Monday 15 June 2009

ep 15

Teratak Bonda, Bukit Tunku.

“Blood pressure Fir agak tinggi lah. Stress ke?” soal Syed Rafar semasa dia datang ke kediamanku untuk memeriksaku selepas aku pitam di halaman rumah tadi. “Kalau boleh, elakkan la stress, okay?”

Ah, bukan aku saja-saja nak stress. “Er, Fir okay je Afa.. Cuma kadang-kadang ada la problems sikit-sikit. Pasal family, kolej segala...”

Syed Rafar senyum. “Benda tu biasa la dalam hidup cuma kita kena pandai nak manage benda-benda tu.” Lelaki itu mengemaskan barang-barangnya dan memasukkannya ke dalam beg galas yang dibawanya. “Fir rehat dulu okay? Nanti I akan suruh Ezra ambil ubat-ubat untuk Fir kat Prince Court.”

Aku mengangguk. “Thanks Afa.” Ah. Aku sudah penat menelan ubat untuk mengurangkan tekanan darah tinggiku ini. Aku melemparkan pandanganku kepada Ezra yang sedang bersandar di dinding sambil memeluk tubuh.

*

“My own bestfriend! How could you do this to me???”

Ezra diam.

“Abang! Jawab!” Aku menggoncang-goncangkan bahu lelaki itu.

“Baby, it’s a mistake.. Abang mabuk masa tu..”

“Mabuk? Itu alasan Abang?! Sampai hati Abang buat kat Fir macam ni.. Fir tak tau apa salah Fir pada Abang...” Air mata telah laju mengalir membasahi pipiku. “Abang dah janji yang Abang takkan lukakan hati Fir lagi. Tapi hari ni, Abang buat lagi.”

Ezra mencapai tanganku tetapi aku pantas menariknya sebelum sempat digenggam oleh Ezra. “Don’t you dare to touch me!”

“Baby.. Maafkan Abang..”

“Maaf? Untuk apa? Supaya Abang boleh memperkotak-katikkan Fir lagi lepas ni? Please la.” Aku menyarungkan t-shirt Valentino ke tubuhku. “I’m going to kill Nublee.”

“Baby... Jangan buat benda bodoh..” Ezra cuba memelukku dari belakang tatkala aku menuju ke pintu kamar kami. Di fikiranku terbayang video yang ditunjukkan oleh Adrianna padaku petang tadi. Jelas sekali ia melibatkan Ezra dan yang paling memeranjatkan aku adalah sahabat baik yang paling aku percayai selama ini, Nublee. “Sabar, okay? Kita akan settlekan benda ni cara baik.”

Aku berpaling kepadanya. “Settle cara baik??? What do mean by settle cara baik? Pegi makan-makan, cakap-cakap, peluk-peluk? Macam tu?” Aku mencampakkan cincin ‘perkahwinan’ kami kepadanya. “Baik Abang bagi si jantan jalang tu yang pakai cincin ni!” teriakku kepadanya.

Ezra tunduk untuk mengutip cincin emas putih itu di atas lantai kamar. “Baby sayang.. Abang tak nak orang lain.. Cinta Abang hanya untuk Fir saja..”

“Rubbish. Bila keadaan sedar macam ni, segala cinta hanya untuk Fir. Bila mabuk, semua tu hilang!” Aku terduduk di atas katil. Ezra masih lagi berdiri di hadapan pintu kamar kami, bimbang jika aku meluru keluar dari kamar ini. Kepalaku kembali berdenyut, seakan-akan mahu pecah.

“Ezy? Fir? Kenapa tu??” Kedengaran suara bimbang Aunty Marissa di luar kamar kami.

“Er.. Takda apa-apa Mama. OK jer,” balas Ezra. “Bunyi TV ni.”

Aku melemparkan renungan tajam kepada Ezra lalu aku bergerak ke pintu kamar, menolak ke tepi Ezra lalu membuka pintu. Aunty Marissa masih berada di hadapan kamar kami.

“Fir, kenapa ni?? Kenapa menangis ni?” soal Aunty Marissa bertalu-talu. “Ezy? Kenapa?”

“Mama tanya la anak kesayangan Mama tu!” ujarku lantas pantas menuruni tangga.

* *

“Datin, keadaan Zafir sangat membimbangkan. Kalau dibiarkan, dia boleh terkena strok.”

Air muka Datin Marissa berubah. “Sampai macam tu sekali?”

Syed Rafar mengangguk. “Ezra, you jangan bagi tekanan pada dia. Buat masa ni, jauhkan dia dari sebarang benda-benda yang boleh membuatkan dia tertekan. I faham situasi you all sekarang, cuba untuk pujuk dia secara lembut. Tadi I dah bagi ubat tido pada Fir so that dia boleh berehat. Nanti you datang ambik ubat-ubat untuk Fir kat Prince Court, okay.” Syed Rafar menepuk lembut bahu Ezra lalu melangkah keluar dari kediaman mewah itu.

Datin Marissa dan Ezra saling berpandangan.

“Ezy memang dah melampau,” kata Datin Marissa. “Apa Ezy dah buat pada Zafir sampai dia jadi tertekan macam tu sekali?”

“Mama, Ezy tau Ezy silap. Ini semua pasal Nublee, Ma.”

“Mama ingat Ezy dah lama lupakan Nublee?”

Ezra bungkam. “Zafir tak tau yang Nublee tu bekas kekasih Ezy. Jadi Nublee ambik kesempatan. Dia bagi pilihan samada Ezy kembali pada dia atau dia akan edarkan video kiteorang yang lama.. Ezy ingat dia cakap je. Tak sangka dia buat betul-betul, Ma..”

Melopong mulut Datin Marissa tatkala mendengarkan kata-kata yang terungkap di bibir Ezra itu. “Sex tape?”

Ezra mengangguk perlahan.

“Masya-Allah.. Ezy, kalau ye pun bercinta, jangan la sampai macam tu sekali.”

“Dia record secara sembunyi, Mama. Ezy sendiri tak tau yang dia ada tape tu..”

“Sudah-sudah. Pegi jaga Zafir. Ezy jangan bagitau lagi pada Fir pasal masa lalu Ezy, okay? Kita akan bagitau bila masanya dah tiba, okay?” Datin Marissa memeluk erat anak bongsunya itu. “Nanti kita settlekan pasal video ni sama-sama.”

Ezra hanya menganggukkan kepalanya.

Datin Marissa tesenyum. “Ezy jangan risau okay?”

“Thanks Mama,” ucap Ezra lantas mendakap erat ibunya itu.

* *

“Er, Fir.. Abang suapkan makanan, nak?”

Aku memalingkan tubuhku kearah lain. “Biarlah Fir mati. Senang Abang nak bersuka-ria dengan jantan tak guna tu, kan?”

“Baby, jangan cakap macam tu. Hanya Fir di hati Abang, dunia akhirat tau.”

Aku tersenyum sinis mendengar kata-kata yang lahir dari bibir lelaki itu. “Mulut kata lain, hati kata lain, kan? Fir dah bosan.” Kepalaku masih lagi berat. Terasa bagai tubuhku berada di awang-awangan. “Fir nak rehat, boleh tinggalkan bilik ni tak?”

Ezra ketawa. “Ni bilik Abang, suka hati Abang la nak keluar ke tak.”

Sakit hatiku mendengar kata-katanya itu. Aku bingkas bangun, walaupun kepalaku terasa seperti nak pecah waktu ini. “Fine, Fir yang keluar.” Badanku masih lagi lemah, tetapi aku gagahkan juga untuk melangkah meninggalkan kamar ini yang ternyata bukan untukku lagi. “Boleh la Abang bawak jantan tu datang sini.”

Badanku ringan sekali. Aku gagal mengimbangkan tubuhku.

“Fir! Fir tak sihat lagi. Jangan la banyak bergerak.. Mujur Abang sempat sambut ni tau.” Ucap Ezra tatkala dia membantuku untuk kembali ke katil. “Fir kena banyak berehat. Abang suapkan bubur ni, Mama masak.”

Nak tak nak, aku terpaksa membuka mulut sewaktu Ezra menyuapkan makanan ke dalam mulutku. Ah, lapar sebenarnya, tapi ego. Terpaksa membatalkan rancanganku untuk melancarkan mogok lapar terhadap Ezra. “Hm.. Thanks.”

Ezra tersenyum. “Makan banyak sikit, okay? Mama masak banyak, kalau nak tambah lagi, bagitau Abang ek?”

“Biar Fir makan sendiri lah. Tangan tak cacat lagi.”

“Betol ni?”

Aku hanya mengangguk malas.

Ezra senyum lagi sambil menghulurkan mangkuk berisi bubur itu kepadaku. “Abang nak pergi Prince Court, jumpa Afa, ambik ubat Fir.”

Ah, itu pastinya alasan untuk dia bertemu dengan Nublee. Tak boleh dibiarkan ni. “Fir ikut.”

Ezra mengangkat kening. “Kan Fir tak sihat lagi.. Fir rehat je la kat rumah..” kata Ezra sambil mengambil kunci keretanya di atas meja kerjanya. “Abang pergi sekejap je.”

“Fir kata Fir ikut. Mesti Abang nak pergi jumpa Nublee, kan?”

Ezra mengeluh. “Takdelah.. Abang nak pergi ambik ubat Fir je lah.”

“Kalau macam tu, suruh Fiona je la pergi ambik ubat Fir. Kan senang.” Kenapa perlu bersusah-payah ke Prince Court sedangkan Ezra sudah mempunyai pembantu peribadi untuk membantunya?

“Yelah.. Nanti Abang call Prince Court..”

Aku tersenyum puas, yakin aku sudah dapat menawan kembali Ezra dari Nublee. “Oh yeah, call je Prince Court dari dalam bilik ni. Tak perlu keluar dari bilik.”

Ezra melepaskan keluhan berat.

* * * * * * * *

Genting Highlands.

Semenjak dari peristiwa itu, aku seolah-olah mengawal segala pergerakan Ezra walaupun aku langsung tidak mempunyai sekelumit niat untuk berbuat begitu.

“Sejuk!” Ini adalah kali pertama aku sampai ke puncak Genting Highlands. Tidak pernah seumur hidupku sejak lahir 20 tahun yang lalu menjejakkan kaki ke sini walaupun sudah berkali-kali aku mengajak Mama untuk ke sini.

Ezra mengeratkan pelukannya di bahuku. “Best datang sini?” soal Ezra sambil melemparkan senyuman manisnya.

Aku mengangguk. “Tapi sayang tak dapat tido sini kan?”

“Lain kali kita tido sini ok? Hotel semua dah fully booked. Kan malam ni ada Anugerah Bintang Popular tu. Lagipun kita datang terkejut tergempar,” balas Ezra sambil meneguk Cafe Latte yang baru dibelinya di Starbucks sebentar tadi. “Baby..”

Aku mengangkat muka ke arahnya. “Hmmm.. Kenapa?”

“Baby dah maafkan Abang pasal kejadian hari tu, kan?”

Aku diam. Seakan-akan malas untuk menjawab soalan itu. “Abang, boleh tak kita lupakan je pasal tu?”

“Abang memang nak lupakan, tapi selagi Fir tak cakap yang Fir dah maafkan Abang, Abang tak tenteram. Abang tak dapat concentrate pada kerja segala.”

Aku mengeluh. “Abang yang cari pasal, bukan salah Fir.” Aku melemparkan pandanganku ke arah Dean dan Syed Rafar yang sedang membelek barang-barang kraftangan dari Thailand sempena Songkram Festival atau Pesta Air yang dianjurkan di sini. “Fir akan boleh terima kalau Abang buat dengan orang lain, tapi ini, dengan kawan baik Fir sendiri. Abang dah hilang akal ke?”

“Maafkan Abang, sayang.. Abang janji perkara macam ni takkan berulang lagi.”

Aku tersenyum sinis. “Cakap senang la. Abang kena buktikan pada Fir yang Abang betul-betul takkan buat benda tu lagi dan Abang cuma anggap Nublee tu tempat untuk Abang lepaskan nafsu saja..”

“Macam mana Abang nak buktikan?”

Otakku mencari-cari idea bagaimana untuk memberi pengajaran kepada Nublee agar tidak lagi mendekati ‘suami’ku ini. “Nanti kita jumpa dia.”

“Hm.. Okay then. Abang sayang Fir sangat-sangat. Perasaan Abang pada Fir tak pernah berubah, sama seperti masa mula-mula Abang jatuh cinta pada Fir dulu.”

Aku senyum, kali ini senyuman yang betul-betul bermakna. “Sayang je? Cinta pulak, untuk Nublee?”

“Baby, cinta dan sayang Abang hanya untuk Fir. Nublee, dia adalah kesilapan terbesar Abang,” dia mengucup dahiku, walaupun kawasan itu agak padat dengan pengunjung. Ah, persetankan apa yang orang ingin kata, yang penting, aku rasa sangat bahagia diperlakukan begitu oleh Ezra walaupun rasa marah terhadapnya masih lagi berbekas di hati ini.

* * * * * * * *

No comments: