Friday 27 February 2009

ep 10

KLCC.

 

“You nak apa?”

 

“You.”

 

Gila! “You ni tak faham bahasa ke? I dah kata tak nak tu, tak nak lah.” Aku bingkas bangun dari kerusi itu.

 

“Zafir, please, give me another chance. I sumpah akan jadi lebih baik.”

 

“Go to hell dengan segala sumpah you tu.”

 

Bakri merentap kasar tanganku, walaupun kami berada di tempat terbuka.

 

“Let. Me. Go.”

 

“Kiss me first, then baru I lepaskan you.”

 

“Bodoh.” Banyak mata sedang memandang kami. Mahu tidak mahu, aku duduk kembali di kerusi itu. “Bakri, you dah tau kan yang walau apa pun terjadi, I takkan sekali-kali kembali pada you, so, please lah, jangan ganggu hidup I lagi. And tolong lepaskan tangan I.”

 

Bakri menggeleng. Degil! “You bahagia ke dengan budak tu?”

 

“Bahagia, malah lebih bahagia berbanding semasa I dengan you dulu.”

 

Bakri mula merenggangkan pegangan tangannya. “I tau I jahat.”

 

Tau pun! “Bakri, kat luar tu, ramai lagi orang lain. Yang lebih baik dari I pun ada. So, I think, better you cari orang lain, dari you menagih kembali cinta I.”

 

Bakri tunduk dan melepaskan tanganku. “I mintak maaf Zafir. I tak sepatutnya sia-siakan you. You baik pada I, tapi I rasa menyesal sangat sebab lepaskan you and biar you jatuh pada tangan orang lain.”

 

“Benda dah lepas tu, biarkan lah. Okay? I dah ada hidup I sendiri and I rasa you patut begin a new life jugak. Kahwin ke.”

 

Bakri tersenyum tawar. “My mother dah suruh I kahwin. I je tak nak lagi. I tak nak tipu diri I sendiri. Eh. Next week my sister kahwin. Datang, okay? You masih ingat kan jalan ke rumah family I?”

 

Aku sengih. “Masakan I lupa. Kat Duta, kan?”

 

Bakri angguk. “Sorry sebab ajak you keluar ni, walaupun I tau you sebenarnya tak sudi.”

 

Aku tidak berkata apa-apa. “Thanks for the drinks.”

 

“I tau you suka Starbucks.”

 

Aku senyum. Bangun dan melangkah pergi meninggalkan kekasih lama itu.

*

Tembeling Resort, Kuantan.

 

“Boleh tak tinggalkan handphone Abang tu?”

 

Bakri sengih. “Hal kerja lah sayang.. Bukannya Abang menggatal dengan orang lain.”

 

“Hal kerja ke apa.. Sambil type message tu, senyum-senyum je..”

 

Bakri sengih lagi. “Ya Allah.. Sayang tak percaya ke?”

 

Aku menggeleng. “100% tak percaya.”

 

“Dah la. Okay, Abang tak message dah. Kita tidur, nak?” Bakri tersenyum nakal. 

 

Aku tersenyum, membiarkan diriku dipeluk lelaki itu.

 

Tet tet.

 

“Fuck.” Automatik, perkataan itu terpacul dari bibirku. “Off je lah. Dah pukul 12 tengah malam, takkan hal kerja lagi?”

 

Bakri diam. Tangannya pantas menaip balas message, gembira kelihatannya. Geram! Aku terus menyambar telefon bimbitnya. Bakri tergamam dengan tindakanku.

 

‘Sayang Is jugak..’

 

“What the fuck?”

 

“Sayang, Abang boleh jelaskan..”

 

Aku bingkas bangun dari katil, mencampakkan kembali telefon bimbit Bakri kepadanya. “Tak payah nak explain.” Tanganku pantas memasukkan pakaian-pakaianku ke dalam beg sandangku. “Fir nak balik. Malam ni jugak.”

 

“Sayang, jangan macam ni..”

 

“Fir pelik. You are hugging me, but at the same time, you are texting another guy. Sayang-sayang segala. Apa semua ni???!” bentakku. Aku tidak hiraukan apa yang orang-orang di bilik sebelah akan kata tatkala mendengarkan pertengkaran kami. “Fir tak kira, Fir nak balik!”

 

“Sayang nak balik, sayang balik sorang. Abang akan stay kat sini.”

 

“Fine!”

*

Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

 

 “Zafir, you keluar dulu. I janji akan bagi rawatan yang terbaik untuk dia. Okay?”

 

Aku akur dengan kata-kata lelaki itu, melangkah keluar dari bilik rawatan kecemasan itu. Abang Nazrin segera mendapatkan aku.

 

“Macam mana?” soal Abang Nazrin.

 

Aku menjungkitkan bahu. “Afa suruh Fir keluar dulu.” Aku melabuhkan punggung di atas kerusi di ruangan menunggu itu. Abang Nazrin duduk di sebelahku. “Mama dah tau?”

 

Abang Nazrin menggeleng. “Dia ada kat Redang Island dengan kawan-kawan dia. Abang tak nak dia risau. Er. Fir jangan risau, okay? Ezy kuat, dia akan cepat sembuh.”

 

Aku mengangguk lemah. “Abang, thanks sebab tolong bawak Ezy datang sini. Kalau Abang takde..”

 

“Shh.. Fir jangan cakap macam tu, okay? Dah jadi tanggungjawab Abang. Ezy tu adik Abang..”

 

Aku diam. “I think I have to learn how to drive.”

 

“Abang boleh ajar!”

 

Aku senyum. “Fir takut apa-apa jadi, and Abang semua takda kat sini. At least kalau apa-apa terjadi, Fir oleh drive.”

 

Abang Nazrin mengangguk sambil membalas senyumanku. “So bila nak suruh Abang ajar?”

 

“Kita tunggu Ezy sihat dulu, okay?”

 

Abang Nazrin kelihatannya hampa.

 

Syed Rafar melangkah keluar dari bilik rawatan kecemasan. Aku dan Abang Nazrin serentak mendapatkan lelaki berkot putih itu.

 

“Ezy macam mana?” soalku.

 

Syed Rafar tersenyum. “Dia okay. Keadaan dia dah stabil sekarang, cuma suhu badan dia masih tinggi. I dah ambil sampel darah dia, I khuatir dia kena demam denggi, sebab dia dah menunjukkan simptom-simptomnya. Buat masa sekarang, dia akan di tahan di ward.”

 

“Oh My God. Denggi? Serius ke Afa?”

 

“You guys jangan risau. I tak dapat nak pastikan lagi, tapi if dia memang betul-betul kena denggi pun, I akan treat dia semampu yang boleh, okay?” Dia mencatatkan sesuatu di dalam borang yang aku sendiri tidak tahu fungsinya. “I dah bagi ubat pada Ezy, so dia akan tidur sepanjang malam ni. Now, you guys balik dulu, okay?”

 

Aku menggeleng. “Fir nak teman Ezy. Boleh?”

 

“Fir..” kata Abang Nazrin. “Fir balik dulu, biar Abang hantar. Esok kita datang lagi okay?”

 

“Abang, pleaseeeeeeeeeeee.”

 

Serba-salah Abang Nazrin dibuatnya.

 

“Pleaseee.”

 

“Yelah-yelah. Then, baju-baju untuk stay sini ada ke? Baju Ezy? Abang rasa tadi masa kita datang, sehelai sepinggang je.”

 

“Kita balik Mont Kiara sekejap, boleh? Hehe.. Fir memang tak bawak apa-apa pun.”

 

Abang Nazrin mengangguk sambil mengukirkan senyuman di bibirnya.

* * * * * * * * * *

 

 

 

No comments: