Monday 15 June 2009

ep 14

Pantai Teluk Cempedak, Pahang.

“I used to come here when I was a kid.” Ezra berjalan mendahului aku di tepian pantai itu. Mama dan Aunty Marissa sudah balik ke hotel penginapan kami di Hyatt. “Masa tu arwah Papa masih ada lagi. Er, kalau tak silap Ezy, masa tu Ezy darjah 4. Papa happy sangat sebab dapat bawak kiteorang sekeluarga bercuti, yelah, Papa and Mama selalu busy. So bila sekali sekala dapat bercuti, rasa seronok lah.” Dia berhenti untuk seketika. Membuang pandangan ke tengah Laut China Selatan yang berada di hadapan kami.

Aku hanya menjadi pendengar setia kepada Ezra. “Kalau masa tu Ezy darjah 4, Fir baru darjah 1, kan?”

“Yeah.” Ezra memeluk bahuku. “And, who knows, itu adalah vacation terakhir Papa bersama kami. Papa meninggal dunia sebulan selepas tu.”

“Oh. Sorry Ezy..”

“It’s okay sayang.. Ezy dah hilang seorang yang Ezy sayang. And Ezy tak sanggup kehilangan lagi. Ezy tak nak kehilangan Fir..”

Aku melentokkan kepalaku ke bahu Ezra. Dia mengusap lembut rambutku. Ah, sungguh bahagia rasanya. “Kan bagus kalau kita dapat macam ni sampai akhir hayat kita..”

“Maksud Fir?”

“Rasa bahagia seperti yang kita rasa sekarang ni. Kalau lah ada alat yang boleh mengabadikan kebahagiaan kita, Fir sanggup beli alat tu walau berapa pun harganya. Fir tak nak rasa bahagia kita ni hilang macam tu saja..”

Ezra senyum memandangku.

“Kenapa Ezy senyum?”

Ezra ketawa kecil. “Nanti Ezy suruh Doraemon cari alat tu, ye?”

Aku mencubit manja dada Ezra. “Main-main pulakkk dia.”

Ezra menyambung tawanya. Entah bila, dia menarik aku ke dalam dakapannya. “Promise me that Fir takkan tinggalkan Ezy?”

“Fir janji. Tapi kalau Fir mati, macam mana?”

Dia meletakkan jarinya ke bibirku. “Shhhh. Jangan cakap macam tu. Ajal maut di tangan tuhan. Who knows, tengok-tengok Ezy yang mati dulu?”

“Tak sukeeee la Ezy cakap macam tu..”

“Then kalau tak suka, Fir pun jangan la cakap macam tu dah.”

Aku mengangguk perlahan.

“Jom balik, dah lewat ni.. Nanti Mama kita bisingg,” katanya selepas mengucup lembut bibirku.

*

Teratak Bonda, Bukit Tunku.

“Morning sayang.. Cuti dah habis, pegi mandi cepat..”

Aku menggosok-gosok mataku. Melihat jam, ah. Sudah jam 8.30 pagi. Aku menggeliat malas. “Malassss..” Aku menarik selimut tebal itu menutupi keseluruhan tubuh dan kepalaku.

“Sayang, jangan macam ni.. Cepat bangun.” Ezra sedang berdiri dihadapan cermin sambil menyarungkan kemejanya. “Pergi kelas, okay?” Ezra menarik selimut tebal itu dan mencampakkannya ke atas lantai.

“Sejukkk!”

Ezra ketawa. “Cepat bangun, karang Ezy simbah dengan air pulak karang.”

Aku bangun dengan malasnya, berjalan menuju ke kamar mandi. “Ezyyy.. Tolong ambik towel Fir.. Lupa la..” Laungku dari dalam kamar mandi.

“Oooopss!” Ezra tersengih tatkala dia membuka pintu kamar mandi. “Nah, mandi betol-betol tau, biar wangi.”

“Tak mandi pun memang wangi.” Aku menjelirkan lidah kepada buah hati kesayanganku itu.

Ezra senyum sebelum dia mengucup dahiku. “Ezy tunggu tau.” Ezra keluar dari kamar mandi selepas melayangkan flying kiss-nya padaku.

*

“Hari ni nak lunch kat mana?” soal Ezra, matanya merenung ke arahku walaupun dia sedang memandu. “Lama tak makan kat Hilton. Makan kat sana nak?”

Aku yang sedang membelek jadual kelasku terhenti. “Hilton?” Aku pantas menggeleng. “Kita balik makan kat rumah je, boleh? Kesian Mama kat rumah sorang-sorang.”

Ezra senyum. “Sure ni?”

Aku mengangguk.

“Okay.. Banyak kelas hari ni?”

Aku menggeleng. “Ada kelas International Law and Politics of South East Asia je. Sampai pukul 1. Ezy datang ambik Fir kan?”

“Siapa lagi kalau bukan Ezy?” Ezra senyum. “Kalau Ezy lewat, tunggu tau. Ingat pesan Ezy ni. Jangan nak memandai-mandai naik taxi segala.”

Aku sengih sambil mengangkat tangan tanda hormat. “Yes Sir!”

Ezra ketawa melihatkankan kelakuanku. Dia mengusap lembut rambutku.

“Petang ni Ezy busy tak?”

Ezra menghulurkan BlackBerry kepunyaannya. “Cuba check appointment Ezy untuk hari ni. Ezy tak ingat la.”

Aku menekan-nekan BlackBerry itu. “Takde appointment pun. Meeting pun takde.” Aku senyum. “Boleh la teman Fir shopping, kan?”

Ezra senyum. “Nak shopping kat mana?”

Aku menggaru-garu kepalaku. Sekarang adalah Mega Sale di seluruh negara. Mana-mana pusat membeli-belah pun akan mengadakan promosi. “Er, KLCC. Boleh?”

Ezra mengangguk. Dia membelok masuk ke simpang Kolej Sunway. “Here we are. Study elok-elok okay?” Ezra mengucup dahiku selepas memberhentikan keretanya di hadapan Kolej Sunway. “Love you, Baby. See you at 1.”

“Love you too Ezy.” Aku melangkah menuruni keretanya dan berlari untuk masuk ke kelas.

*

Kuala Lumpur.

Adrianna melemparkan senyuman tatkala aku mengambil tempat di sebelahnya di dalam kelas International Law. “Awal giler you datang.”

Aku sengih. “Bangun lewat. Dah lama ke lecture start?”

Adrianna menggeleng. “Puan Azura baru je masuk. Hari ni tak start lecture lagi, dia nak bahagikan kumpulan untuk assignment and case studies je. You satu group dengan I.”

“Oh. Thank God. Kelas ni penuh dengan senior yang I tak kenal pun.”

“Tau takpe. Tapi group kita pun ada seniors jugak. 3 orang. 2 lelaki, sorang pompuan.”

Aku mengeluh. Membuat assignment dengan senior adalah perkara yang paling aku menyampah. Tetapi dek kerana membuat assignment dengan senior jugaklah aku mula mengenali Ezra. “Sapa?”

“Faliq, Syed and Sherrina. So, how’s Ezra?”

“Kenapa dengan dia?”

Gadis kacukan Inggeris-Melayu itu mengeluh. “I mean, dia okay tak sekarang? Dia treat you elok tak and all those things lah.”

Aku ketawa. “He’s fine. Company yang dia handle pun stable. And yeah, dia treat I dengan baik sekali.”

Adrianna mencebik. “Untung you dapat partner macam Ezra. I ni..”

“Eh. Kenapa dengan Darren?” Darren adalah kekasih Adrianna semenjak kami masih di semester pertama. “I rasa dia okay je dengan you.”

Adrianna mencebik lagi. “Luaran, nampak okay. You tau tak, segala perbelanjaan dia, I yang tanggung tau? Makan, minum, rokok, clubbing. Dah tak larat dah I. Ingat nak dump je dia, tapi I sayang dia la.”

Mendengar kata-kata Adrianna tentang Darren, aku hanya mampu berharap yang aku tidak membebankan Ezra. “Er, I rasa you should try to talk to him. Slow talk dengan dia.” Darren datang dari keluarga susah di Sabah, tetapi dia mendapat biasiswa dari Sunway Group atas kepintarannya. “Dia tak kata apa-apa ke?”

Adrianna menjungkitkan bahunya. “Dia nak kahwin dengan I!”

“Oh my God. Are you kidding me?”

Dia menggeleng.

“You nak tak?”

“I muda lagi la!”

Aku mengangguk. Betul jugak kata-kata Adrianna. Dia baru berusia 21 tahun. “Think about it, okay? Jangan buat keputusan terburu-buru tau.”

*

‘Baby, Love YOU! Rindu la kat my Baby.. Tak boleh concentrate wat keje..’

Aku tersenyum sebaik sahaja membaca isi kandungan pesanan ringkas yang dihantar oleh Ezra.

‘Love you too Honey. Fir lagi rindu kat Ezy tau. Rindu sangat-sangat. =)’

“Hah. Message dengan laki dia la tuh.” Dean bersuara di sebelahku.

“Suke hatilahhh. Ko sibuk, apesal?” Aku menjeling Dean. Nublee tersengih. “Korang free tak weekend ni? Kita keluar tengok movie nak?”

“Bersama laki masing-masing ke?” soal Nublee.

Aku menggeleng. “Isteri-day-out. Boleh?”

Nublee dan Dean sama-sama gelak.

“Aku setuju!” Nublee mengangkat tangan. “Come on Dean. Ikut laaa. Dah lama kita tak hang out sama-sama.”

“Afa tu.. Control sikit..”

Aku dan Nublee sama-sama mengeluh. “Ko ni. Pandai-pandai la cakap. Susah sangat, biar aku je yang cakap dengan dia.”

“Ehhh. Takpe-takpe, biar aku je yang cakap sendiri dengan dia.”

“Great!”

“Cantikkkk!”

* * * * * * * * * * * * * *

No comments: