

Telefon bimbitku berdering. Ah. Tertera nama Ezra di skrin. Adakah dia sudah terjaga? Awalnya..

 

Angkat atau tidak?

 

“Yeah?”

 

“Fir nak pergi mana?”

 

“Around the world.”

 

Ezra mengeluh di hujung talian. “Fir, please, jangan buat macam ni.”

 

“Fir bersalah, and Fir rasa kita dah tak macam dulu.”

 

“Ezy yang salah sebenarnya. Ezy terlalu pentingkan diri Ezy. Fir balik rumah, okay?”

 

Aku menggeleng, walaupun aku tahu dia tidak dapat melihat gelenganku itu. “Fir dah nekad and Fir takkan ubah fikiran Fir. Nanti Fir balik lah bila Fir rasa nak balik.”

 

Klik!

 

* * * * * * * * * * * * *

 

Universiti Teknologi Petronas, Perak.

 

“Nak letak mana ni? Berat lahhh.”

 

“Ko niii. Kejap la. Aku tengah kemas tempat ni jap.”

 

Aku meletakkan pasu bunga itu di atas tanah. Penat!

 

Zara tersengih melihatku. “Aku dah kata tak payah, ko nak jugak buat. Amik kau!”

 

“Aku tak sangka la berat macam ni. Kalau aku tau, aku pun tak nak buattt!”

 

Zara sengih lagi. Ah. Sudah lama kami tidak macam ni. Aku berada di Perak walaupun pada mulanya aku berhasrat ingin pulang ke Terengganu tapi mengubah fikiran kerana aku rasa Ezra akan senang menemui aku sekiranya aku pulang ke Terengganu. Maka, yang terlintas di fikiranku tika itu adalah Zara.

 

Ezra? Setiap masa dia akan menelefon aku walaupun aku tetap tidak memberitahunya di mana aku berada. Tidak jemu lelaki itu bertanya khabar dan bertanyakan samada aku masih mempunyai duit belanja. Oh, aku masih belum sengkek lagi, okay?

 

“Zafir! Ko still tak nak bagitau aku kenapa tetiba je ko muncul depan rumah aku ni? Dah 2 minggu dowh.”

 

“Malas laaaa.”

 

“Ko gaduh dengan mamat tu ker?”

 

“Kind of.”

 

“Putus?”

 

Aku menggeleng.

 

“Habis tu?”

 

“Saje. Tak boleh ke?”

 

“Ngada-ngada.”

 

Aku sengih. “Mana Pojie? Dari pagi aku tak nampak dia.”

 

“Bukan aku yang tido umah dia. Ko yang tido sana, tanya aku watpe?”

 

Hish. Housemate sementara aku itu entah ke mana hilangnya. Dia cuma meninggalkan 3 keping roti bakar dan nescafe di atas meja makan pagi tadi untukku. Aduh. Baik sungguh lelaki itu. Dia yang menawarkan aku menumpang di rumahnya tatkala Zara sendiri bingung di mana dia ingin menempatkan aku. Tambahan pula Pojie sendiri tidak mempunyai housemate.

 

“Jom pegi Ipoh nak? Bosan la Tronoh ni. Panas lak tu,” ajakku sambil meletakkan pasu bunga didalam stor yang sudah siap dikemas oleh Zara itu. “Aku belanja ko Starbucks, nak?”

 

Zara ketawa. “Dari ko belanja aku kopi, better ko belanja aku duit minyak!”

 

“Mana-mana je lahh.”

 

*

 

Ipoh, Perak.

 

Ternyata selama ini aku silap dalam menilai sahabat-sahabat Zara. Sepanjang dua minggu aku disini, mereka melayan aku dengan baik sekali. Sangkaanku jauh meleset.

 

“Eh guys. Sorry la selama ni kalau aku salah faham pasal korang.”

 

Zara hanya tersenyum. Sarah yang duduk disebelahku menepuk-nepuk bahuku. Izham dan Firdaus menahan gelak mereka. “Ko salah faham ape pasal kiteorang neh?” soal Edora.

 

“Er.. Takdelah. Aku rasa korang dah rampas bestfriend aku,” kataku sambil mengerling ke arah Zara.

 

“Ya Allah Zafir. Takdelah. Ko percaya tak, everytime kiteorang lepak sama-sama, Zara asyik cakap pasal ko je. Eventhough dia couple dengan senior kiteorang tu, tapi dia still cakap pasal ko dengan mamat tu, sampai mamat tu naik fed up, tau?” Terang Sarah panjang lebar. “And kiteorang takkan pernah rampas someone’s bestfriend, okay?”

 

Aku hanya mengangguk. “Thanks sebab treat aku dengan eloknya sepanjang dua minggu ni.”

 

“Ko nak balik dah ke?” soal Pojie yang sedari tadi mendiamkan diri.

 

Aku mengangguk lagi.

 

“So soon?” kata Firdaus. “Cuti ko kan lama lagi.”

 

Aku senyum. “Aku nak balik Terengganu pulak. Dah lama tak jenguk family aku. Nanti kalau aku free, aku datang la sini lagi. Seronok dapat kenal dengan korang semua.”

 

Mereka semua senyum, kecuali Zara.

 

“Zara?”

 

“Hm..?”

 

“Tiket aku malam ni, ko tolong hantar aku ke stesen bas, boleh?”

 

Zara mengangguk.

 

“Nak ikut!” laung Sarah, Edora, Firdaus, Izham dan Pojie serentak.

 

Aku senyum.

 

* * * * * * * * * * * * * * * *

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments: