Monday 15 June 2009

ep 13

Stesen Bas Ipoh, Perak.

“Seriously, aku benci kita berada jauh antara satu sama lain. Kita akan kerap bergaduh.”

Aku ketawa kecil mendengar kata-kata Zara itu. “Takdelah. Selama ni aku yang salah faham pada ko. Ko maafkan aku?”

“Sedangkan Nabi Muhammad ampunkan umatnya, ini kan pulak aku. Of course la aku maafkan ko. Aku tak salahkan ko atas apa yang ko rasa terhadap aku, sebab aku sendiri bersalah. Aku nak buang perasaan cinta aku terhadap ko, jadi aku rapatkan diri dengan orang-orang kat sini. Aku couple dengan abang senior walaupun aku tak cintakan dia. Aku jarang contact ko, aku tak call ko, aku tak message ko. Tapi aku buat semua ni demi kebaikan kita berdua.”

“Oh.. Jadi selama ni, ko cintakan aku?”

Zara mengangguk perlahan. “Tapi ko jangan risau, sebab aku dah lama buang perasaan tu. Yang ada sekarang adalah sayang sebagai seorang sahabat je.”

Aku senyum. Zara sanggup korbankan perasaannya semata-mata ingin aku bahagia dengan jalan yang aku sudah pilih ini.

“Adoi. Jiwang pulak akuuu. Sudah-sudah. Pegi naik bas cepat. Karang aku nangis kat sini!”

Aku senyum lagi. Spontan, aku memeluk tubuh Zara. “Thanks for being there for me Zara. Saat aku sedih macam ni, ko sanggup berada di samping aku.”

Zara seakan-akan kelu tatkala aku meleraikan pelukanku. Aku tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling pada kami. Do I look like I care?

“Where’s Pojie?” soalku. Mataku melilau mencari kelibat housemate sementaraku itu.

“Sini ni hah.” Pojie bersuara di belakangku. “Aku belikan ko bekal. Milo kotak, roti red bean, coklat Cadbury. Nah, ambik.” Dia menghulurkan bungkusan plastik berwarna oren itu kepadaku dan aku menyambutnya.

“Er.. Thanks Pojie. For everyhthing.” Aku merenung lelaki dihadapanku ini. Wajahnya saling tak tumpah seperti Nublee, cuma dia lebih kacak dan tinggi berbanding sahabat baikku itu. “Tolong tengok-tengokkan Zara, okay?”

“No worry bro. Aku akan protect Zara with my own life,” ucap Pojie selamba. “Take care okay?” Dia pantas memeluk aku. Oh. Giliran aku pula menjadi kelu tatkala dipeluk oleh Pojie.

Aku kemudiannya memeluk Izham dan Firdaus yang turut menghantarku ke stesen bas. Sara dan Edora membalas senyumanku tatkala aku tersenyum ke arah mereka sebelum aku mengambil tempatku di atas bas. Ah. Aku akan pulang ke Terengganu malam ini. Sudah lama tak pulang ke sana, rindu pada Mama sudah tidak dapat ditanggung lagi.

“Bye Ipoh...”

* * * * * * * * * * * * * *

Terengganu.

“Fir ada problem ke?” soal Mama sewaktu kami berdua sedang membeli-belah di Giant. “Kurus je Mama tengok sekarang.”

Aku tersenyum lantas menggeleng. “Fir okay la Mama. Cuma baru-baru ni Fir demam, tak lalu nak makan. Tu yang kurus tu.”

“Ezy ada called Mama baru-baru ni.”

Aku tersentak mendengar kata-kata Mama.

“Dia tanya Mama sihat atau tak. Tu je. Then dia kata Fir sihat je, Fir tak dapat call sebab Fir exam.”

“Oh. Aah. Exam. Betol la.”

Mama mengambil beberapa paket spaghetti dan memasukkannya ke dalam troli yang sedang aku tolak. “Kita makan spaghetti hari ni, okay? Mama malas nak masak benda lain. Angah takde lagipun..”

“On jer!”

*

“Zafir, please, jangan seksa Ezy macam ni dah. Tolong bagitau Ezy, Fir kat mana sekarang ni?”

Aku diam. Aku tidak akan tunduk terhadap pujuk rayu Ezra kali ini.

“Fir, please...”

Aku diam lagi. “Nanti Fir balik sendiri la. Ezy jangan risau, Fir selamat kat sini. Bye!”

Klik!

Lelaki itu tidak akan berputus asa selagi tidak mengetahui di mana aku berada. Aku melemparkan pandanganku ke luar jendela kamar tidurku. Adakah aku perlu memberi peluang kepada Ezra untuk membetulkan kesilapannya? Atau aku harus meneruskan perang psikologiku terhadapnya? Kesilapannya bukan besar. Hanya meninggikan suara dan menengking aku, itu sahaja. Cuma aku yang terlalu sensitif. Ah. Berdosakah aku kerana melakukan perkara ini terhadap lelaki sebaik Ezra?

Tetapi egoku lebih tinggi. Aku tewas pada egoku sendiri. Aku ingin dia rasa kehilanganku supaya dia akan lebih menghargai aku pada masa akan datang.

Aku senyum sendirian.

Tet Tet

Tertera nama Ezra di skrin, pesanan ringkas darinya.

Ezy dh tau Fir kt mana. Ezy sampai malam karang.

Aduh!

*

Aku memerhatikan tubuh yang sedang berdiri di hadapanku ini. Kurus, berjambang, bermisai, berjanggut, mata lebam kerana kurang tidur. Hampir aku tidak kenal lelaki ini jikalau bukan dia hadir bersama ibunya malam itu.

“Kenapa jadi macam ni?” soal Mama tatkala menyambut kedatangan dua beranak itu.

“Girlfriend dia hilang,” jawab Aunty Marissa sambil mengukir senyuman manis. Dia berpelukan dengan Mama sebelum dia sendiri memeluk aku.

“Mama Fir tak tau pasal hal ni.” Aku sempat berbisik pada Aunty Marissa sebelum dia meleraikan pelukkannya. Aunty Marissa mengangguk tanda faham. “Er, Fir dah kemaskan bilik untuk Mama and Ezy kat tingkat atas. Er, pergi la rehat dulu.”

Mama mengangguk setuju akan kata-kataku itu. “Ye lah Rissa, nanti boleh makan malam sekali.”

“Erm.. Okay, nanti kita makan sekali. Kak Engku masak ape malam ni?” soal Aunty Marissa sambil menjinjit bagasinya menaiki tangga diiringi Mama.

“Fir, ikut Ezy balik.. Please..” kata Ezra sebaik sahaja Mama dan Aunty Marissa hilang dari pandangan. “Ezy tak sanggup dah hidup tanpa Fir..” Dia menggenggam erat tanganku.

“Er..”

Tiba-tiba Ezra melutut di hadapanku. “Maafkan Ezy, Fir. Ezy hilang sabar malam tu...”

“Ehh! Ezy, bangun lahh. Nanti Mama nampak, apa pulak dia kata.”

“Ezy takkan bangun selagi Fir tak maafkan Ezy.”

Serba-salah aku dibuatnya. Di antara sayang, kasihan dan geram, semuanya bercampur-aduk. “Fir dah lama maafkan Ezy. Bangun laaa.” Aku cuba membantu Ezy bangun.

Ezy senyum dihadapanku. Tubuh tegap yang telah diganti dengan tubuh kurus itu pantas memelukku.

“Gelii la Ezy, jambang tu...” Aku ketawa kegelian.

“Thank you sayang.. I love you Zafirul Zafir..”

Aku menyembamkan muka ke dada Ezra. Gembira sebenarnya mendengar ucapan yang lahir di bibir Ezra. “I will always love you, tapi dengan syarat..”

Ezra senyum. “Apa dia sayang..?”

“Kalau marah Fir, jangan tinggi-tinggi suara, jangan tengking Fir dah. And spend more time with me and your family than with the company. Boleh?”

“Anything for you my dear..”

*

East Coast Mall, Kuantan.

“Nak?” soal Ezra.

Aku geleng. “Kalau nak tengok Fir masuk hospital sebab cheese tu, bagi la Fir makan.”

Ezra ketawa. Dia memasukkan kepingan pizza itu ke dalam mulutnya.

“Ezy tau tak what came through my mind the night I ran away?”

Ezra mengangkat kening. “Apa dia?”

“Ezy dah ada orang lain.”

Ezra ketawa besar dengan kata-kataku. “Oh My God. Fir ni. Macam-macam lah. Takkan la Ezy akan cari orang lain when Ezy dah ada seseorang yang Ezy rasa paling perfect untuk Ezy?” Ezra mengenyitkan matanya padaku. “Trust me sayang, Fir adalah satu-satunya orang yang bertakhta di hati Ezy sekarang and takkan ada orang lain yang boleh rampas kedudukan Fir tu.”

Aku senyum. Aku bersyukur yang hubungan kami sudah kembali jernih. “Betol ni?”

“Sumpah demi Allah.” Ezra mengangkat tangannya, tanda bersumpah. Dia melayangkan flying kiss-nya padaku. “So, tell me, where have you been for 2 weeks?”

“Er..”

“Orang-orang Ezy tak dapat cari Fir tau tak.. And Ezy sendiri dah mati akal nak cari Fir kat mana. Ezy hantar orang ke Terengganu, tapi dieorang kata Fir takda kat rumah pun. Kat rumah Abang Rizal pun takda. Then Fir kemana kalau tak balik Terengganu?”

“Can we talk about this later?”

Ezra senyum. “Okay.. Tapi janji, nanti Fir akan bagitau, okay?”

Aku mengangguk tanda setuju.

“Mana Mama kita?”

Aku menjungkitkan bahu. “Dengar tadi katanya nak ke Carrefour.. Tapi tak tau la kan..”

“Hem.. Takpe, biarlah dieorang jalan-jalan dulu.. Sayang, Ezy rindu sangat-sangat kat Fir tau. Jangan buat macam tu dah okay? Terseksa Ezy.”

Ah. Sepanjang dua minggu itu, aku sendiri begitu merindui lelaki ini. Jarang aku dapat tidur dengan lena kerana kebiasaannya tidurku ditemani lelaki ini. Tetapi kerana ego yang tinggi, aku langsung tidak mempedulikan perasaanku dan yang lebih penting, perasaan Ezra.

“Maafkan Fir..” Akhirnya, aku berjaya juga mengungkapkan kata-kata itu. “Fir salah. Sikap Fir yang buat Ezy marah. Kalau Fir tak degil hari tu, mungkin segalanya takkan jadi macam ni.”

Ezra senyum. “Mungkin ada hikmah terhadap apa yang terjadi ni. Benda ni dah mengajar Ezy untuk lebih menghargai Fir. Kerana Ezy terlalu pentingkan syarikat, hubungan kita jadi renggang, kerap bergaduh. Dulu Ezy janji nak ambil dan hantar Fir ke kelas, tapi sebaliknya yang jadi. Ezy janji, segalanya akan berubah. Okay?”

“Thanks Ezy..” Aku sudah mendapat kembali Ezra-ku yang lama!

* * * * * * * * * *

1 comment:

hannessa said...

hoii.tidak ku tahu menulis cerita.cool!lame suda xstalk page org.nnt aku jd followers sjati eh.ngeh3